JAGA PEMAKANAN ketika menyusukan anak

By | November 29, 2011
Ketika hamil, anda sentiasa menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan sihat dan mendapat cukup nutrisi. Apabila bayi sudah lahir, anda juga harus menjaga pemakanan harian kerana susu ibu akan membekalkan semua zat yang diperlukan untuk membesar dan menjana perkembangan otaknya. Jadi, apa yang anda makan sepanjang tempoh menyusu adalah amat penting untuk kesejahteraan bayi anda.

PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG
1. Anda perlu mengambil pemakanan seimbang bagi memenuhi keperluan protein, kalori, vitamin dan mineral bagi membantu tumbesaran bayi.
Diet yang seimbang mestilah terdiri daripada 3 kategori makanan yang diperlukan tubuh seperti karbohidrat dan lemak bagi membekalkan tenaga. Sumber tenaga ini terdiri daripada nasi, roti, mi, kentang dan aneka kuih-muih yang dihasilkan secara sihat. Manakala sumber lemak pula terdiri daripada hasil tenusu, merjerin dan sebagainya. Sumber kedua penting adalah PROTEIN yang terdiri daripada daging, telur, ayam, makanan laut, hati, suus, keju dan kekacang. Sumber untuk VITAMIN dan MINERAL pula segala jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Ketika proses penyusuan, bayi anda menerima setiap apa yang anda makan menrusi susu yang dihasilkan
Jadi berhati-hati terhadap pengambilan nikotin (rokok), kafein, gula, pemanis tiruan, bahan pengawet dan sebagainya yang boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan otak bayi anda. Kurangkan pengambilan kafein, gula ataupun pemakanan yang menyebabkan alahan pada bayi.
3. Elakkan pemakanan yang memudaratkan ibu dan bayi
Misalnya, makanan yang boleh menyebabkan bayi kembung (colic) ataupun alergi. Walaupun dari segi kesihatan moden, tidak ada senarai makanan yang perlu dicegah atau tidak dibenarkan,namun dari segi praktis masyarakat tempatan, terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan masalah kembung iaitu petai, nangka, kekacang, brokoli dan aneka makanan yang dikategorikan ‘gassy food’. Ada sesetengah bayi mengalami alahan makanan yang diambil ibu. Jadi, anda boleh mengenal pasti jenis-jenis makanan yang memudaratkan bayi dan elak daripada mengambilnya sepanjang tempoh penyusuan.
Kredit artikel : Majalah Harmoni

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge