Satu kajian menunjukkan bahawa berpuasa selama 20 jam tidak membawa kesan yang besar kepada penghasilan susu wanita, namun begitu, wanita dalam kajian ini telah dibenarkan minum air. Nampaknya, badan akan menyesuaikan kekurangan makanan atau cecair dengan mengeluarkan tenaga yang lebih banyak.
Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
• Anda akan berasa sangat dahaga.
• Anda akan pening, pengsan, lemah atau letih.
• Anda akan mendapat sakit kepala atau demam panas atau terasa amat lesu.
Adalah penting apabila anda berbuka, untuk minum banyak jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barley – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman.
Sebelum berpuasa semula, minum sekurang-kurangnya lapan sehingga 12 gelas jus buah-buahan, susu atau lain minuman bernutrien setiap hari. Tetapi jangan hanya minum sahaja, kerana amat penting untuk anda mendapatkan
nutrien, kalori dan pepejal daripada makanan. Anda perlu mengambil kira-kira 400 hingga 500 kalori tambahan setiap hari semasa anda sedang menyusukan. Anda akan merasakan sukar untuk makan secukupnya dalam jangka semalaman dan ada kemungkinan penambahan berat badan akan turun. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda.Untuk sahur, Jennifer Hor, seorang kaunselor penyusuan dan ahli panel BabyCenter mengesyorkan supaya minum cecair dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (low glycemic index, atau GI). GI adalah pengukuran efek kabohidrat atas tahap gula dalam darah. Kabohidrat yang dicernakan cepat mempunyai GI tinggi; kabohidrat yang dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI rendah. Makanan GI rendah ialah sebilangan sayur-sayuran dan kacang, dal, mi dan nasi.
Dapatkah saya menghasilkan susu secukupnya?
Adakah bayi saya akan terjejas dengan perubahan dalam susu badan saya?
• Tidak kerap buang air kecil (bayi yang baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10
kali sehari).• Kotoran (tahi) yang kehijauan.
• Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam.
• Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah.
• Mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu.
Hubungi ahli pediatrik atau doktor keluarga anda jika anda bimbang tentang bayi anda.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?
• Uruskan hal membeli-belah, pencucian dan lain-lain yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak sebelum mula berpuasa supaya anda mempunyai lebih masa untuk berehat kemudian.
• Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang.
• Simpan diari pemakanan supaya anda boleh pastikan bahawa anda makan dan minum secukupnya pada malam hari.
Bilakah saya perlu menghubungi doktor?
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
tiba jua di sini.. good luck dgn kedai ini!!