>

Promosi Februari 2014

Promosi Februari 2014

Monday, 20 June 2011

Kenapa ada yang gagal walaupun mengamal supplement yang sama?

Di forum tertutup untuk pelanggan kesayangan kami, ada yang mengadu tidak dapat hasil yang memuaskan walaupun mengamalkan supplement yang sama.

“ Saya dah amalkan hampir 10 hari tapi susu tak bertambah pun. Risau la nak naik kerja nanti”

“Saya pam dekat sejam tapi dapat dalam 2 oz je. Tidak berkesan ke Shaklee ni?”

“Saya dah ikut 3 asas itu dan minum air 3 liter tapi kenapa tak nampak hasil pun”

Ini antara keluhan yang sempat saya perolehi di forum tersebut.

Saya sendiri sebenarnya pernah mengalami perkara yang sama seperti ibu-ibu di atas.
v     Risau sepanjang tempoh berpantang kerana tidak dapat membuat stok EBM.
v     Risau samada saya akan dapat fresh EBM yang cukup untuk amni-chan apabila mula berkerja kerana semasa berpantang sukar untuk saya memperolehi lebih daripada 3 oz setelah hampir sejam memerah.
v     Saya lakukan power pumping tapi hasilnya tetap 3 oz. Adakala 1 oz sahaja.

Sebenarnya, ibu-ibu tidak gagal dalam penggunaan supplement sebagai milk booster tetapi hasilnya sahaja yang belum diperolehi terutama untuk ibu yang sedang berpantang.

Sepanjang tempoh berpantang, kita banyak menyusukan anak secara terus dan ini membantu dalam proses stimulasi susu kerana bayi adalah pam yang terbaik untuk mengosongkan payudara. Jangan berebut untuk pam susu jika bayi sudah bangun.

Apa yang saya lakukan?
1.         Saya teruskan pam seboleh-boleh 3 jam sekali walaupun hasilnya sedikit untuk setengah hingga sejam sesi pam. Jangan bersedih dengan kuantiti itu.
2.         Berzikir Ya Mateen sepanjang tempoh pam.
3.         Berdoa kepada Allah supaya dibanyakkan susu untuk Amni-chan
4.         Saya bersyukur dengan apa yang diperolehi ketika itu kerana saya yakin banyak mana yang saya pam adalah cukup untuk Amni-chan
5.         Air masak tentulah 2-3liter sehari
6.         Jangan ragu-ragu dan perlu yakin yang pengambilan vitamin dapat membantu penyusuan. Bukan sahaja daripada segi kuantiti susu tetapi daripada segi lain seperti kesihatan tubuh badan saya supaya tidak demam, sentiasa sihat dan kualiti susu yang diperolehi.Pekat dan berkhasiat.
7.         Paling penting, Jangan stress kerana emosi memainkan peranan penting dalam penghasilan susu badan. Boleh dilihat perbezaan susu yang diperolehi semasa kita gelisah dengan semasa kita gembira dan ceria.
8.         Saya lakukan Power Pumping selang sehari.
9.         Tidak membandingkan dengan orang lain kerana mungkin ibu itu sudah lama berkecimpung dalam bidang penyusuan anak berbanding saya yang masih baru bertatih. Masakan ibu yang sudah menyusukan bayi selama setahun mahu disbanding dengan ibu yang baru berpengalaman sebulan. Practice makes perfect.
10.     Pastikan makan 3 kali sehari hatta sekeping roti dan milo sahaja kerana ibu menyusu memang sentiasa lapar dan memerlukan tenaga.

Apa yang penting semasa berpantang bukanlah pengambilan milk booster tetapi pengukuhan konsep asas penyusuan “SUPPLY VS DEMAND” . Saya memang mengamalkan supplement sebagai pengganti jamu tetapi dalam penyusuan amni-chan, saya berpegang kepada kata-kata yang semakin banyak kita kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Milk booster hanyalah sebagai perencah tetapi jika asas tidak dikukuhkan, apa jenis perencah ditambah pun tidak akan membantu.

Selepas mula berkerja, saya berjaya perolehi purata 18oz sehari. Setelah sebulan dengan set B, saya tambahkan dengan ESP dan OsteMatrix. Tolak tambah, 2 bulan baru saya dapat hasilnya yea..Bukan sehari, seminggu atau sejam lepas ambil ya.

KESABARAN ITU PERLU UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. Kuantiti itu mungkin sama dengan jumlah yang Amni minum di siang hari sepanjang berpantang cuma kita tidak dapat lihat dengan mata kasar sebab sentiasa mengulit anak. Kenapa saya katakan begitu? Amni sekarang minum 15oz sehari masa siang. Jadi jumlahnya lebih kurang dengan apa yang saya perolehi sekarang.

Anda akan berpuas hati bukan sahaja mendapat susu yang berkualiti tetapi bonus kepada tubuh badan anda yang lebih segar bugar. Alhamdulillah sepanjang pengamalan Shaklee sejak 3rd trimester, saya tidak pernah demam. Penting ya untuk jaga kesihatan diri kita sebab jika kita sakit, takkan nak suruh suami kita susukan anak pula.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

MyCHibiBox Vitamin StoRe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon