Kenapa Ibu Kena Kencing Manis & Darah Tinggi Semasa Hamil?

By   July 18, 2011
Saya adalah salah seorang ibu yang mengalami darah tinggi semasa kehamilan pertama dan baru-baru ini saya terasa sakit di belakang tenguk hingga ke belakang kepala yang mana membuatkan saya terasa loya dan banyak angin. Sebelum ini saya memang dah biasa rasa macam tu tapi entah bagaimana pula tergerak di hati saya nak buat pemeriksaan darah dan tekaan saya benar-benar tepat iaitu bacaan darah saya ialah 135/90. Terkejut sebab inilah pertama kali saya hadapinya selain daripada hamil. Sebenarnya ia benar-benar menakutkan saya kerana saya baru berusia 33 tahun dan adakah saya akan menambahkan statistik mati mengejut di usia muda. Nauzubillah…..minta-mitak dijauhkan. Hari ini saya nak kongsi bersama anda kepentingan pengambilan kalsium. Kredit
————————————————————————————————–
Pelbagai kisah ibu mengandung. Alahan yang teruk, mengidam, emosi tidak stabil, hilang selera makan dan sebagainya. Simptom-simptom yang disebutkan tadi adalah perkara biasa. Sewaktu di awal kehamilan dulu, doktor pernah tanya samada saya ada sejarah keluarga yang mengidap kencing manis. Alhamdulillah, saya tiada masalah kencing manis seperti sesetengah ibu mengandung. Ada juga yang mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung. Kenapa gejala ini berlaku ketika mengandung sahaja. Ianya hilang setelah melahirkan anak.
Saya tidak nafikan, penyakit keturunan adalah faktor utama yang diterima pakai oleh semua orang. Selebihnya adalah tabiat pemakanan si ibu.
Kebetulan, saya cuba mencari artikel tentang kalsium kerana ingin tahu lebih mendalam tentang peranannya. Rupa-rupanya kalsium mempunyai kaitan dengan gejala kencing manis dan darah tinggi. Malah ia ada kaitan dengan sakit ketika bersalin normal, perubahan tulang pinggul dan gigi mudah patah.
Ketika kandungan masuk 3 bulan, badan si ibu memindahkan sejumlah besar kalsium dari tubuhnya kepada pembentukan janin. Ketika di trimester ketiga, perkembangan tulang dan pembesaran bayi yang pesat memerlukan lebih banyak sumber kalsium. Proses peredaran darah ini meningkatkan risiko kehilangan kalsium dari tubuh si ibu. Oleh kerana jumlah kalsium dalam darah si ibu berkurangan, terjadilah gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi. Badan mengambil kalsium dari tulang bagi menjalankan fungsi degupan jantung dan sistem saraf, namun kalsium dari tulang tidak menjalankan fungsi kalsium darah, sebaliknya mengikat lebih banyak lemak di jaringan pembuluh darah lalu menyukarkan proses peredaran darah ke seluruh badan. Kesannya adalah tekanan darah tinggi. hmm..
Patutlah, saya dan kawan-kawan saya selalu mengalami cramp sewaktu di hujung kehamilan. Rupanya kita kekurangan kalsium dalam darah. Ada juga yang mengalami tekanan darah tinggi tetapi hanya dalam tempoh mengandung.
Ada juga yang mengalami peningkatan gula dalam darah atau dipanggil kencing manis. Ianya hilang apabila melahirkan. Kenapa ya. Apa yang saya faham, kalsium mengawal pelbagai fungsi hormon dalam badan dan ini termasuklah hormon insulin. Peningkatan gula dalam darah si ibu ada kaitan dengan masalah kekurangan hormon insulin. 
Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.
Dari pembacaan, saya pasti masalah ini dapat diatasi jika si ibu mengambil tambahan kalsium, selain B Complex. Mengikut Dr Bruce Miller, Calcium also produces and activates numerous hormones and enzymes.
Apabila melahirkan dan menyusukan anak, sekali lagi badan si ibu mengalami kekurangan kalsium. Kalsium yang tidak diganti ini lama kelamaan akan menyebabkan si ibu nampak lebih tua dari usia sebenar, sistem imun yang lemah, ketidakstabilan hormon dan gangguan kesihatan.
Kesakitan ketika melahirkan dan kesakitan ketika melalui hari pertama menstrual adalah kerana otot tidak menganjal dengan baik. Pengambilan kalsium boleh membantu mengurangkan rasa sakit ketika proses kelahiran dan menstrual.
“One possible reason is calcium’s role in maintaining normal muscle tone. Calcium-deficient muscles are more likely to be tense and prone to cramping, which can worsen menstrual cramps as well as common symptoms of PMS, such as headaches or migraines and water retention. Some studies have also found that women with higher calcium intake reported fewer mood symptoms such as irritability, anxiety, and depression, associated with PMS” more info pls click here 
Jelas sekali kalsium amat penting dalam diari hidup seorang wanita. Kalsium bukan hanya untuk tulang dan gigi. Kalsium penting untuk otot dan saraf. Hakikatnya ramai yang tidak tahu.
Kredit : Along Azrina

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge