FAQ : Penyediaan EBM untuk si kecil

By | December 1, 2011

Beberapa hari ini saya ber-SMS dengan seorang loyal customer, Pn Atiqa di Sabah berkenaan persediaan EBM untuk anaknya sepanjang beliau bekerja. Bagi first time mother yang menyusukan anak, perkara ini sangat penting. Saya sendiri pada saat mula bekerja mengalami masalah yang sama. EBM adalah EXPRESSED Breast Milk bukan EXTRA Breast Milk yea.
Berikut adalah antara persoalan yang sering ditimbulkan :
1. Berapa botol saya perlu sediakan dan kuantiti untuk satu botol sepanjang tempoh bekerja?
Tiada jawapan yang tepat kerana setiap bayi adalah berbeza. Namun sebagai panduan, anda boleh mulakan dengan meletakkan 2.5-3.0oz sebotol sebagai permulaan dan sediakan sebanyak 6 botol. Dapatkan feedback daripada pengasuh bayi anda samada kuantiti tersebut cukup atau tidak. Ada ibu yang menyediakan sebanyak 4oz X 5 botol. Melalui pemerhatian saya, anak lelaki kuat menyusu dan kebanyakannya memerlukan 4oz sebotol.
2. Jika saya sediakan 6 botol, bagaiman pecahan antara fresh EBM dan frozen EBM?
Labelkan botol susu anak anda daripada no 1 hingga no 6. Pastikan botol pertama dan terakhir merupakan fresh EBM. Anda boleh gunakan kadar 1:3 iaitu 4 botol fresh EBM dan 2 botol frozen EBM. ATAU 5 botol fresh EBM+1 botol frozen EBM.
3. Kenapa botol pertama dan terakhir perlu gunakan fresh EBM?
Fresh EBM perlu di pagi hari untuk meningkatkan antibodi anak anda dan jika anak anda tidak minum botol terakhir, anda boleh bekukan menjadi frozen EBM. Cuma pastikan yang susu itu BELUM dipanaskan lagi.
4. Bagaimana saya mahu panaskan EBM?
Anda boleh gunakan electric warmer dan ikut panduan pemanasan dalam buku manual. Electric warmer adalah satu usaha anda untuk memudahkan kerja pengasuh anda. ATAU rendam botol EBM di dalam AIR SUAM lebih kurang 5 minit. JANGAN PANASKAN menggunakan MICROWAVE atau DI ATAS DAPUR kerana khasiat susu ibu akan hilang.
5. Berapa lama tempoh saya boleh guna susu yang dipanaskan?
Jika anak anda telah minum susu tersebut, susu perlu dihabiskan dalam masa sejam. Pastikan botol susu sentiasa bertutup untuk menjaga kebersihan puting susu. TETAPI, anda boleh biarkan sahaja botol susu di dalam warmer / air suam jika susu belum diminum.
5. Bolehkah saya GONCANG EBM seperti membancuh susu formula?
JANGAN sekali-kali GONCANG susu ibu. Anda hanya perlu GOYANG MANJA ALA-ALA JOGET HAWAII atau GOLEKKAN botol susuuntuk mencampurkan kembali lapisan lemak susu ibu.
6.Bagaimana saya hendak uruskan fresh EBM yang saya sudah perah di tempat kerja?
Katakan anda mendapat 6 botol berisi 3oz di tempat kerja. Simpan 4 botol fresh EBM di dalam peti ais bahagian chiller dan 2 botol fresh EBM disimpan di bahagian beku. Keluarkan 2 botol frozen EBM untuk kegunaan anak anda keesokan harinya.
7. Berapa lama EBM yang dicairkan boleh bertahan?
Frozen EBM yang dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24jam selepas pencairan. Anda TIDAK boleh bekukan semula EBM yang dicairkan. Ini apa yang saya praktikkan, saya cairkan frozen EBM pada pukul 10 malam dan susu cair sepenuhnya pukul 7 pagi. Jadinya saya perlu gunakan EBM tersebut sehingga pukul 7 pagi keesokan harinya.
*Tips : Rendam EBM dengan air sedikit untuk membantu proses pencairan dan letakkan di bahagian chiller.
Ini sebahagian soalan yang saya dapat fikirkan. Insya Allah saya akan kongsikan cara kendalian EBM di tempat kerja di entry yang lain.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge