9 bulan yang indah dengan my lil Amni

By | December 22, 2011

Macam tidak percaya tapi my lil Amni sudah berusia 9 bulan.Bermakna 9 bulan jugalah saya telah menyusukan amni sepenuhnya. Impian mahu menyusukan sehingga Amni berusia 2 tahun sekurang-kurangnya. Mustahil ke??Saya rasa TIDAK MUSTAHIL sebab saya sangat segan dan malu dengan rakan Euphoria, Kak Nadia Khamis yang berjaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun sebagai EP mom.
Apa pulak EP mom ni??EP mom ialah singkatan untuk EXCLUSIVELY PUMPING MOM bermakna anaknya tidak mahu menyusu secara terus dan si ibu perlu sentiasa mengepam EBM untuk diberikan pada si kecil. Alangkan saya yang mengepam 3 kali sehari pun terasa peritnya untuk konsisten mengepam. Apatah lagi EP mom yang perlu pam minimum 8 kali sehari. Cekalnya ibu yang bergelar EP mom.
Jadi untuk mommy yang sentiasa bagi alasan sibuk dengan kerja etc sampai tidak sempat pam, berfikir la sejenak dengan keadaan EP mom ini. Jika hanya dapat pam 2 kali di pejabat, sila buat power pumping di rumah untuk menutup lubang kosong di pejabat.
Berbalik pada kisah saya dan Amni. Di saat ini, stok EBM saya hanya tinggal kurang daripada 30oz namun saya bersyukur kerana rezeki untuk Amni masih ada. Tidakkah saya risau yang susu semakin sedikit? Mestilah ada risaunya cuma saya tanamkan fikiran yang saya perlu konsisten pam seperti biasa dan buat sesi power pumping di malam hari. Hujung minggu walaupun Amni melekat sahaja kerjanya, saya tetap cuba curi masa untuk pam walaupun sekali. Paling kurang pun buat power pumping.
Kuantiti susu saya tidaklah meriah.Lebih kurang 4-5 oz untuk setiap sesi adakalanya 3 oz sahaja. Saya pernah dapat 7-8oz dahulu semasa Amni berusia di bawah 6 bulan. Namun saya tetap meneruskan pengambilan set triple M kerana itu adalah antara kunci kekuatan saya selain konsisten pam.
Perjalanan baru 1/3 sahaja dan saya berdoa kepada Ilahi supaya dikuatkan semangat dan cekal untuk menyusukan Amni.
Saat yang amat indah apabila Amni menyusu dan sekarang sudah mula pandai menyelak baju mamanya. Boleh lihat la bermacam-macam posisi bebas Amni ketika menyusu. Menonggeng pun ada juga.Amni memang manja dan rapat dengan saya. Semasa dihantar pagi ke tempat pengasuh, masam sungguh mukanya. Bila ambil waktu petang, melonjak-lonjak kegembiraan.
Ya Allah, semoga kau permudahkan perjalanan ku.Aminn!

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge