Testimoni: Baju basah lepas 10 hari susu merudum

By | October 31, 2011

Semalam saya telah menghadiri Seminar Euphoria di dalam usaha untuk menjana pendapatan 4-5angka sebulan. 
Di akhir kelas, tetiba saya ditegur oleh cikmah yang baju saya bocor..Eh, terkejut saya..Rupa-rupanya baju saya di bahagian payudara kiri sudah menghasilkan peta.
Sepanjang hari semalam, saya perasan yang  baju saya sentiasa basah..Amni sudah berusia 7 bulan jadinya saya memang tidak memakai breast pad. Seingat saya kali terakhir baju saya berpeta adalah ketika Amni berusia 3 bulan.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana susu badan saya telah menunjukkan kembali kepada normal setelah mengalami zaman merudum.Bayangkan jika selalunya dapat 18-20oz daripada 3 sesi hanya tinggal 12 oz dan adakala hanya 10oz daripada 3 sesi. Panik sebentar TETAPI dengan pantas merangka countermeasure.
Semalam dalam sesi konsultasi bersama-sama bakal pelanggan, saya tersentap dengan ayat ini..
“Saya pam 2x pun hasilnya sama macam pam 3x. Jadi baik saya pam 2x je”
Oh, jangan sekali-kali menanam kata-kata itu kerana itulah yang terjadi kepada saya.
Kenapa susu saya merudum?
Sejak bulan puasa ( Amni usia 4 bulan)  saya sering tertinggal sesi ke 3 dan hal ini berlarutan hampir 2 bulan. Boleh dikatakan dalam 5 hari bekerja, 2 hari saya akan pam 2 kali sahaja dek kesibukan kerja. Saya mula rasakan susu merudum apabila Amni berusia 6 bulan dan mula makan solid food. Yang memburukkan lagi keadaan apabila Amni jarang bangun malam lagi. Kadangkala terus sehingga ke pagi tanpa minum susu.
Akibat daripada sifat saya yang culas dalam mengepam, saya hilang kuantiti susu sebanyak 6oz yang merupakan purata hasil pam saya dalam sesi yang saya tertinggal itu.
Berbalik kepada kata-kata bakal pelanggan saya itu.
Secara logiknya, beliau masih mendapat jumlah yang sama dengan 2 kali pam sahaja kerana selama ini minda telah dilatih untuk menghasilkan susu sebanyak Xoz sepanjang tempoh masa bekerja. Apabila sesi pam berkurang, lama-kelamaan minda akan berkata yang tiada susu yang perlu dihasilkan dengan cepat untuk menggantikan sesi yang hilang itu. Akibatnya, susu badan akan mula merudumkerana kita telah melatih minda dengan jadual pam yang baru.
Bagaimana saya mengatasi masalah susu merudum ini?
Simple Formula : POWER PUMPING + PAM SECARA KONSISTEN serta bantuan daripada set TRIPPLE M. Power pumping sebagaimana yang kita ketahui adalah cara yang paling efektif untuk menghasilkan susu dengan cepat. Selain itu, saya juga ada kongsikan cara-cara semasa melakukan power pumping di dalam entry cabaran power pumping bersama mychibibox.
Selalunya anda perlu lakukan minimum 2 minggu dan saya sarankan untuk teruskan sehingga sebulan.
Kenapa saya pilih set TRIPPLE M?
Set Tripple M adalah merupakan Euphoria Premium Breastfeeding Set yang paling superb. Mengandungi 6 produk iaitu Vitalea, B-complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan Energizing Soy Protein. Dengan jadual pengambilan vitamin yang betul serta tips, saya boleh rasa yang payudara saya penuh dengan lebih cepat. Malahan hujung minggu baru ini, saya terpaksa pam di siang hari kerana sangat sakit dek bengkak susu.
Setelah berjaya mengembalikan production susu kepada paras normal, saya berazam untuk menjadikan sesi pam extra di rumah pada waktu malam sebagai sesi tetap.
Tips Tambahan
Jika anda berhajat untuk menyusukan anak anda sehingga usianya 2 tahun, jangan culas dalam mengepam kerana sekali anda mengelat, maka anda menjauhkan diri anda daripada kejayaan mendapatkan PhD dalam penyusuan.
Untuk ibu yang susu merudum, lakukan lah POWER PUMPING dan boleh mencuba set Tripple M.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge