Semalam rakan saya menghantar SMS mengatakan yang beliau
dalam perjalanan untuk membeli kolagen. Saban hari semakin banyak produk
berasaskan kolagen yang dijual di pasaran. Krim kolagen, minuman berkolagen
malahan ada spa yang menyediakan rawatan muka kolagen.
Persoalan yang menarik untuk diperbincangkan adalah yang
mana lebih baik di antara KOLAGEN dan VITAMIN ANTIOKSIDAN seperti Vitamin A,
Vitamin C dan Vitamin E.
Kita mulakan persoalan dengan mengenal apa itu kolagen.
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit dan terdapat
dalam bentuk molekul sebagai rantaian protein molekul besar. Kolagen wujud di
lapisan dermis kulit dan apabila kuantitinya berkurang, kedut akan mula
terhasil.
Kulit bertindak sebagai perisai terhadap toksid alam sekitar dan melindungi badan daripada
pencemaran alam. Memandangkan saiz molekul kolagen adalah besar maka ianya
tidak dapat diserap melalui permukaan kulit.Apabila kolagen rosak, ia akan mengalami
perubahan struktur serta menjadi tidak teratur. Kita akan melihatnya sebagai
garisan-garisan tua dan kedut daripada pandangan kasar.
Penting :
RADIKAL BEBAS DIKATAKAN PUNCA UTAMA KEMUSNAHAN KOLAGEN. Radikal
bebas adalah bahan kimia tidak baik yang mempengaruhi tubuh kita dan daripada
segi kesihatan kulit, sinaran UV adalah antara puncanya. Selain itu, penuaan
semulajadi juga menyumbang kepada pelepasan radikal bebas dan kita akan mula
sakit selari dengan peningkatan umur.
Sekarang kita sudah tahu yang KOLAGEN MUSNAH disebabkan oleh
RADIKAL BEBAS. Jadi, APA YANG PERLU UNTUK MELAWAN RADIKAL BEBAS?
JAWAPANNYA, adalah pengambilan ANTIOKSIDAN yang bertindak
melawan radikal bebas. Antioksidan adalah molekul yang berinteraksi dengan
radikal bebas dan menamatkan tindakbalas
rantai sebelum molekul yang penting dirosakkan. Vitamin antioksidan yang
diperlukan adalah Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin C yang tidak boleh
dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian.
Berbalik kepada persoalan di atas.
Saya rasa anda sudah tahu jawapannya kerana kita perlu
membetulkan puncanya dan bukannya bertindak menutup lubang yang rosak. Jika
puncanya masih ada, lubang itu akan terus rosak.
Selain Vitamin ACE set, mychibibox juga menyediakan set kecantikan kulit asas yang terdiri daripada B-complex, Vitamin C dan Vitamin E.Jangan risau tentang kekangan kewangan kerana pakej ekonomi selama sebulan
disediakan. Namun diingatkan yang sel hidup selama 90-120 hari dan sel muka
hidup 21hari. Pengambilan konsisten selama 3 bulan dengan cara serta tips yang
betul akan membantu anda mendapat kulit yang jernih, cantik dan bersinar.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!












0 comments:
Post a Comment