Diet selepas bersalin. 16kg turun dalam tempoh 3 bulan.

By   June 30, 2011
Mula-mula saya cerita kronologi diet saya..Saya mulakan dari sejak kahwin la yea..
v     Jun 2010 – berat masa nikah 63kg..pinggang tak pasti , kena tanya tukang jahit baju semula.
v     Ogos 2010 – disahkan hamil.. Berat 67kg.. 4 kg dalam 2 bulan..time ni makan je..
v     September 2010 – berat 68kg.
v     Mac 2011 – Berat masa sarat tunggu hari bersalin 87kg..Naik 24kg untuk anak pertama..Kalau kat jepun, kompem kena marah gila-gila..Doktor kat Malaysia rilek je..
v     22 Mac 2011 – Amni lahir ke dunia. Berat 81kg. Turun 6kg je.Memang kena usaha kuat sebab selalu dengar orang cakap lepas bersalin berat turun 10-15kg..Nampaknya tidak berlaku pada diriku..Tambah pulak baju uniform kerja saiz S. Takut tidak muat pula.
v     22 April 2011 – Sebulan selepas Amni lahir berat saya baru turun 77kg..Sejak itu berat tak bergerak langsung..sangat risau OK..
v     22 Mei 2011 – Finally, berat turun ke 73kg..Pinggang 92cm..mak ai..Baju kurung boleh pakai tapi kain takleh zip dan tak lepas punggung. Tambah pulak seluar jeans takleh kancing. Saya mula ambil Shaklee Soy lecithin untuk perut buncitku..
v     21 Jun 2011 – Berat saya sekarang 71kg..Pinggang 89cm..Body Fat -2%.Kain baju kurung sudah muat dan berzip. Seluar jeans pun sudah boleh kancing. Oh, Baju uniform saya sudah muat.
Catatan rekod setakat ini :
Saya turun 16kg dalam 3 bulan dan ada 8kg lagi untuk kembali kepada berat asal..Target saya pada hari raya berat kembali ke 63kg. Tu memang berat ideal saya ya. Sesuai dengan ketinggian dan rangka badan..Saya perasan Shaklee membantu badan saya shape up. Walaupun berat saya 71kg tetapi kebanyakan baju dan seluar semasa saya berat 63kg sudah boleh dipakai. Pelik bin ajaib.
Risau? M..yang peliknya saya tidak la risau sangat sebab saya tahu jika terlampau fikirkan lagi la berat tak turun..Ni la namanya mainan emosi dan psikologi.
Lagipun doktor sudah berpesan jangan turun berat badan secara drastik dalam 6 bulan pertama kerana akan membahayakan anak yang sedang menyusu. Sebab tula saya rilek je..Lebih baik berat turun secara perlahan daripada berat turun secara drastik yang mengundang kepada diet yo-yo.
Apa yang saya ambil dan lakukan sepanjang proses penurunan berat badan??
v     Saya amalkan vitamin Shaklee ( Multivitamin, B-complex, Vitamin C, OmegaGuard, Zink dan Alfalfa)
v     Saya ambil Energizing Soy Protein (ESP) dan OsteMatrix pada bulan ke 2 diet bermula hujung April.
v     Saya ambil Soy Lecithin untuk perut buncit pada hujung Mei 2011.
v     Saya minum air 2-3 liter sehari.
v     Saya tidak bersenam tapi saya menyusukan Amni.500kalori terbakar untuk satu sesi penyusuan.
v     Saya ambil herbalife shake untuk sarapan tetapi pada bulan ke 2 saya tidak ambil kerana tiada stok. Mungkin akan berhenti selepas stok di rumah habis. Tidak konsisten dalam pengambilannya.
v     Saya makan 3 kali sehari.Saya kuat makan walaupun semasa pantang dan mak bising tentang itu. Ibu menyusukan sentiasa lapar.
Kesimpulannya : Saya hanya mengamalkan vitamin Shaklee terutamanya ESP dan Soy Lecithin untuk membantu penurunan berat badan saya. Tidak percaya?? Saya kan bukti bergerak..
Untuk mereka yang mahu berdiet, protein memang satu keperluan kerana anda perlukan protein untuk membina otot. Otot diperlukan untuk membakar lemak di dalam badan bagi meningkatkan tahap metabolisma.
Sebenarnya Shaklee mempunyai program diet sendiri yang dinamakan Cinch Weight Loss Program. Produk yang dicadangkan adalah Cinch Shake Mix. Produk ini tidak digalakkan untuk ibu menyusu bukan kerana akan memudaratkan ibu tersebut tetapi kerana anda akan berasa kenyang dan menyebabkan anda tidak mengambil makanan berat yang sepatutnya. Sampai macam itu sekali yea..Jadi sebab saya tidak pernah mencuba, tidak dapat la saya kongsikan. Mungkin saya boleh cuba 1 canister dan berkongsi dengan anda. Difikirkan…Untuk BF mommy yang anak berusia 6 bulan ke atas, boleh cuba Cinch Shake Mix kerana baby anda sudah mula makan dan tidak bergantung sepenuhnya dengan susu anda. 

Nanti saya kongsikan testimoni pelanggan kami yang menggunakan CInch Shake Mix untuk diet.
Program Diet Untuk Ibu Menyusu
Set B (Vita-lea, Vitamin C, B-complex, Alfalfa) + ESP + Soy Lecithin
Program Diet Mychibibox
Herb-Lax+Soy Lecithin+Alfalfa+Cinch Shake Mix
Tiada yang mustahil kerana saya pernah lakukan sebelum ini. 18kg dalam masa 10 bulan (Zaman anak dara Julai 2009-Jun 2010. Ada pasang surut sebab saya sibuk dengan  kerja)
Perkongsiaan saya adalah supaya lebih ramai yang nekad untuk menjadi kurus supaya badan kita lebih sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya.Diet juga memerlukan ilmu supaya anda tidak tersasar daripada landasan. Takkanlah nak rebound lepas bersusah payah berdiet kan.
Dalam masa terdekat saya akan lancarkan program diet musim ke 2 untuk mencapai sasaran saya pada hari raya. Moh sertai saya.

 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge