>

Promosi Februari 2014

Promosi Februari 2014

Monday, 4 July 2011

Bilakah masa yang sesuai untuk berdiet?

Tahukah anda bukan sahaja pengambilan produk yang betul penting untuk diet, TETAPI BILA ANDA MULA BERDIET JUGA PENTING.

Berdasarkan pengalaman saya, sebulan sebelum Ramadahan adalah masa yang paling sesuai untuk memulakan diet anda. Bukannya pada bulan Ramadhan ya.

KENAPA?
Diet bukan sekadar usaha anda untuk menurunkan berat badan tetapi juga adalah untuk mendisiplinkan anda dalam menjaga pemakanan seharian anda. Semasa bulan Ramadhan, kita lebih mempunyai nafsu makan semasa berbuka setelah menjalani ibadah puasa di siang harinya. Sedangkan puasa sepatutnya bertujuan untuk melatih kita menghargai makanan yang ada tetapi apa yang berlaku, makanan lebih banyak dibazirkan berbanding bulan-bulan lain.

Jika diet dimulakan pada bulan sebelum Ramadhan, anda akan lebih mudah mengawal nafsu makan. Anda telah mula melatih diri untuk memilih makanan berkhasiat dan menjaga kuantiti makanan yang diperlukan. Di dalam Islam juga kita disunatkan untuk berpuasa semasa bulan Rejab sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

Apabila melangkah ke bulan Ramadhan, fikiran anda tidak hanya tertumpu kepada MAKANAN sebaliknya, anda lebih fokus dengan aktiviti harian. Semasa ke pasar ramadhan juga, anda akan memilih apa yang betul-betul mahu dimakan dan bukan berdasarkan nafsu. Ramadhan ada sebulan dan anda mempunyai masa yang lama untuk merasai makanan yang diingini. Tidak bermakna anda perlu makan dalam sekaligus kan.

Cabaran berikutnya semasa aidilfitri. Kita sering mendengar yang berat badan yang berjaya diturunkan sepanjang Ramadhan akan naik semula dalam 2-3 hari pertama Aidilfitri. Memang betul jika anda masih tidak berjaya mendisiplinkan diri. Setelah berdiet hampir dua bulan, aidilfitri bukanlah menjadi masalah kepada anda untuk mengawal nafsu makan kerana pada masa itu, minda anda telah diterapkan untuk menjaga pemakanan BUKANNYA makan untuk melepaskan nafsu Ramadhan.

Oleh itu, untuk anda yang mahu mengambil kesempatan berpuasa semasa Ramadhan, mulakanlah daripada sekarang kerana anda boleh mengambil iktibar daripada Ramadhan yang lepas bagaimana diet anda telah gagal apabila aidilfitri.

Tips diet dengan Shaklee
  1. Untuk anda yang ingin turunkan berat badan 10kg ke bawah, anda hanya perlukan Lecithin dan Alfalfa.
  2. Untuk berat lebih daripada 10kg, anda diwajibkan untuk mengambil pakej lengkap ( Herb-Lax, Alfalfa, Lecithin dan Cinch Shake Mix )
Bagaimana produk-produk ini membantu diet anda?
Herb-Lax : Untuk membuang toksin berlebihan dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin dan khasiat pemakanan

Alfalfa : Membantu melawaskan sistem pencernaan yang berkait rapat dengan masalah perut buncit.

Lecithin : Menguraikan lemak-lemak berlebihan dalam badan

Cinch Shake Mix : Protein untuk mengekalkan otot di dalam bagi meningkatkan metabolisma badan dan pembakaran lemak serta memberikan rasa kenyang

Kenapa Protein penting di dalam diet?
Protein diperlukan untuk memastikan kulit perut tidak menggeleber setelah anda kehilangan berat badan selain memelihara/membentuk otot yang menjadi ejen utama bagi pembakaran lemak. Jika anda kehilangan berat badan melalui kehilangan otot, metabolisma badan anda akan menjadi rendah dan berkemungkinan berat badan anda akan kembali kepada asal selepas berhenti menggunakan produk diet. Protein juga dapat menganjalkan kulit serta mengurangkan regangan atau selulit.

Saya tahu yang ibu selepas bersalin memang mempunyai masalah berat badan selain masalah penyusuan. Apa kata anda ambil peluang ini untuk menurunkan berat badan anda. Insya Allah dalam 3 bulan anda akan melihat hasilnya. 3 bulan ya bukan sehari atau seminggu. INGAT, jika berat diturunkan secara drastik, berat juga akan naik secara drastik.
 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

MyCHibiBox Vitamin StoRe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon