Bayi alahan kepada susu ibu.

By | September 12, 2011

Jika dilihat tajuk di atas, pasti anda akan tertanya-tanya. Bolehkah bayi mengalami alahan kepada susu ibu? Sebenarnya perkara ini jarang sangat berlaku dan jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif pada 6 bulan pertama, punca alahan itu sudah semestinya datang daripada susu badan anda. TETAPI, bukan susu badan itu punca alahan yea sebaliknya kandungan dalam susu ibu itu.
Pernah dengar apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi melalui susu badan? Inilah puncanya. Berkemungkinan bayi anda alah kepada makanan yang anda ambil.
Antara makanan yang berkemungkinan adalah susu lembu, telur, kekacang dan soya.
Simptom-simptomnya
Bayi anda akan meragam, muntah, perut kembung, menangis atau cirit birit. Ada juga yang mengalami ruam, gegata, gatal-gatal,kulit kemerahan dan kering serta masalah sukar bernafas.
Langkah-langkah yang perlu diambil
  1. Senaraikan makanan yang anda ambil selama seminggu sebelum alahan bermula terutamanya barangan daripada produk tenusu.
  2. Lakukan try and error test untuk melihat makanan yang memberi alahan kepada bayi anda.
  3. Hentikan pengambilan makanan berkenaan
AWAS!!
Makanan yang diambil boleh berada di dalam susu badan sehingga 7 hari.
Kemungkinan lain ( sumber : Livestrong)

Jika bayi anda tidak boleh menerima susu badan, berkemungkinan besar bayi anda mengalami lactose intolerance yang jarang berlaku di kalangan bayi baru lahir. Perkarai ini biasanya dialami oleh kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. Anda boleh memberikan bayi anda enzim lactase dalam bentuk supplement untuk menguraikan laktosa dalam badan. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang lactase. Lactose intolerance juga sering berlaku di kalanganm bayi pramatang.

Selain itu, bayi yang mengalami masalah galactosemia juga tidak dapat mencernakan susu. Situasi ini hanya berlaku berlaku satu dalam 60,000 bayi. Mengikut Pub Med Health, galactosemia mengganggu kebolehan bayi baru lahir untuk mengurai galactosa, salah satu gula di dalam susu badan dan susu binatang.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

One thought on “Bayi alahan kepada susu ibu.

  1. fiezaradzi

    1st time dgr baby alah pada susu ibu.. tapi lau alah tak kuat, baik teruskan susu ibu.. juga baru dgr pasal lactose intolerence pada bayi tu.. biasanya org dewasa jer.. huhu… thanks 4 the info..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge