>

Promosi Februari 2014

Promosi Februari 2014

Monday, 19 December 2011

Tongue tie - punca bayi tidak pandai latch on


Teknik lekapan ( latch on) bayi yang betul antara faktor yang menjayakan sesuatu penyusuan itu. Bayi seharusnya menyusu dengan posisi mulut berada di kawasan aerola dan bukannya di hujung puting. Susah untuk bayangkan??

Cara lekapan yang BETUL : Mulut bayi terbuka luas seperti sedang makan burger. 


Cara lekapan yang SALAH : Mulut bayi seperti menghisap straw atau minum botol susu.

Teknik lekapan yang salah boleh mengundang kepada masalah nipple crack, blister, clogged duct kepada ibu sendiri.

Namun begitu, salah satu cara untuk mengajar bayi adalah dengan tidak menyuakan payudara ketika bukaan mulut yang kecil. Acah bayi berulang kali sehingga mulutnya terbuka besar barulah disuakan payudara.

Kebanyakan bayi akan pandai untuk menyusu dengan lekapan yang betul dalam tempoh sebulan pertama. Jika bayi anda masih tidak pandai, sebagai contoh: di awal penyusuan, bayi melekap dengan betul namun lama kelamaan bayi mula melurutkan mulutnya sehingga menghisap daripada area putting sahaja, SILA PERIKSA KEADAAN BAYI ANDA.

Anda “BREAST-feed” dan bukannya “NIPPLE-feed” ya!

Ramai yang tidak mengetahui yang “Tongue tie” juga adalah punca cara lekapan yang salah. Salah satu cara untuk mengetahuinya adalah melihat rupa lidah bayi anda ketika dia menangis. Lidah bayi tidak tergulung habis atau seolah-olah terikat dan berbentuk “love”. Ini adalah contohnya.



Cara untuk atasinya adalah bayi akan menjalani pembedahan kecil untuk memutuskan bahagian yang bersambung.

Sila dapatkan konsultasi daripada pakar laktasi yang bertauliah untuk mengetahui keadaan anda yang lebih jelas.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

MyCHibiBox Vitamin StoRe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon