>

Promosi Februari 2014

Promosi Februari 2014

Monday, 27 June 2011

Saranan Jadual Pemakanan untuk Kekal Segar Sepanjang Berpuasa

Mungkin ada ibu-ibu yang sudah mula berpuasa ganti memandangkan bulan Ramadhan yang tidak sampai sebulan sahaja lagi. Saya tidak mempunyai pengalaman berpuasa semasa ramadhan dengan gelaran breastfeeding mom tetapi saya telah mula berlatih daripada sekarang untuk memastikan badan saya sentiasa segar dan penghasilan susu juga sama seperti hari tidak berpuasa.

Alhamdulillah, saya berasa segar, tidak haus dan penghasilan susu juga tidak terjejas dengan amalan jadual pemakanan yang betul semasa berpuasa ganti. Oleh itu saya yakin yang Insya Allah saya akan dapat menjalankan ibadat puasa pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi tahun lepas adalah paling mencabar kerana saya mengalami alahan dan masih menggagahkan diri untuk berpuasa. Alangkah baiknya jika saya dipertemukan dengan Shaklee lebih awal.

Saranan Jadual Pemakanan Tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa


Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.


Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.

*Minuman yang dimaksudkan : Bancuhkan 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar Performance + 250 ml air/ secawan air suam. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.

Extra tips:
Bagi ibu-ibu yang TIDAK mengamalkan Vitamin Shaklee (1)


Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Makan oats ATAU minum secawan horlicks + oats. **Resepi GenkiMomma : 3 sudu oats + satu sudu horlicks + satu sudu teh gula + secawan air suam.
(4) Vitamin - apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.


Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Minum air soya panas.

Sebelum Tidur:
(1) Minum air suam sebanyak mungkin.
(2) Minum secawan Milo atau Horlicks panas atau barli suam.
(3) Vitamin - apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.

(1)Credit to GenkiMomma

Walaupun kami mengesyorkan jadual di atas untuk ibu menyusu tetapi bagi anda yang ingin mengikutnya tidak menjadi masalah. Jangan risau tentang kononnya susu badan anda akan terhasil dengan jadual di atas. Tidak mungkin orang lelaki akan ada susu badan kerana susu badan dihasilkan oleh hormone prolaktin yang terhasil semasa kehamilan. Ibu hamil juga boleh menggunakan jadual yang sama cuma anda tidak perlu mengambil alfalfa.

Kenapa pengambilan vitamin sangat digalakkan?
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh mengganggu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Selain daripada pengambilan vitamin, saya sangat-sangat menggalakkan ibu menyusu untuk mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Seperti yang kita sedia maklum, kurma adalah immediate energy booster yang memberikan kita tenaga segera serta rasa kenyang.

Lagipun pengambilan vitamin terutamanya ESP dan Performance Drink, membolehkan seseorang itu segar bugar sepanjang hari tanpa merasa dahaga. Kita berasa dahaga kerana kehilangan air dan performance drink memastikan badan tidak kehilangan air serta menjadi letih.

Bolehkah jika saya tidak mahu mengamalkan vitamin di atas?
Boleh. Saranan diberikan untuk memastikan ibu segar sepanjang hari. Pengalaman saya selama ini menunjukkan yang saya akan berasa letih apabila menjelang pukul 4 petang. Apabila badan letih, kita akan berasa murung, resah, stress seterusnya memberi impak buruk pada pengeluaran susu badan. Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran sepanjang hari seperti kurma, oats, supplements terutamanya ESP dan Performance Drink.

Tepuk Dada Tanya Selera.

Testimoni yang mengamalkan Performance Drink semasa berpuasa

Mommy Lyna
Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang..

Genki Momma
Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. 

MamaFaiz (cery)
saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun

MCB Testimoni :
Pada mulanya saya risau tetapi Alhamdulillah saya berasa segar dan paling best, bila pukul 4-5 tu saya tak berasa letih pun. Selalunya saya akan melepek kepenatan. Ingat lagi tahun lepas semasa hamil, saya sampai sesak nafas kerana terlalu letih. Yang paling seronok, cik B berasa penuh seperti biasa dan hasil perahan susu untuk satu sesi masih sama seperti hari tidak berpuasa. Ni saya cuba masa saya puasa ganti.

 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

MyCHibiBox Vitamin StoRe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon