Atasi masalah susu merudum semasa berpuasa

Untuk pengetahuan semua, saya mengandung 2 bulan lebih semasa bulan ramadhan tahun lepas. Masa itu alahan saya sangat teruk dan sebelum berpuasa pun saya sudah lembik. Saya masih ingat pada hari pertama berpuasa, saya berbuka dengan bubur lambuk sahaja dan saya muntah teruk. Badan saya jadi tidak bermaya dan saya menangis di malam hari. Hari-hari berikutnya, saya kuatkan diri untuk berpuasa juga dan hingga satu hari saya terpaksa berbuka puasa kerana dikatakan mengalami gastrik. Saya tidak pernah ada gastric dan sangat terkejut.
Selalunya pada pukul 4 petang saya sudah melepek di pejabat kerana kekurangan air dan selepas waktu pejabat dalam pukul 5.30 petang saya mengalami sesak nafas. Memang tidak larat untuk membawa diri tapi saya paksa diri. Perkara ini berlaku hampir sepanjang bulan Ramadhan. Saya perlu memilih makanan untuk mengelakkan muntah-muntah dan apa yang saya mampu lakukan dengan mengambil kurma dengan kuantiti yang banyak semasa sahur dan berbuka. Selepas berbuka, saya akan tertidur kerana keletihan yang teramat.
Jadinya, saya risau la dengan ramadhan tahun ini. Tahun ini saya akan mengalami pengalaman baru berpuasa sambil menyusukan Amni-chan. Perkara yang menjadi kerisauan utama adalah samada kuantiti susu akan merudum memandangkan pengambilan air pada siang hari tidak boleh kan (kalau ambil, batal puasa tau). Saya ada membaca di susuibu.com tentang masalah ini dan terfikir saya juga perlu lakukan persediaan supaya Amni-chan mendapat susu yang cukup walaupun ketika berpuasa.
Tetapi, saya telah menjumpai jalan penyelesaiannya. Saya yakin dengan pengambilan Energizing Soy Protein dan Performance Drink akan membantu saya mengatasi masalah susu merudum dan badan penat semasa berpuasa.
Kenapa saya yakin sangat??
Jawapannya kerana saya telah mencubanya semalam. Ingat tak saya kena puasa ganti kerana alami gastric tahun lepas. Saya mengikut jadual pemakanan Shaklee semasa berpuasa dan saya memperolehi kesannya
v     Badan saya tidak lembik dan saya boleh memandu sendiri untuk pulang ke rumah. Tahun lepas, saya dihantar Incik N pergi dan balik kerja.
v     Tekak tidak kering dan berasa haus.
v     Pulang ke rumah, saya masih bertenaga dan melakukan rutin harian seperti biasa serta menyusukan Amni-chan.Tahun lepas, saya terus melepek.
v     PALING PENTING : KUANTITI SUSU YANG DIPEROLEHI DARIPADA 3 SESI ADALAH 17oz. SAMA SEPERTI KUANTITI PADA HARI TIDAK MENYUSU IAITU PURATA 18oz. Ni Pam di tempat kerja tau.
Gembirakan hati bila sudah jumpa jawapan kepada masalah sendiri.
Siapa yang saya galakkan untuk ambil produk ini??
SEMUA ORANG TERUTAMA IBU MENYUSU, IBU HAMIL, ANDA YANG BERKERJA DI PANAS TERIK SEPERTI PENIAGA PASAR RAMADHAN.
 
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge