Vitamin / Supplement semata-mata untuk MILK BOOSTER???

By | November 8, 2011

Memandangkan isu ini agak HOT diperkatakan, maka inginlah saya berkongsi pendapat saya (macam la orang besar pun..hehehe).
Saya pelik kenapa isu pengambilan supplement untuk ibu menyusu sangat ditentang oleh segolongan pihak sedangkan supplement bagi ibu hamil pula adalah satu perkara yang menjadi lumrah. Boleh dikatakan IBU HAMIL=SUPPLEMENT adalah satu perkara biasa kerana kita sedia maklum yang pengambilan supplement semasa mengandung adalah bertujuan untuk tumbesaran bayi di dalam perut ibu di samping membantu ibu hamil untuk lebih cergas. Bukan sekadar melepek dan menjadi kurang efektif apabila hamil.
Kita juga maklum yang kalsium yang diambil oleh ibu akan disalurkan kepada bayi.Oleh kerana itu, ibu mengambil tambahan kalsium samada melalui susu mahupun pil kalsium.
Antara supplement yang akan ibu perolehi apabila hamil adalah ASID FOLIC, VITAMIN C, IRON dan KALSIUM. Jika pemakanan sudah memadai untuk mendapatkan khasiat supplement ini, tidak perlulah doctor membekalkan vitamin ini kepada ibu hamil.
Bagaimana pula dengan ibu menyusu??
Saya rasa semua sudah tahu yang apa yang ibu ambil akan disalurkan kepada anak melalui penyusuan.Malahan ramai ibu menyusu yang bekerja. Hampir 6 bulan saya menjadi work n pump mommy dan my lil amni pun dah berusia hampir 8 bulan. Terus terang saya katakan, alangkan masa zaman bujang pun saya amalkan supplement untuk pastikan badan tetap segar serta memulihkan keletihan otak, apatah lagi bila dah bekerja serta menyusukan anak.
Pada saya, pengambilan supplement adalah untuk membantu ibu menjayakan penyusuan kerana untuk menjadi SUPERMAK, SUPERWIFE, SUPERWORKER badan kita perlukan tenaga tambahan.Bila badan lesu, mulalah perasaan MALAS mula menyinggah dan secara tidak langsung akan mempengaruhi penghasilan susu.
Ibu menyusu juga seperti ibu hamil perlukan supplement tambahan seperti kalsium atau minum susu kerana anak masih mengambil kalsium daripada ibu. Saya sendiri selepas bersalin sering sakit-sakit belakang, sakit sendi dan pergelangan tangan kerana sentiasa memangku my lil amni semasa menyusukannya.
Saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan dan saya pulang dengan VITAMIN NEUROVIT yang terdiri daripada Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin B12 yang boleh didapati di dalam vitamin B-complex. Cuma NEUROVIT membekalkan kuantiti yang lebih tinggi. Ini bermakna vitamin penting untuk kesihatan diri.
Bagi ibu-ibu yang mencari milk booster, silalah kaji kenapa susu anda merudum kerana kebanyakan pelanggan saya bila saya tanya dan buat post mortem, kebanyakannya kerana gagal memenuhi konsep supply vs demand. Fahami konsep asas dan Insya Allah anda akan berjaya.
Pastikan anda mendapat konsultasi penuh daripada pengedar kerana pengedarlah orang yang perlu anda tuju dahulu sebelum memberikan komen-komen atau mengadu pada orang lain. Anda ada hak untuk mendapatkan bimbingan sepenuhnya daripada pengedar.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge