Benarkah pernyataan bahawa payudara kanan adalah nasi, payudara kiri adalah air??

By | October 6, 2011

Mesti anda pernah dengan mengenai pernyataan di atas..Saya pun semasa berpantang diberitahu sedemikian oleh ibu saya yang PAYUDARA KANAN=NASI, PAYUDARA KIRI=AIR. Tapi saya senyapkan sahaja kerana semasa di kelas penyusuan, sudah diterangkan yang pernyataan itu adalah MITOS semata-mata. Hakikatnya, kandungan susu ibu bagi kedua-dua belah payudara adalah SAMA.
Bayangkan jika MITOS itu adalah benar?
Bolehkah anda bayangkan diri anda terpaksa melabel botol mana yang air dan botol mana yang nasi. Jenuhlah juga kan??Kemudian kena pastikan kuantiti pula lebih kurang sama supaya anak anda mendapat khasiat yang sama. Mungkin anda sedang menghadapi krisis susu merudum yang membuat anda risau. Ditambah pula dengan masalah air dan nasi yang tidak cukup. Saya boleh jamin akan ramai ibu-ibu yang berputus asa kerana masalah sebegini.
Apakah yang dikatakan nasi dan air ini sebenarnya??
Perasankah anda bila susu yang diperah dibiarkan lama seketika, susu akan membentuk dua lapisan. 1 lapisan susu cair dan 1 lapisan susu pekat=berlemak. Susu yang cair adalah susu yang dihasilkan pada bahagian awal atau lebih dikenali sebagai FOREMILK.Kandungan lemak di dalamnya adalah rendah. Ini yang orang tua panggil sebagai AIR.
Susu yang pekat adalah susu yang terhasil di akhir penyusuan atau nama glamornya adalah HINDMILK. Kandungan lemaknya adalah tinggi dan dikatakan sebagai NASI oleh orang-orang tua.
Bagaimana hendak tahu fasa pertukaran foremilk ke hindmilk??
Sukar untuk ditentukan bila fasa itu berlaku kerana perubahannya adalah drastik dan tempoh perubahan bagi seorang individu adalah berbeza.
Your breasts don’t “flip a switch” at some arbitrary point and start producing hindmilk instead of foremilk. Instead, think of the beginning of a nursing session as being like turning on a hot water faucet.

The first water you get out of the tap isn’t usually hot, but cold. As the water runs, it gradually gets warmer and warmer and warmer. This is what happens with the fat content in mom’s milk – moms’s milk gradually increases in fat content until the end of the feeding. – 

Source : kellymom.com
Susu ibu adalah UNIK
Tahukah anda yang kandungan susu ibu akan berubah mengikut keperluan bayi.
  1. Susu ibu bagi bayi pramatang mengandungi kurang laktosa, lebih protein dan immunoglobin untuk membantu pembesaran serta menguatkan system imunisasi bayi.
  2. Kandungan kalori di dalam susu badan akan bertambah sejajar dengan peningkatan usia bayi.
  3. Susu ibu berubah mengikut perubahan cuaca. Foremilk lebih banyak dihasilkan semasa cuaca panas untuk menghilangkan rasa dahaga bayi. Semasa cuaca sejuk pula, lebih banyak Hindmilk dihasilkan untuk memberi tenaga dan haba.
  4. Komposisi susu badan akan berubah bagi setiap penyusuan.
  5. Kredit : Mamayangcekal
Perhatikan warna najis bayi anda yang minum SUSU BADAN SAHAJA!!
Warna najis bayi menentukan samada bayi mendapat cukup foremilk dan hindmilk. Di awal kelahiran bayi akan kerap membuang air besar kerana susu ibu senang dihadam. Jika najisnya berwarna HIJAU, ini bermakna bayi anda hanya mendapat bahagian foremilk=susu cair dan tidak cukup hindmilk. Bayi yang cukup sepenuhnya, najisnya berwarna KEKUNINGAN. Namun begitu, najis bayi yang baru lahir pada 1-2 hari kelahiran akan mengeluarkan mekonium yang menyebabkan najis berwarna hijau gelap sedikit.
Ini antara fakta yang perlu ibu-ibu ingat. Saya ambil petikan ayat daripada kellymom.com
the LESS milk in the breast, the HIGHER the fat content
Ini saya akui berdasarkan pemerhatian saya sepanjang sesi pam yang dilakukan. Payudara yang kempis mempunyai lebih banyak hindmilk berbanding payu dara yang penuh.
Kenapa MITOS ini boleh tersebar?
Ini adalah kerana tabiat ibu menyusu yang cenderung untuk menyusukan bayi daripada sebelah payudara sahaja. Susu ibu sentiasa terhasil. Apabila anda susukan bayi di payudara kanan, bahagian payudara kiri akan menjadi penuh. Kandungan susu di kanan akan berkurang. Untuk sesi berikutnya, anda masih meneruskan penyusuan di payudara kanan. Lama-kelamaan susu di bahagian kanan akan menjadi lebih pekat kerana kekerapan dikosongkan sedangkan payudara kiri masih penuh dan menjadi lebih cair. Semakin lama jarak antara sesi penyusuan/pam, kandungan lemak akan berkurang. Akhirnya, anda melihat susu di belah kiri adalah cair dan susu di kanan adalah pekat.
Pastikan anda menyusukan bayi anda di KEDUA-DUA BELAH PAYUDARA
Penafian : Saya bukanlah seorang pakar Laktasi. Penulisan ini adalah berdasarkan pembacaan dan juga pengalaman saya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge