20 Perkara perlu tahu tentang penyusuan susu ibu

By | June 24, 2011
Khas untuk ibu menyusu dan bakal menimang cahaya mata. Diharap menjadi panduan dan menjadi motivasi untuk anda. Dipetik daripada majalah Pa&Ma Ogos 2008. Warna merah tu komen saya ya.

1.    Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran (Penting untuk bayi supaya dapat mengingati daya hisapan pertama untuk mendapatkan susu. Seelok-elok dalam sejam pertama kelahiran)
2.   Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara. ( Ini dapat membantu pengaliran susu yang lebih teratur)

3.   Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari. (yeeezzaaa..minum sehari 2-3liter yer..plain water tau…bukan air yang berwarna atau bergas…)
4.    Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan. (konsep supply on demand…umpama air dalam telaga….takkan kering…kalau duduk di rumah boleh direct feeding..tapi kalau kerje..kenelah kerap pum..jgn tunggu breast bengkak baru nak pam..salah tu yer)
  1. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar (sebab tu ibu2 perlu lebih kalori dari biasa..dan mkn lebih dari ibu2 normal…tapi bukan kata boleh melantak yer… the key is kerap..kerap mkn..tapi sederhna)
  1. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya.Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh (Ini dapat menjadikan bayi anda seorang yang tidak cerewet dalam pemakanan)
  1. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi (boleh buat power pumping sekali sehari sebelum tidur)
  1. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
  1. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
  1. Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa ( Memang sangat sakit dan paling teruk jika clog duct berlaku yang boleh membawa kepada minor surgery)
  1. Bayi yg minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibody yg berupaya melawan penyakit ( Apabila ibu demam atau sakit, susukan juga bayi anda supaya bayi mendapat antibodi tersebut)
  1. Vitamin A,B complex, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi (ambil multivitamin dan supplemen yang tidak mengandungi pewarna atau perisa tambahan)
  1. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula ( Dalam tempoh berpantang, bayi akan kerap membuang poo-poo dan itu tanda bayi anda cukup susu. Jangan lupa perhatikan warna najis)
  1. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat (Doktor mengesyorkan penurunan berat badan dalam 6 bulan pertama bukan secara drastik semasa pantang ya..500kalori terbakar dalam 1 sesi penyusuan)
  1. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  1. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
  1. 80 peratus sel dlm susu ibu terdiri drpd ‘makrofaj’. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
  1. Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak (bayi tak obes..tapi montel dan montok dgn baby fat. Bayi akan mudah turun berat badan seiring dengan perkembangan usia)
  1. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka ( Walaupun susu formula cuba meniru kandungan khasiat susu ibu tapi masih jauh daripada sasarannya)
  1. Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor ( Apa yang ibu ambil akan disalurkan kepada bayi. Berhati-hati ya)
Edited from Cery

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge