Senaman antara
elemen penting dalam proses penurunan berat badan. Namun begitu ramai yang
memberi alasan SIBUK menyebabkan mereka memandang remeh hal ini. Salah satu
senaman mudah untuk mengempiskan perut adalah melakukan bangkit tubi atau nama
popularnya SIT UP.
Saya tidak
nafikan keberkesanannya kerana saya telah melakukannya secara konsisten selama
setahun di tahun akhir di Jepun. Cara yang saya amalkan adalah
- Bagi peringkat awal, lakukan 10 kali selepas bangun tidur sebelum bangkit daripada katil.
- Lakukan 10 kali lagi sebelum tidur.
- Apabila sudah serasi, tambahkan jadi 20 kali bagi setiap sesi.
Pada saya,
tidak perlu melakukan pada kuantiti yang banyak TETAPI paling penting adalah
konsisten dan berterusan.Anda tidak akan merasa perubahannya serta merta tapi
setelah sebulan, pasti seluar yang dipakai terasa longgar.
Ok, itu adalah bahagian senaman. Bagaimana dengan tajuk asal
entry ini.
Ya, ini jawapannya. Saya mendapat tips ini daripada senior
saya yang telah melakukannya. Sangat
mudah kerana anda boleh lakukan walau di mana anda berada..Terima kasih kepada FeezaGB atas perkongsian ini.
Ini cara2nya:
1. Kempiskan perut anda seberapa
kempis yang boleh.
2. Tahan selama 10 saat(atau lebih).
3. Lepaskan.
4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali
dan lebih.
In fact, sewaktu anda baca post ini,
anda boleh kempiskan perut dan tahan 10 saat. Bila diulangi lebih dari 8 kali,
anda boleh rasakan ‘effect’ seperti buat sit ups. Mudahsangatkan? Technically,
kita mahukan perut berasa ‘letih’. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya
lebih mudah bertukar kepada muscle.
Jika anda
sukakan ‘extra’, anda juga boleh melakukan senaman kemut(kegel) untuk
mengetatkan faraj/vagina pada masa yang sama..
Cara2nya:
1. Tarik
nafas, kempiskan perut seberapa kempis yang boleh, kemut seberapa kemut yang
boleh pada masa yang sama.
2. Tahan
nafas, tahan kempis perut, tahan kemutan selama 8-10 saat.
3. Lepaskan nafas, kempisan perut dan
kemutan perlahan2..
4. Ulangi sebanyak 8 kali atau lebih.
Taraaa...Sangat
mudahkan dan boleh dilakukan di mana jua anda berada..Memasak, membaca, lihat
TV, sambil melayan FB..Paling utama kenalah istiqamah..
Bila senaman
ringkas ini dilakukan bersama dengan pengambilan Lecithin
, mesti perut anda semakin mantap. Jom sama-sama lakukan dengan saya kerana
saya pun alami masalah perut buncit..Ada lagi nak dikempiskan ini.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!











0 comments:
Post a Comment