Dulu 1 oz, Kini 6 oz..Gembiranya rasa hati

By | June 14, 2011
Saya mula membuat stok EBM sebulan selepas kelahiran Amni-chan. Saya hanya mendapat 1-2oz untuk setiap sesi pam selama hampir setengah jam. Adakala saya lakukan power pumping selama sejam tetapi tetap mendapat hasil yang sama. Pengambilan air antara 2-3liter sehari dan saya mengamalkan pengambilan set C ditambah alfalfa sejak daripada hari pertama berpantang.
Melihatkan keadaan itu, saya telah menambah ESP dan OsteMatrix selepas sebulan bersalin. Hasilnya, produktiviti susu bertambah ke 3-4oz untuk satu sesi. Sejujurnya saya berasa sangat cemburu apabila membaca status ibu-ibu menyusu yang mendapat 8-10 oz untuk satu sesi pam. Saya sedapkan hati yang mereka sudah lama menceburi bidang penyusuan ibu dan saya baru saja menapak kaki. Jadi perlulah bertatih dulu sebelum dapat berjalan seterusnya berlari.
Walaupun ada rasa risau, saya tetap teruskan rutin mengepam apabila Amni tidur. Kebanyakan masa, Amni akan menyusu secara terus dengan saya dan memang agak susah untuk saya mengepam. Saya percaya dengan konsep asas penyusuan iaitu pengeluaran berdasarkan permintaan. Semakin kerap payudara dikosongkan, otak akan menerima signal untuk menghasilkan susu.
Alhamdulillah, setelah 2 bulan cuti bersalin, saya kini berjaya mendapat 6-7 oz dalam setiap sesi pam. Sehari saya akan membawa pulang 15-18 oz untuk bekalan Amni pada keesokan harinya.
Pengalaman saya menunjukkan yang keberkesanan set penyusuan Euphoria adalah berbeza antara setiap individu. Walaupun saya hanya mendapat kuantiti sedikit semasa berpantang tetapi kualiti susu yang dipam itu yang lebih penting. Susu lebih pekat dan adakala berwarna kehijauan.
Istiqamah sangat penting dan jangan ponteng sesi mengepam ketika berada di tempat kerja. Kejayaan mendapatkan 18 oz sehari untuk saya yang baru masuk bulan ke 3 penyusuan susu badan adalah satu perkara yang menggembirakan kerana saya yakin apa yang saya perolehi itu memang cukup untuk Amni-chan.
Ingat ya! Jangan tertekan dengan ibu lain yang mendapat lebih banyak daripada anda kerana badan kita menghasilkan susu badan mengikut keperluan anak kita.
Apa yang saya ambil sepanjang perjalanan penyusuan bersama Amni-chan ?
Vita-Lea aka Multivitamin – Insurans pelengkap vitamin dan mineral yang tidak cukup daripada diet harian
B-Complex – Anti-stress supaya saya lebih tenang. Kalau tertekan, susah untuk susu keluar ya
Vitamin C – Meningkatkan antibodi badan dan memastikan kesihatan badan
Alfalfa – dikenali sebagai Raja Segala Herba dan merupakan Milk Booster. Dapat mengurangkan bau badan ibu.I LIKEEEE..
OsteMatrix aka Kalsium – Saya ambil kerana untuk menghilangkan rasa sakit pinggang dan pergelangan tangan. Disalurkan kepada Amni-chan untuk pertumbuhan tulang yang sihat
Energizing Soy Protein (ESP) – Protein bagi membantu penghasilan susu ibu dan membekalkan tenaga sepanjang hari
Kesemua vitamin tambahan diatas terdapat di dalam set optimum penyusuan kami atau lebih popular dengan nama TRIPPLE M


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!


Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge