Perlukah stok EBM yang banyak??

By | September 7, 2011

Saya mula buat stok EBM semasa berpantang. Di awal kelahiran Amni-chan, saya pam untuk kurangkan bengkak susu dan lebih banyak menyusukan Amni-chan secara terus kerana jadual penyusuan yang tidak teratur. Boleh dikatakan sejam sekali Amni-chan akan menyusu. Jadinya agak susah untuk mengepam di samping susu badan akan stabil atau kata omputihnya establish selepas sebulan kelahiran.
Saya mula mengumpul stok selepas sebulan berpantang. Itu pun berdikit-dikit dan saya curi masa antara waktu penyusuan Amni-chan. Saya cuba pam setiap 3 jam sekali dan bila Amni mahu menyusu dikala saya mahu mengepam, saya akan utamakan Amni-chan.
Sebenarnya, saya tidak terfikir untuk membuat stok yang banyak kerana saya masih tidak nampak keperluannya. Di kala susu badan meriah, memang kita rasakan tidak perlu adanya EBM. Setelah hampir 3 bulan berkerja dan Amni pun sudah berusia 5 bulan lebih, saya mula sedar pentingnya mempunyai stok EBM.
Kenapa saya kata perlunya ada stok EBM di rumah??
  1. Saya tidak sempat untuk pam pada hari Ahad dan terpaksa memberikan Amni-chan frozen EBM untuk bekalan hari Isnin.
  2. Amni-chan melalui fasa growth spurt dan jumlah botol sehari bertambah daripada 5 botol x 3 oz kepada 6 botol x 3oz.Jadi setiap hari saya akan keluarkan 6oz frozen EBM.
  3. Semasa bulan Ramadhan yang lepas, saya selalu terlepas sesi pam ke 3 dan alhamdulillah, kuantiti yang kurang itu saya gunakan frozen EBM.
Saya sebenarnya iri hati dengan ibu-ibu yang menjadi surirumah kerana tidak perlu risau mengenai stok EBM kerana lebih mudah untuk menyusukan anak secara direct feeding. Permintaan sentiasa ada dan tidak perlu risau tentang sesi pam yang tidak cukup sebagainya.
Namun begitu, saya tidak menyesal menjadi work-pumping mom kerana terasa sangat indah bila dipuji semasa pulang beraya baru-baru ini. Sanak saudara terkejut kerana saya tidak memberikan susu formula kepada Amni-chan sehingga sekarang.
Antara soalan bonus yang ditanya , “ Banyaknya susu hingga cukup untuk Amni”. Ada juga yang bertanya,”Eh, macam mana bagi Amni susu di rumah pengasuh?”. Rahsianya cuma saya amalkan konsep supply vs demand.
Sesi pam semasa waktu bekerja juga antara kunci utama. Bukan mudah ya untuk disiplinkan diri bagi mengepam di waktu bekerja kerana jika tidak dipam, payudara akan menyangka demand sudah berkurang dan tidak perlu menghasilkan susu lagi.
Untuk ibu-ibu yang sangat sibuk bekerjaya, jangan lupa untuk counter back sesi yang terlepas dengan power pumping session di malam hari. Insya Allah, banyakkan berdoa dan minta kepada-Nya untuk dipermudahkan perjalanan penyusuan ini.
Sekarang saya sedang berusaha untuk menghabiskan stok bertarikh Jun 2011 kerana susu akan luput tarikh pada bulan September ini. Oh, saya simpan di bahagian freezer pintu sejuk 2 pintu jadinya susu tahan selama 3 bulan.   
Rahsia saya yang lain : Pengambilan Vitamin Shaklee la..Saya ada jadual pengambilan tertentu dan akan dikongsikan dengan pelanggan saya..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge