Kelas Penyusuan @ Antenatal Class

By | September 11, 2011
Saya menggalakkan ibu-ibu yang sedang mengandung dan berniat untuk menyusukan bakal anak mereka untuk mendapatkan ilmu breastfeeding yang mencukupi kerana cabaran penyusuan bermula sejam pertama sejak kelahiran bayi anda.

Tahniah saya ucapkan jika anda sudah berniat untuk menyusukan bayi tetapi niat sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan usaha. Oleh itu, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah dengan menambah ilmu di dada melalui kelas penyusuan atau menghadiri antenatal class selain melalui pembacaan.
Saya sendiri telah menghadiri dua kelas yang berbeza. Satu daripadanya adalah Antenatal Class yang dianjurkan oleh DEMC. Salah satu topic yang diperbincangkan adalah breastfeeding. Kelas yang kedua saya hadiri anjuran scriptory box di mana penceramahnya adalah pemilik sarakids, Pn Farah Farhana yang terkenal di kalangan breasfeeding mommy. Kelas ini lebih khusus bermula daripada bila perlu melakukan penyusuan sehingga bagaiman mengendalikan EBM.
Pada saya, jika kita boleh keluarkan duit beratus atau beribu ringgit untuk membeli baby stroller, breastpump, tidak rugi jika keluarkan dalam puluhan ringgit untuk mendapatkan ilmu kerana ianya akan membuka mata kita dengan lebih jelas. Selain itu, anda juga akan didedahkan dengan masalah-masalah yang bakal dihadapi kerana setiap penyusuan itu mempunyai cabaran yang tersendiri.
Kenapa saya tekankan pentingnya kelas sebegini?

Pastikan anda hadiri kelas bersama suami anda kerana penyusuan bayi bukannya tanggungjawab ibu seorang tetapi adalah tanggungjawab bersama. Mungkin sukar untuk anda menerangkan sendiri atau meminta suami untuk melakukan pembacaan sendiri. Jadinya menghadiri kelas bersama adalah cara terbaik.
Suami anda menjadi tulang belakang anda selain menjadi perisai untuk menangkis cabaran-cabaran yang mungkin dating daripada keluarga anda atau keluarga mentua anda sendiri terutama mereka yang sudah sebati dengan pemberian susu formula kepada bayi sejak lahir.
Saya bersyukur kerana suami menyokong saya dan ada satu peristiwa semasa cuti beraya yang membuat saya terpanggil untuk menulis cerita ini. Semasa pulang ke kampung Mr. N, pakciknya pelik kerana saya masih tidak memberikan Amni-chan makan sedangkan usianya sudah 5 bulan. Mr. N menerangkan kepada pakciknya yang bayi hanya boleh diberikan makanan setelah berusia 6 bulan kerana ketika itu baru perut bayi matang untuk mencerna makanan selain susu ibu.
Ini satu fakta yang sangat saya rasa terharu. Mr N terangkan mengenai saiz perut bayi semasa lahir yang sebesar sebiji guli dan tidak mampu menghadam makanan selain susu ibu. Saya percaya Mr. N juga mendapat ilmu yang sama seperti saya dapat semasa menghadiri kelas penyusuan.
Ambillah langkah pertama sebelum bayi lahir dengan hadiri kelas penyusuan @ antenatal class.Saya jamin yang anda akan bersyukur kerana menghadiri kelas sebegini.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge