Posisi penyusuan bagi ibu yang bersalin secara caesarean

By | November 3, 2011

Bersalin secara caesarean bukanlah bermakna anda tidak boleh untuk menyusukan bayi anda. Apa yang perlu penting ialah anda perlu pelajari dan mengaplikasikan posisi penyusuan bersesuaian dengan keadaan diri selepas bersalin.
Antara posisi penyusuan yang sering diakui selesa untuk anda dan bayi adalah lying downdan football hold ( clutch hold). Namun begitu, bagi anda yang pertama kali bergelar ibu, mungkin agak kekok untuk menggunakan kedua-dua posisi ini. Jadi pelajarilah dan praktikkan posisi ini lebih awal agar anda biasa dengannya. Dapatkan bantuan Perunding Laktasi ataupun kaunselor laktasi anda.
Ihsan Mr. Google
Bagi mengurangkan kesakitan luka pembedahan, anda digalakkan untuk menyediakan kusyen sokongan seperti bantal, tilam kecil dan lain-lain yang boleh digunakan untuk mengalas bahagian abdomen supaya berat bayi tidak menekan bahagian lukaberkenaan jika anda ingin menggunakan posisi cradle hold.
Contoh Nursing Pillow di pasaran
Selain daripada itu, bahagian belakang badan turut perlu disokong dengan bantal. Gunakan lebih banyak agar anda boleh bersandar dan tidak perlu terlalu membongkok, Dalam pada itu, pastikan bayi turut disokong dengan bantal mencukupi. Pastikan juga posisi badan bayi dalam keadaan yang betul (perut ke perut) walaupun kedudukannya di atas bantal.
Jika anda mahu menyusu sambil berbaring dan tidak mahu mengubah posisi mengiring ke kiri ataupun ke kanan, bolehlah mengiring pada satu arah sahaja. Jika bayi ingin menyusu pada sebelah payu dara lagi, tinggikan bayi dengan menggunakan bantal supaya dia berada sama paras dengan payu dara. 
Anda boleh kreatif dalam hal ini.
Sumber: Majalah Pa&Ma November 2011

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge