Vitamin untuk masalah Ekzema.

By | August 18, 2011
Alhamdulillah, saya dilahirkan dalam keluarga yang tidak mempunyai masalah kulit. Pertama kali saya melihat sendiri dan mengetahui mengenai masalah ekzema ini apabila tinggal di kawasan perumahan sekarang. Jiran saya mempunyai masalah ekzema dan penyakit ini diwarisi oleh anaknya..Jika kita sebagai orang dewasa tidak mampu menahan rasa gatal, apakah lagi kanak-kanak kecil.

Apakah Ekzema?
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Ihsan : Wikipedia
Supplement/vitamin yang sesuai untuk merawat Ekzema

1. GLA Complex
Penderita ekzema tidak dapat memproses asid lemak dgn sempurna sekaligus kandungan GLA dalam badannya adalah rendah. GLA penting untuk menghalang kesan eczema berterusan seperti gatal, merah2 dan sebagainya.

2. Zinc
Zinc amat penting bagi pembentukan tisu, mereka yang menghidap ekzema didapati mengalami masalah kekurangan zinc.

3. Alfalfa
Alfalfa berguna sebagai anti radang dan anti elergi namun pengambilan mesti selepas dipastikan anda tidak elergi kepada alfalfa.

4. Energizing Soy Protein (ESP / Mealshake
Protein bertindak untuk menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel yang telah reput dan mati. Pengambilan protein membantu pembentukan sel kulit yang sihat.

5. Vitamin C
Merupakan sumber antihistamin semulajadi bagi membantu kulit bermasalah disebabkan alahan.Pengambilan vitamin C dapat mengelakkan kesan sampingan daripada ubat steriod serta meningkatkan antibodi badan.

Benarkah GLA dapat mengubati ekzema?
Saya kongsikan pengalaman Puan Norita dalam menangani masalah ekzema anaknya.
Namun sesuatu yang saya sedari, kulit Addin adakala kering sangat akibat berpuasa. Apabila ini berlaku saya akan pastikan dia mengambil GLA dan vitamin C chew sebelum tido bersama ESP + PD. Saya akan bancuhkan dengan sedikit kepekatan ESP agar protien yang cukup membantu tubuh Addin menghasilkan sel baru yang sihat dan cantik.

Syukur, esoknya kulit Addin akan nampak lembap seperti kulit orang biasa. Tak sia-sia beri Addin makan GLA….GLA untuk seimbangkan hormon. Protien pula untuk bina sel baru dan pastikan sel sedia ada sihat. Vitamin C pastinya sebagai keperluan dalam penghasilan kolagen.

Sumber : AnakkuWiraku
Ini pula komen Puan Norita di facebook.
Bagaimana GLA membantu masalah Ekzema?
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Apakah langkah-langkah lain yang perlu dilakukan?

Rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.

Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:

·  Bawa anak berjumpa doktor
·  Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
·  Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
·  Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
·  Pastikan persekitaran ruma bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
·  Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.
Sumber:  Utusan Malaysia

Adakah Shaklee mempunyai produk ini?

Taraaa…Inilah Shaklee GLA Complex..Alternatif lain untuk anda yang mempunyai masalah ekzema atau anak anda. Adakala rawatan daripada pihak pakar tidak dapat mengatasi masalah  dan tidak salah untuk mencuba cara lain.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge