Yakinlah dengan SUSU BADAN anda semasa cuti bersalin

By | December 27, 2011

Saya sangat seronok apabila menerima tempahan untuk mendapatkan samada breastfeeding set mahupun set berpantang kerana saya mahu anda merasai apa yang saya rasakan. Namun begitu, ramai juga pelanggan saya yang mahu mendapatkan “milk booster” bersama-sama dengan set berpantang yang membuatkan saya kurang bersetuju.
Bukanlah bermakna saya tidak mahu menjual product yang dikatakan “milk booster” itu tetapi untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata atau ibu-ibu yang sedang berpantang, ADA PERKARA YANG LEBIH PENTING PERLU DILAKUKAN & DIKETAHUI..
Apakah dia?? Tidak lain tidak bukan ialah rahsia terbesar dalam menjayakan penyusuan iaitu;
Semakin kerap payudara dikosongkan samada secara direct feeding dengan bayi atau menggunakan pam, semakin banyak susu dihasilkan.
Saya memang tidak dapat membantu jika anda cakap susah untuk penuhi konsep di atas dan saya boleh katakan anda boleh LUPAKAN NIAT untuk menyusukan anak sahaja. Di sinilah pentingnya ILMU PENYUSUAN dan bukan sekadar mencari milk booster.
Tempoh 6 bulan pertama adalah tempoh susu ibu sangat meriah. “Meriah” bukanlah semestinya sekali pam anda boleh dapat 10-12oz..4-5oz juga sudah banyak sebenarnya cuma yang penting ibu-ibu perlu pam secara konsisten atau direct feeding. Saya sendiri tidak pernah merasai mendapat susu sebanyak 12oz sekali pam tapi saya bersyukur kerana susu saya secara purata masih 4-5oz sekali pam di kala Amni berusia 9 bulan.
Di awal kelahiran bayi, ibu berkemungkinan mengalami bengkak susu atau baju basah lencun dek susu yang banyak sehingga badan sendiri sudah berbau susu ( Saya pun alaminya semasa berpantang ). Ambillah kesempatan itu untuk membuat stok EBM bagi kemudahan di kemudian hari. Sebulan pertama saya lebih menggalakkan ibu untuk menikmati saat-saat manis penyusuan bersama si kecil. Pada saya, pam hanyalah untuk mengosongkan payudara bagi mengelakkan bengkak susu.
Tips semasa cuti bersalin :
  1. Amalkan POWER PUMPING sekali sehari.
  2. Buat jadual pam yang konsisten dan cuba ikut setiap hari. Kerap pam diantara pukul 12malam sehingga 6 pagi.
  3. Pengambilan air kosong yang mencukupi terutama air suam
  4. Amalkan makanan yang tinggi serat dan protein seperti sayur sawi putih, lobak putih, ikan serta ayam.
Perhatian!!!!
1. Anda tidak perlu gusar jika hanya mendapat sedikit sahaja sekali pam semasa cuti bersalin kerana bayi anda sentiasa direct feeding. Oleh itu, tujuan anda pam adalah lebih kepada untuk mengosongkan payudara.
2. Jika anda PAM ANGIN untuk selama sejam semasa melakukan POWER PUMPING, jangan bersedih kerana tujuan power pumping adalah untuk meningkatkan stimulasi bagi meingkatkan permintaan susu.
Hasil penat lelah anda semasa cuti bersalin akan dapat dilihat apabila anda mula bekerja di mana susu sangat meriah. Lebih banyak daripada yang anda sangka. Tapi perlu ingat syarat utama yea, jadual pam yang konsisten.
Oleh itu ibu-ibu semua, yakinlah anda mempunyai SUSU BADAN yang mencukupi bagi bayi anda. Ingat yea, kuantiti yang diperlukan bayi yang minum SUSU BADAN dan SUSU FORMULA tidak sama. Jika bayi menangis, bukanlah bermakna susu tidak cukup tapi berkemungkinan bayi hanya mahu dekat dengan kita. Ya lah, semasa dalam perut bukankah bayi terasa panas sahaja.
PALING PENTING :
Susukan bayi anda dalam tempoh SEJAM PERTAMA selepas kelahiran kerana penting untuk bayi mengingati daya hisapan pertama untuk mendapatkan susu badan. Jika anda tidak berdaya, ingatkan doctor atau jururawat yang anda mahu fully breastfeeding dan tidak mahu anak anda disusukan dengan BOTOL SUSU. Bayi yang mendapat hisapan pertama daripada SUSU BOTOL akan jadi MALAS untuk menghisap payudara kerana HANYA SEDIKIT TENAGA DIPERLUKAN bagi mendapatkan susu jika melalui susu botol. Jika boleh, susukan dengan menggunakan sudu atau picagari.
Anda boleh dapatkan konsultasi dengan saya jika masih tidak paham yea..Saya bukanlah doctor bertauliah atau “pakar laktasi” tapi perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman serta ilmu yang saya perolehi daripada kelas-kelas penyusuan yang saya hadiri.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge