Breastpump : Perlu dibeli SEBELUM atau SELEPAS bersalin??

By | November 14, 2011

Jika anda seorang ibu hamil yang bekerjaya dan bertekad untuk menyusukan anak walaupun setelah tempoh cuti bersalin, BREASTPUMP adalah antara gadget yang perlu ada. Mungkin ada ibu yang berkata,”Saya tidak perlukannya kerana saya mahu perah dengan teknik marmet.” Terpulang kerana pada saya, tidak mudah untuk melakukan teknik marmet kerana jika tersalah cara, anda boleh menyebabkan liang-liang susu akan tersumbat. 
Saya hanya berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman saya menjadi work-and-pump mom untuk 6 bulan. My lil Amni turns 8mths old next week.
Breastpump perlu disediakan SEBELUM ibu bersalin lagi kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku semasa bersalin. Jika anda dapat bersalin normal dan sihat untuk menyusukan bayi, Alhamdulillah.
Ada ibu yang anaknya terpaksa dimasukkan NICU atas masalah-masalah kesihatan di mana ibu tidak dapat menyusukan anaknya secara terus. Susu badan sebenarnya sudah terhasil semasa ibu mengandung lagi TETAPI hisapan daripada bayi akan merangsang pengeluaran susu badan. Breastpump adalah penyelesaian untuk ibu yang bayinya berada di NICU.
Di awal berpantang, ibu akan mudah mengalami bengkak susu yang boleh menyebabkan ibu mengalami demam. Di sinilah breastpump memainkan peranan untuk membantu ibu mengepam keluar susu bagi mengosongkan payudara serta meredakan bengkak susu. Saya sendiri sudah mengalaminya dan hanya Allah yang tahu betapa sakitnya apabila mengalami bengkak susu. Walaupun my lil amni sudah menyusu, tapi bengkaknya masih belum surut. Maka pam menggunakan breastpump adalah langkah terbaik.
Tahukah anda ketika bengkak susu, susu akan mengalir dengan laju sehingga boleh menyebabkan bayi boleh terdesak. Bagi ibu yang bermasalah begini, anda boleh pam dahulu untuk mengosongkan payudara sedikit sebelum menyusukan bayi bagi membantu bayi menyusu dengan lebih lancar. Adakala bayi menolak untuk menyusu secara terus akibat tidak boleh mengikut kelajuan susu yang mengalir. Itu juga antara punca bayi menolak untuk direct feeding dan ada ibu yang menjadi Exclusively pumping (EP) mom.
Breastpump yang anda ingin beli perlulah yang bergred hospital. Antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah jenama Medela, Spectra, Modu, Avent dan banyak lagi.
Bagaimana untuk memilih breastpump yang sesuai??
Jawapannya : Bergantung pada jadual kerja anda. Saya memilih electrical breastpump kerana saya mengejar masa antara kerja dan rehat. Cuma silap saya adalah membeli single-pumping type breastpump. Double-pump type breastpump adalah lebih efektif kerana anda dapat menjimatkan banyak masa berbanding single pump. Saya pun sedang mengumpul duit untuk membeli double-pumping type.
Jika anda ragu-ragu dengan mana satu yang perlu anda beli, anda boleh pergi ke actual online shop seperti littewhiz, fabulous mom untuk mencuba breastpump yang sesuai untuk anda.
AWAS!!!
Pemilihan breastpump yang salah boleh menyebabkan masalah puting melecet / luka yea!!
Harga breastpump di pasaran bermula daripada puluhan ringgit sehingga ribuan ringgit. Belilah berdasarkan kemampuan anda. Namun jika anda sudah tahu pam mana yang menjadi pilihan, ada online shop yang menawarkan installement payment ataupun system kutu.
Jika anda membeli breastpump SEBELUMbersalin, secara tidak langsung ianya menjadi pembakar semangat untuk anda memulakan perjalanan breastfeeding anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge