Ramai ibu yang telah sedar kepentingan
"life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang
tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan
seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada
tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan
susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang
konsisten.
Namun terdapat segelintir ibu yang hanya
mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA
sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza
dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu
Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?
Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu
hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?
Melalui pengalaman diri ibu sendiri
menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh
menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai
agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka
yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila
pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2
selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya
cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan
yang konsisten setiap 2-3 jam sekali.
NAMUN malangnya
pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat
moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja
rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang
melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan
yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak
mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak
membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain
clog duct mudah berlaku.
Berbeza pula jika si ibu itu mengambil
vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi
keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu
dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak
pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya
(maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah
pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan
tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu
yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga
, bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin
ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.
Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B
sebenarnya ?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta
zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan
untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik
ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah
di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor
menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam
menu harian agar si ibu tidak mudah pitam
atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat
penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini
tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan
efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
b) B Complex
b) B Complex
Sangat penting dalam membantu
memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai
penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan
makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu
ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya
stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten
kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di
dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.
c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah,
sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan
Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak
yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan
pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting
melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah
& cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih
baik.
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost
penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan
susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan
keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji
sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak
susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu
badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung
kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan
membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak
kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi,
Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat
kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses
perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori
fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang
seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have
to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro
nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan
kita.
Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan
banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri. Si ibu hanya concern on quantity....
ATAU
2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan
keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan
lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on
quality and later thought about quantity.
Jika masih ada yang bertanya, do i need
supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang
tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab
belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih
dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam
injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu
supplement memang betul :)
Sumber : AnakkuWiraku
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!











0 comments:
Post a Comment