Operasi selamatkan EBM semasa blackout

By | July 20, 2011
Dugaan semasa breastfeeding bukan sahaja setakat susu badan merudum atau sentiasa pam untuk pastikan stimulasi sentiasa ada atau kekurangan sokongan daripada orang sekeliling. Semalam saya menerima dugaan bekalan elektrik terputus di kawasan perumahan saya untuk tempoh 6-7jam..

Saya tidak menerima apa-apa notis dan terkejut bila pengasuh Amni-chan mengatakan kawasan rumah akan blackout daripada pukul 10 – 6 petang..EBM boleh cair kalau lama sangat..Tahap kerisauan saya sampai saya sanggup untuk ambil emergency leave (EL) jika suami saya tidak sempat untuk menguruskan EBM Amni-chan.
Elektrik terputus pada pukul 12 tengahari dan suami saya hanya sempat menguruskan EBM lebih kurang pukul 3 petang..Suami maklumkan yang EBM masih keras walaupun selepas 3 jam blackout kerana pintu peti ais memang sentiasa tertutup rapat tidak dibuka langsung.
Saya pulang pukul 630 petang dan hanya sempat uruskan pindahbalik EBM ke peti ais daripada ice box pada pukul 8 malam.Agak berdebar-debar kerana jika ada EBM yang cair, memang saya akan buang terus.Kalau semua cair, menangis tidak berlagu la saya.
Alhamdulillah..Operasi menyelamat berjaya. Tidak ada satu pun yang cair hasil langkah-langkah keselamatan yang betul.EBM di dalam ice box hampir 5 jam sebelum dipindah balik.
Saya kongsikan supaya menjadi panduan kepada ibu-ibu yang lain.

Perkakas yang perlu : Ice box/Cooler box, Garam, Ais ketul yang banyak, Tuala, Sealer / Pemberat.

Langkah-langkah:

1. Letak 1 lapisan ais di bahagian bawah ice box dan taburkan garam. Garam perlu untuk elakkan ais lambat cair.

2. Susun EBM yang dibungkus dalam plastik di dalam ice box. Saya memang packing weekly supaya senang nak buat FIFO (First In First Out).

 3. Taburkan ais ketul menutupi EBM tadi sehingga tiada ruang kosong dan taburkan garam.

4. Tutupkan dengan tuala supaya kelembapan ais akan berkekalan.

5. Tutup icebox/cooler bag..Seal jika perlu..Suami saya letak pemberat air mineral..Ulang perkara yang sama untuk icebox yang lain..

Taraaaaaa………..Inilah EBM Amni-chan yang berjaya diselamatkan..Alhamdulillah..

Diharap perkongsian ini akan dapat membantu ibu-ibu di masa kecemasan…


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge