5 Tips pemakanan untuk perut buncit

By | July 25, 2011
Saya kongsikan satu artikel menarik daripada majalah Harmoni untuk mendapatkan perut pipih daripada segi pemakanan. Komen saya berwarna biru.

Antara aturan pemakanannya ialah :
1. Mengenyangkan : PROTEIN
Mengambil makanan yang berprotein tinggi adalah lebih baik daripada mengambil makanan berlemak dan berkarbohidrat. Jumlah kalori di dalam protein adalah 50 peratus lebih rendah berbanding jumlah kalori yang ada di dalam lemak (diambil dalam kuantiti yang sama). Manakala, protein juga lebih lambat untuk dicernakan biarpun jumlah kalorinya hampir sama dengan karbohidrat. Ini menyebabkan kita akan berasa kenyang dengan lebih lama. Protein juga mampu menurunkan hormone ghrelin di dalam perut bagi mengurangkan nafsu makan. Pastikan protein yang diambil tanpa lemak seperti dada ayam kukus tanpa kulit, yogurt, susu rendah lemak atau ikan.
à Produk yang disarankan adalah Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) yang merupakan produk terlaris di mychibibox dan menjadi kesukaan ramai. Selain itu, Cinch Shake Mix juga menjadi pilihan untuk mereka yang mahu berdiet kerana selain menurunkan berat badan, Cinch Shake memelihara otot bagi mengelakkan penurunan berat badan yang salah.
2. Wajibkan : SERAT
Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran adalah makanan berserat yang boleh diambil setiap hari. Pengambilan makanan berserat akan menimbulkan rasa kenyang dengan lebih lama, melambatkan pencernaan dan membantu menurunkan kolosterol di dalam darah. Pencernaan yang lambat menyebabkan peredaran glukosa turut perlahan dan menghasilkan insulin yang sedikit. Hasilnya, lemak yang terkumpul di bahagian perut juga menjadi tidak banyak. Selain itu, serat juga membantu melancarkan system penghadaman agar pembuangan air besar berjalan lancar.
à Produk yang disarankan adalah Shaklee Fiber Plan Unflavored. Jika mempunyai bajet, elok diambil bersama protein bagi mendapatkan keputusan berganda dan lebih pantas.
3. Jauhi : PEMANIS TIRUAN
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Purdue, Amerika Syarikat, menunjukkan pengamblan makanan atau minuman yang mengandungi pemanis tiruan mampu mengubah system semulajadi tubuh. Ini bermakna, ia mampu mengubah hormone tahap selera semulajadi manusia yang sepatutnya berasa kenyang sebelum hormone semulajadi tersebut bertindak sendiri. Akibatnya, kita akan makan di luar sedar tanpa berasa kenyang dari waktu yang sepatutnya. Makanan yang mengandungi pemanis tiruan ini akan menimbulkan kekeliruan di dalam tubuh dan menyebabkan kadar metabolisme tidak memberi reaksi terhadapnya, Akhirnya akan menyebabkan berat terus meningkat.
à Shaklee sememangnya memastikan produknya tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan kerana penghasilan produk Shaklee adalah daripada sumber semulajadi bukannya sintetik.
4. Elakkan : MAKANAN TINGGI KALORI
Nasi, roti canai, capati, teh tarik, kuih-muih, keju dan sebagainya sememangnya tidak mampu ditolak. Namun, semua makanan ini membekalkan kalori yang cukup tinggi. Selain mengundang peningkatan berat badan, ia mampu mencetuskan pelbagai serangan penyakit. Kurangkan pengambilan makanan tinggi kalori ini. Pilih makanan yang menyumbangkan kalori yang bersesuaian dengan keperluan tubuh bergantung kepada aktiviti harian anda.
à Saranannya adalah untuk “KURANGKAN” bukannya “TIDAK MENGAMBIL LANGSUNG” kerana badan kita masih perlukan karbohidrat untuk menjalankan aktiviti yang seumpamanya. Jadi, diet tanpa nasi adalah diet yang salah kerana anda hanya mengundang risiko yoyo diet,
5. Kudapan : KEKACANG
Tidak salah jika anda menjadikan kudapan sebagai rutin anda setiap hari. Namun, pilih kudapan yang mampu menyelamatkan tubuh bukannya kudapan yang bersifat ‘penyedap’. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang menjadikan kekacang sebagai kudapan dapat mengurangkan ukuran pinggangnya 50 peratus lebih banyak daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Jauhi daripada menjadikan biskut, kerepek, popcorn dan makanan segera sebagai kudapan.
à Pastikan kekacang yang dipilih bukanlah yang telah diberi penambah rasa sedap seperti kacang bersalut coklat atau sebagainya. Pilihlah kekacang yang dibakar, kurang garam. Anda juga boleh memilih biskut sihat seperti biskut berserat bukannya biskut berkrim.
Kredit : Majalah Harmoni Disember 2010
Diharap perkongsian ini membuka mata kita dengan lebih luas tentang ILMU DIET YANG BETUL.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 thoughts on “5 Tips pemakanan untuk perut buncit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge