Tips Menambahkan Stok EBM Sebelum RAMADHAN

By | June 27, 2011
Memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama saya berpuasa sambil menyusukan Amni-chan, saya berasa risau samada mampu menghadapinya atau tidak. Oleh itu, saya perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal supaya ramadhan ini dapat diharungi dengan jayanya.

Sememangnya di dalam Islam diberikan kelonggaran untuk ibu menyusu supaya tidak berpuasa jika memudaratkan kepada diri dan penyusuan anak. TETAPI, kita tidak boleh mengalah dengan mudah dan perlunya usaha bagi memastikan kita tetap dapat berpuasa walaupun menyusukan anak.
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah penyediaan stok EBM jika kita menghadapi masalah susu merudum di bulan puasa. Ada sebulan lagi sebelum Ramadhan menjelma dan ibu-ibu gunakanlah peluang ini untuk mengumpul stok EBM sebanyak mungkin.
Mungkin ada ibu-ibu yang mengeluh:
“Eh, perlukah membuat stok?”
“Semasa berpuasa, susu akan merudum ke?”
“Susu saya sekarang seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Macam mana saya hendak buat stok pula”
Mari saya kongsi antara tips-tips untuk menambahkan stok EBM anda.
1.  Jangan risau kerana jika anda risau akan mengganggu penghasilan susu badan anda. Seperti yang selalu saya katakan, ceria-ceria selalu. Tidak percaya? Cuba anda buat ujikaji ini semasa sesi pam berikutnya.
Bayangkan perkara-perkara yang menggembirakan dan menyenangkan hati anda. Paling mudah, pam sambil lihat gambar bayi anda. Insya Allah, anda akan memperolehi lebih banyak susu daripada biasa berbanding jika anda selalu memerhatikan botol susu dan risau dengan kuantiti yang akan diperolehi.
2. Lakukan Power Pumping sekali sehari. Insya Allah anda akan perolehi hasilnya selepas 2 minggu konsisten melakukannya. Lebih baik jika dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya : Sesi power pumping sebelum tidur pukul 11 malam. Lakukan secara berterusan dan istiqamah.
3. Membuat “weekend stock”. Kebanyakan ibu-ibu tidak mengepam pada hujung minggu kerana akan “direct feeding” dengan anak anda. Cuba untuk curi masa melakukan sesi pam pada hujung minggu kerana ini juga sangat membantu.
4. Jika berkemampuan, tambahkan sesi pam anda dalam sehari
5. Pengambilan makanan tambahan seperti “milk booster”. Untuk ibu-ibu yang rajin, anda boleh membuat air rebusan longan bersama kurma merah ATAU membuat air soya bersama kurma. TETAPI, untuk ibu yang tidak suka merebus seperti saya, anda boleh mengambil vitamin tambahan Shaklee seperti Alfalfa dan Soy Protein. Mudah sahaja cuma segelas air untuk telan Alfalfa dan juga segelas air lain untuk bancuh Soy Protein. Rasa seperti soya asli gitu..
6. Jangan lupa berdoa ya..Sambil pam tu boleh baca zikir “Ya Matin” dan pikirkan tentang susu ya bukan kerja ke atau masalah kerana boleh membawa kepada stress.
Mari lihat testimoni daripada ibu-ibu yang mengambil Euphoria Breastfeeding set bersama ESP.
Puan Nadiah (Ibu berkejaya yang rajin mengepam):
Salam N, tak sabar akak nak bagitau…malam tadi before tido akak amik ESP mcm N bagitau tu…pukul 2pg tadi masa mengepam …subhanallah! terkejut akak…. 12 auns..tak pernah dapat banyak macam tu…pukul 6 pagi tadi pam lagi dapat 9 auns, still banyak dari biasa…dan memang anak akak cepat kenyang dan susu lebih pekat….so akak asingkan 3 auns untuk dia minum…so , 2 kali pam tu aja dah dapat buat 15 auns stok…dan yang menakjubkan AKAK BARU MINUM ESP 1 SUDU! Syukur boleh buat stok banyak-banyak untuk pose…really work it dan lebih manis lagi ia berlaku dalam menstrual…so akak notice ambil alfalfa 3 times, set breastfeeding tu dan ESP betul2 buat susu akak banyak dan berkualiti…nampaknya N akan regular customer la…hehehe…thanks N….
Puan Khuzaimah
Sejak saya amik ESP ni kan kak, susu saya makin banyak sekali pam dapat 8 oz best betol kak. Saya bersyukur sangat Allah temukan jalan yang mudah untuk saya. Yang bestnya Kak N anak saya selsema kan sehari jek dah sihat kak….mula2 sedih gak tengok meleleh je hidung dia…besok tu dah ok dah, tapi mungkin ni semua hasil berdoa dan usaha. Apa2 tq kak N sebab sudi sharing ilmu…moga tuhan balas jasa akak. Betol ESP mahal tapi berbaloi untuk anak…saya memang teruja baca blog akak yang memang menaikkan azam saya untuk breastfeed 2 tahun.
MCB Testimoni:
Pada masa berpantang, saya hanya memperolehi antara 1-2 oz setiap kali sesi pam. Selepas mengambil ESP, saya perasan kuantiti susu meningkat kepada 3-4oz sekali pam. Hampir 2 bulan mengamalkan dengan konsisten, saya berpuas hati kerana mampu mendapat 7-8oz untuk satu sesi. Apa yang saya dapat simpulkan adalah apabila jadual pam konsisten, kuantiti susu akan bertambah dan saya suka lihat susu yang pekat serta penuh berkhasiat untuk Amni-chan.

Apa itu Euphoria Set B?
Mengandungi Vita-Lea aka Multivitamin, Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa.
Set ini sangat berkesan kerana bukan sahaja dapat membantu penghasilan susu yang banyak tetapi memberikan kesihatan diri kepada ibu yang sentiasa letih dan lesu.

 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge