Tips minum 3 Liter AIR semasa Ramadhan

By | August 3, 2011
Bila masuk bulan Ramadhan ramai yang risau tak dapat minum air 3 liter sehari dan tak dapat istiqamah pengambilan supplemen. Jadi, saya kongsikan sedikit tips supaya kalau tak dapat 3 liter pun paling kurang dapatla dalam 2 liter air sehari.

  1. Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
  2. Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
  3. Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
  4. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
Tak susah sebenarnya, cuma bila kita tak biasa, itu yang menyebabkan kita rasa susah. Tapi kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi? oh ye, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan overload kan.
Salah satu kebaikan puasa adalah dapat merehatkan perut tapi kalau berbuka kita makan sebanyak-banyaknya maka, makin tersiksalah perut. Silap-silap lebih tersiksa dari bulan tak puasa.
Akhirnya, puasa adalah tarbiyyah dari Allah untuk mendidik kita supaya bertaqwa.
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu berpuasa agar kamu BERTAQWA. (Surah al-Baqarah:183)
Jadi masa bulan ni, kita lebih mudah melatih diri untuk lebih mendekati Allah kerana syaitan dah dirantai. Dan semoga dengan latihan sebulan ni, kita dapat berjuang berhabis-habisan untuk menentang syaitan untuk 11 bulan berikutnya.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge