>

Promosi Februari 2014

Promosi Februari 2014

Thursday, 30 June 2011

Diet selepas bersalin. 16kg turun dalam tempoh 3 bulan.

Mula-mula saya cerita kronologi diet saya..Saya mulakan dari sejak kahwin la yea..

v     Jun 2010 – berat masa nikah 63kg..pinggang tak pasti , kena tanya tukang jahit baju semula.

v     Ogos 2010 – disahkan hamil.. Berat 67kg.. 4 kg dalam 2 bulan..time ni makan je..

v     September 2010 – berat 68kg.

v     Mac 2011 – Berat masa sarat tunggu hari bersalin 87kg..Naik 24kg untuk anak pertama..Kalau kat jepun, kompem kena marah gila-gila..Doktor kat Malaysia rilek je..

v     22 Mac 2011 – Amni lahir ke dunia. Berat 81kg. Turun 6kg je.Memang kena usaha kuat sebab selalu dengar orang cakap lepas bersalin berat turun 10-15kg..Nampaknya tidak berlaku pada diriku..Tambah pulak baju uniform kerja saiz S. Takut tidak muat pula.

v     22 April 2011 – Sebulan selepas Amni lahir berat saya baru turun 77kg..Sejak itu berat tak bergerak langsung..sangat risau OK..

v     22 Mei 2011 – Finally, berat turun ke 73kg..Pinggang 92cm..mak ai..Baju kurung boleh pakai tapi kain takleh zip dan tak lepas punggung. Tambah pulak seluar jeans takleh kancing. Saya mula ambil Shaklee Soy lecithin untuk perut buncitku..

v     21 Jun 2011 – Berat saya sekarang 71kg..Pinggang 89cm..Body Fat -2%.Kain baju kurung sudah muat dan berzip. Seluar jeans pun sudah boleh kancing. Oh, Baju uniform saya sudah muat.

Catatan rekod setakat ini :
Saya turun 16kg dalam 3 bulan dan ada 8kg lagi untuk kembali kepada berat asal..Target saya pada hari raya berat kembali ke 63kg. Tu memang berat ideal saya ya. Sesuai dengan ketinggian dan rangka badan..Saya perasan Shaklee membantu badan saya shape up. Walaupun berat saya 71kg tetapi kebanyakan baju dan seluar semasa saya berat 63kg sudah boleh dipakai. Pelik bin ajaib.

Risau? M..yang peliknya saya tidak la risau sangat sebab saya tahu jika terlampau fikirkan lagi la berat tak turun..Ni la namanya mainan emosi dan psikologi.

Lagipun doktor sudah berpesan jangan turun berat badan secara drastik dalam 6 bulan pertama kerana akan membahayakan anak yang sedang menyusu. Sebab tula saya rilek je..Lebih baik berat turun secara perlahan daripada berat turun secara drastik yang mengundang kepada diet yo-yo.

Apa yang saya ambil dan lakukan sepanjang proses penurunan berat badan??

v     Saya amalkan vitamin Shaklee ( Multivitamin, B-complex, Vitamin C, OmegaGuard, Zink dan Alfalfa)
v     Saya ambil Energizing Soy Protein (ESP) dan OsteMatrix pada bulan ke 2 diet bermula hujung April.
v     Saya ambil Soy Lecithin untuk perut buncit pada hujung Mei 2011.
v     Saya minum air 2-3 liter sehari.
v     Saya tidak bersenam tapi saya menyusukan Amni.500kalori terbakar untuk satu sesi penyusuan.
v     Saya ambil herbalife shake untuk sarapan tetapi pada bulan ke 2 saya tidak ambil kerana tiada stok. Mungkin akan berhenti selepas stok di rumah habis. Tidak konsisten dalam pengambilannya.
v     Saya makan 3 kali sehari.Saya kuat makan walaupun semasa pantang dan mak bising tentang itu. Ibu menyusukan sentiasa lapar.

Kesimpulannya : Saya hanya mengamalkan vitamin Shaklee terutamanya ESP dan Soy Lecithin untuk membantu penurunan berat badan saya. Tidak percaya?? Saya kan bukti bergerak..

Untuk mereka yang mahu berdiet, protein memang satu keperluan kerana anda perlukan protein untuk membina otot. Otot diperlukan untuk membakar lemak di dalam badan bagi meningkatkan tahap metabolisma.

Sebenarnya Shaklee mempunyai program diet sendiri yang dinamakan Cinch Weight Loss Program. Produk yang dicadangkan adalah Cinch Shake Mix. Produk ini tidak digalakkan untuk ibu menyusu bukan kerana akan memudaratkan ibu tersebut tetapi kerana anda akan berasa kenyang dan menyebabkan anda tidak mengambil makanan berat yang sepatutnya. Sampai macam itu sekali yea..Jadi sebab saya tidak pernah mencuba, tidak dapat la saya kongsikan. Mungkin saya boleh cuba 1 canister dan berkongsi dengan anda. Difikirkan…Untuk BF mommy yang anak berusia 6 bulan ke atas, boleh cuba Cinch Shake Mix kerana baby anda sudah mula makan dan tidak bergantung sepenuhnya dengan susu anda. 

Nanti saya kongsikan testimoni pelanggan kami yang menggunakan CInch Shake Mix untuk diet.

Program Diet Untuk Ibu Menyusu
Set B (Vita-lea, Vitamin C, B-complex, Alfalfa) + ESP + Soy Lecithin

Program Diet Mychibibox
Herb-Lax+Soy Lecithin+Alfalfa+Cinch Shake Mix

Tiada yang mustahil kerana saya pernah lakukan sebelum ini. 18kg dalam masa 10 bulan (Zaman anak dara Julai 2009-Jun 2010. Ada pasang surut sebab saya sibuk dengan  kerja)

Perkongsiaan saya adalah supaya lebih ramai yang nekad untuk menjadi kurus supaya badan kita lebih sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya.Diet juga memerlukan ilmu supaya anda tidak tersasar daripada landasan. Takkanlah nak rebound lepas bersusah payah berdiet kan.

Dalam masa terdekat saya akan lancarkan program diet musim ke 2 untuk mencapai sasaran saya pada hari raya. Moh sertai saya.
 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Wednesday, 29 June 2011

Power pumping, Apakah itu??

Susu merudum merupakan masalah yg mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu. Mengapa susu merudum terjadi? Antara faktor penyebab susu merudum adalah stress, datang bulan, kurang kalori, bayi beralih bulan, growth spurts. Ketika growth spurts bayi selalunya akan minum atau makan lebih banyak dr biasa dan ibu merasakan susunya tak mencukupi untuk keperluan bayi.

Untuk membantu memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, para ibu boleh cuba

v     makan makanan seeimbang terutama yg tinggi protein, bijirin penuh, oatmeal
v     minuman berasakan barli
v     sayuran hijau gelap
v     pastikan air banyak diminum sepanjang hari
v     rutin mengepam ditingkatkan
v     ambil makanan penggalak susu seperti alfalfa
v     lakukan teknik power pumping

Apa itu Power Pumping?
Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang itensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pumping seharian yang biasa iaitu 30 minit. Idea disebalik kaedah power pumping ini adalah untuk mimick nursing pattern bayi yang biasanya menyusu begitu. Power pumping juga merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam
2. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
3. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mommies semua jangan la ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.credit

Kredit : Vitamin Pilihan
 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Monday, 27 June 2011

Saranan Jadual Pemakanan untuk Kekal Segar Sepanjang Berpuasa

Mungkin ada ibu-ibu yang sudah mula berpuasa ganti memandangkan bulan Ramadhan yang tidak sampai sebulan sahaja lagi. Saya tidak mempunyai pengalaman berpuasa semasa ramadhan dengan gelaran breastfeeding mom tetapi saya telah mula berlatih daripada sekarang untuk memastikan badan saya sentiasa segar dan penghasilan susu juga sama seperti hari tidak berpuasa.

Alhamdulillah, saya berasa segar, tidak haus dan penghasilan susu juga tidak terjejas dengan amalan jadual pemakanan yang betul semasa berpuasa ganti. Oleh itu saya yakin yang Insya Allah saya akan dapat menjalankan ibadat puasa pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi tahun lepas adalah paling mencabar kerana saya mengalami alahan dan masih menggagahkan diri untuk berpuasa. Alangkah baiknya jika saya dipertemukan dengan Shaklee lebih awal.

Saranan Jadual Pemakanan Tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa


Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.


Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.

*Minuman yang dimaksudkan : Bancuhkan 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar Performance + 250 ml air/ secawan air suam. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.

Extra tips:
Bagi ibu-ibu yang TIDAK mengamalkan Vitamin Shaklee (1)


Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Makan oats ATAU minum secawan horlicks + oats. **Resepi GenkiMomma : 3 sudu oats + satu sudu horlicks + satu sudu teh gula + secawan air suam.
(4) Vitamin - apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.


Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Minum air soya panas.

Sebelum Tidur:
(1) Minum air suam sebanyak mungkin.
(2) Minum secawan Milo atau Horlicks panas atau barli suam.
(3) Vitamin - apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.

(1)Credit to GenkiMomma

Walaupun kami mengesyorkan jadual di atas untuk ibu menyusu tetapi bagi anda yang ingin mengikutnya tidak menjadi masalah. Jangan risau tentang kononnya susu badan anda akan terhasil dengan jadual di atas. Tidak mungkin orang lelaki akan ada susu badan kerana susu badan dihasilkan oleh hormone prolaktin yang terhasil semasa kehamilan. Ibu hamil juga boleh menggunakan jadual yang sama cuma anda tidak perlu mengambil alfalfa.

Kenapa pengambilan vitamin sangat digalakkan?
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh mengganggu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Selain daripada pengambilan vitamin, saya sangat-sangat menggalakkan ibu menyusu untuk mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Seperti yang kita sedia maklum, kurma adalah immediate energy booster yang memberikan kita tenaga segera serta rasa kenyang.

Lagipun pengambilan vitamin terutamanya ESP dan Performance Drink, membolehkan seseorang itu segar bugar sepanjang hari tanpa merasa dahaga. Kita berasa dahaga kerana kehilangan air dan performance drink memastikan badan tidak kehilangan air serta menjadi letih.

Bolehkah jika saya tidak mahu mengamalkan vitamin di atas?
Boleh. Saranan diberikan untuk memastikan ibu segar sepanjang hari. Pengalaman saya selama ini menunjukkan yang saya akan berasa letih apabila menjelang pukul 4 petang. Apabila badan letih, kita akan berasa murung, resah, stress seterusnya memberi impak buruk pada pengeluaran susu badan. Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran sepanjang hari seperti kurma, oats, supplements terutamanya ESP dan Performance Drink.

Tepuk Dada Tanya Selera.

Testimoni yang mengamalkan Performance Drink semasa berpuasa

Mommy Lyna
Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang..

Genki Momma
Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. 

MamaFaiz (cery)
saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun

MCB Testimoni :
Pada mulanya saya risau tetapi Alhamdulillah saya berasa segar dan paling best, bila pukul 4-5 tu saya tak berasa letih pun. Selalunya saya akan melepek kepenatan. Ingat lagi tahun lepas semasa hamil, saya sampai sesak nafas kerana terlalu letih. Yang paling seronok, cik B berasa penuh seperti biasa dan hasil perahan susu untuk satu sesi masih sama seperti hari tidak berpuasa. Ni saya cuba masa saya puasa ganti.

 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Tips Menambahkan Stok EBM Sebelum RAMADHAN

Memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama saya berpuasa sambil menyusukan Amni-chan, saya berasa risau samada mampu menghadapinya atau tidak. Oleh itu, saya perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal supaya ramadhan ini dapat diharungi dengan jayanya.

Sememangnya di dalam Islam diberikan kelonggaran untuk ibu menyusu supaya tidak berpuasa jika memudaratkan kepada diri dan penyusuan anak. TETAPI, kita tidak boleh mengalah dengan mudah dan perlunya usaha bagi memastikan kita tetap dapat berpuasa walaupun menyusukan anak.

Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah penyediaan stok EBM jika kita menghadapi masalah susu merudum di bulan puasa. Ada sebulan lagi sebelum Ramadhan menjelma dan ibu-ibu gunakanlah peluang ini untuk mengumpul stok EBM sebanyak mungkin.

Mungkin ada ibu-ibu yang mengeluh:
“Eh, perlukah membuat stok?”
“Semasa berpuasa, susu akan merudum ke?”
“Susu saya sekarang seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Macam mana saya hendak buat stok pula”

Mari saya kongsi antara tips-tips untuk menambahkan stok EBM anda.

1.  Jangan risau kerana jika anda risau akan mengganggu penghasilan susu badan anda. Seperti yang selalu saya katakan, ceria-ceria selalu. Tidak percaya? Cuba anda buat ujikaji ini semasa sesi pam berikutnya.

Bayangkan perkara-perkara yang menggembirakan dan menyenangkan hati anda. Paling mudah, pam sambil lihat gambar bayi anda. Insya Allah, anda akan memperolehi lebih banyak susu daripada biasa berbanding jika anda selalu memerhatikan botol susu dan risau dengan kuantiti yang akan diperolehi.

2. Lakukan Power Pumping sekali sehari. Insya Allah anda akan perolehi hasilnya selepas 2 minggu konsisten melakukannya. Lebih baik jika dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Contohnya : Sesi power pumping sebelum tidur pukul 11 malam. Lakukan secara berterusan dan istiqamah.

3. Membuat “weekend stock”. Kebanyakan ibu-ibu tidak mengepam pada hujung minggu kerana akan “direct feeding” dengan anak anda. Cuba untuk curi masa melakukan sesi pam pada hujung minggu kerana ini juga sangat membantu.

4. Jika berkemampuan, tambahkan sesi pam anda dalam sehari

5. Pengambilan makanan tambahan seperti “milk booster”. Untuk ibu-ibu yang rajin, anda boleh membuat air rebusan longan bersama kurma merah ATAU membuat air soya bersama kurma. TETAPI, untuk ibu yang tidak suka merebus seperti saya, anda boleh mengambil vitamin tambahan Shaklee seperti Alfalfa dan Soy Protein. Mudah sahaja cuma segelas air untuk telan Alfalfa dan juga segelas air lain untuk bancuh Soy Protein. Rasa seperti soya asli gitu..

6. Jangan lupa berdoa ya..Sambil pam tu boleh baca zikir “Ya Matin” dan pikirkan tentang susu ya bukan kerja ke atau masalah kerana boleh membawa kepada stress.

Mari lihat testimoni daripada ibu-ibu yang mengambil Euphoria Breastfeeding set bersama ESP.

Puan Nadiah (Ibu berkejaya yang rajin mengepam):
Salam N, tak sabar akak nak bagitau...malam tadi before tido akak amik ESP mcm N bagitau tu...pukul 2pg tadi masa mengepam ...subhanallah! terkejut akak.... 12 auns..tak pernah dapat banyak macam tu...pukul 6 pagi tadi pam lagi dapat 9 auns, still banyak dari biasa...dan memang anak akak cepat kenyang dan susu lebih pekat....so akak asingkan 3 auns untuk dia minum...so , 2 kali pam tu aja dah dapat buat 15 auns stok...dan yang menakjubkan AKAK BARU MINUM ESP 1 SUDU! Syukur boleh buat stok banyak-banyak untuk pose...really work it dan lebih manis lagi ia berlaku dalam menstrual...so akak notice ambil alfalfa 3 times, set breastfeeding tu dan ESP betul2 buat susu akak banyak dan berkualiti...nampaknya N akan regular customer la...hehehe...thanks N....

Puan Khuzaimah
Sejak saya amik ESP ni kan kak, susu saya makin banyak sekali pam dapat 8 oz best betol kak. Saya bersyukur sangat Allah temukan jalan yang mudah untuk saya. Yang bestnya Kak N anak saya selsema kan sehari jek dah sihat kak....mula2 sedih gak tengok meleleh je hidung dia...besok tu dah ok dah, tapi mungkin ni semua hasil berdoa dan usaha. Apa2 tq kak N sebab sudi sharing ilmu...moga tuhan balas jasa akak. Betol ESP mahal tapi berbaloi untuk anak...saya memang teruja baca blog akak yang memang menaikkan azam saya untuk breastfeed 2 tahun.

MCB Testimoni:
Pada masa berpantang, saya hanya memperolehi antara 1-2 oz setiap kali sesi pam. Selepas mengambil ESP, saya perasan kuantiti susu meningkat kepada 3-4oz sekali pam. Hampir 2 bulan mengamalkan dengan konsisten, saya berpuas hati kerana mampu mendapat 7-8oz untuk satu sesi. Apa yang saya dapat simpulkan adalah apabila jadual pam konsisten, kuantiti susu akan bertambah dan saya suka lihat susu yang pekat serta penuh berkhasiat untuk Amni-chan.

Apa itu Euphoria Set B?
Mengandungi Vita-Lea aka Multivitamin, Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa.

Set ini sangat berkesan kerana bukan sahaja dapat membantu penghasilan susu yang banyak tetapi memberikan kesihatan diri kepada ibu yang sentiasa letih dan lesu.
 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Friday, 24 June 2011

Testimoni : Seluar berasa longgar dengan Lecithin

Antara produk yang menjadi bualan hangat adalah Shaklee Soy Lecithin. Kenapa? Ini adalah antara produk yang wajib anda miliki jika mahu menurunkan berat badan. Ibu menyusu pun boleh ambil tau. Mari kita lihat apa yang mereka rasa selepas mengambil lecithin.

MCB Testimoni (Ibu menyusu) :
Setelah sebulan mengambil lecithin, berat badan saya turun sebanyak 2 kg dan yang paling best tayar di perut saya kempis 3cm. Body fat pun turun 2 %.

Puan Nora ( Ibu beranak 2)
Ok. Badan macam ringan sikit. Makan pun kurang. Tengok sampai sebulan nanti. Dapat turun sikit-sikit oklah. Badan tidak letih-letih macam sebelum ambil.

Cik Azreena
Dah abis sebotol. Berat tak berubah sangat tapi seluar jeans saya makin longgar. Saya nak teruskan lecithin sebab ada baca artikel-artikel yang rekomen makan lecithin since gaya pemakanan orang zaman sekarang ini.

Bagi mereka yang ingin mengempiskan perut, ini adalah jawapannya. Gabungan produk yang dicadangkan adalah :

  1. Shaklee Soy Lecithin : Sebagai pemecah lemak yang berlebihan dalam badan
  2. Shaklee Alfalfa : Melawaskan sistem pencernaan dalam badan
  3. Shaklee Herb-lax : Sebagai detox untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin.
Namun begitu, Ibu menyusu tidak digalakkan mengambil herb-lax kerana ia berfungsi sebagai julap lembut dan ditakuti membawa mudarat kepada bayi anda. Sekali-sekala kita perlu flush out juga kotoran-kotoran dalam badan. Betul tak?? Untuk ibu menyusu, alfalfa dapat membantu tapi dalam kadar yang perlahan berbanding herb-lax.

Tips Diet :
  1. Air kosong 2-3 liter sehari. WAJIB ambil untuk membantu organ-organ badan berfungsi dengan betul. Jangan terkejut jika anda mengalami healing crisis seperti jerawat di muka kerana itu adalah amaran yang anda kurang air dan toksin mencari jalan keluar secara kasar.
  2. Makanlah 3 kali sehari. EH, kalau makan je macam mana nak kurus? Saya sendiri tidak langkau waktu makan kerana jika perut anda kosong, badan akan menerima signal yang badan anda dalam kelaparan menyebabkan semua lemak yang perlu dibakar akan disimpan bagi memberi tenaga kepada anda.
  3. DISIPLIN & KONSISTEN. Patuhi jadual pemakanan yang telah saya berikan supaya anda mendapat hasil yang sepatutnya. Hendak kurus kenalah bersabar dan berusaha ya. Almaklumlah, lama anda menternak badan jadi takkanlah mahu kurus dalam sekelip mata.
P/S : Nanti saya cerita bagaimana saya turun 16kg dalam 3 bulan selepas bersalin. Saya ada 8kg lagi untuk kembali kepada berat asal.Jom sertai saya untuk diet secara sihat. Kalau rasa lambat sangat, hubungi sahaja saya terus.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

20 Perkara perlu tahu tentang penyusuan susu ibu

Khas untuk ibu menyusu dan bakal menimang cahaya mata. Diharap menjadi panduan dan menjadi motivasi untuk anda. Dipetik daripada majalah Pa&Ma Ogos 2008. Warna merah tu komen saya ya.

1.    Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran (Penting untuk bayi supaya dapat mengingati daya hisapan pertama untuk mendapatkan susu. Seelok-elok dalam sejam pertama kelahiran)

2.   Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara. ( Ini dapat membantu pengaliran susu yang lebih teratur)

3.   Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari. (yeeezzaaa..minum sehari 2-3liter yer..plain water tau...bukan air yang berwarna atau bergas...)

4.    Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan. (konsep supply on demand...umpama air dalam telaga....takkan kering...kalau duduk di rumah boleh direct feeding..tapi kalau kerje..kenelah kerap pum..jgn tunggu breast bengkak baru nak pam..salah tu yer)

  1. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar (sebab tu ibu2 perlu lebih kalori dari biasa..dan mkn lebih dari ibu2 normal...tapi bukan kata boleh melantak yer... the key is kerap..kerap mkn..tapi sederhna)
  1. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya.Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh (Ini dapat menjadikan bayi anda seorang yang tidak cerewet dalam pemakanan)
  1. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi (boleh buat power pumping sekali sehari sebelum tidur)
  1. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
  1. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
  1. Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa ( Memang sangat sakit dan paling teruk jika clog duct berlaku yang boleh membawa kepada minor surgery)
  1. Bayi yg minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibody yg berupaya melawan penyakit ( Apabila ibu demam atau sakit, susukan juga bayi anda supaya bayi mendapat antibodi tersebut)
  1. Vitamin A,B complex, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi (ambil multivitamin dan supplemen yang tidak mengandungi pewarna atau perisa tambahan)
  1. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula ( Dalam tempoh berpantang, bayi akan kerap membuang poo-poo dan itu tanda bayi anda cukup susu. Jangan lupa perhatikan warna najis)
  1. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat (Doktor mengesyorkan penurunan berat badan dalam 6 bulan pertama bukan secara drastik semasa pantang ya..500kalori terbakar dalam 1 sesi penyusuan)
  1. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  1. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
  1. 80 peratus sel dlm susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
  1. Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak (bayi tak obes..tapi montel dan montok dgn baby fat. Bayi akan mudah turun berat badan seiring dengan perkembangan usia)
  1. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka ( Walaupun susu formula cuba meniru kandungan khasiat susu ibu tapi masih jauh daripada sasarannya)
  1. Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor ( Apa yang ibu ambil akan disalurkan kepada bayi. Berhati-hati ya)
Edited from Cery


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Thursday, 23 June 2011

Bagaimana mengatasi senggugut (Period Pain) dengan cara semulajadi?

Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.

Apakah punca senggugut?
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.

Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Bolehkah senggugut dicegah?
Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.

Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Kredit to : Kotex Malaysia

Inilah tujuan menulis cerita mengenai senggugut. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet boleh mencegah senggugut.

Info daripada Period Pain Relief

Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption. You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.

Produk Shaklee  yang saya cadangkan?

Shaklee OsteMatrix adalah gabungan calcium+magnesium+vitamin D yang anda boleh ambil untuk mencegah dan mengelakkan senggugut. Pengambilannya dapat mengawal kontraksi otot uterus.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Wednesday, 22 June 2011

Testimonial Performance Drink untuk yang berpuasa

Saya ingin memperkenalkan killer product semasa bulan Ramadhan..Mari lihat testimoni daripada pelanggan kami yang telah mengambil Shaklee Performance Drink semasa Ramadhan.

Zaza (mom of syaura, baby dia baru 5 mons ++, fully breasfeed)
"Rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah lapan kali penat puasa time pregnant ok.saya pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudum takut letih sangat2 ke jadi saya pun membeli performance drink dari kak laila..saya start minum masa hari kedua yang saya tak puasa tu la sebab saya rasa masa tu saya dehydrate kot tu yang pening2 mane taknye, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur,memang tak sempat nak minum air banyak2 alhamdulillah sejak tu saya rasa ok, dah tak berapa letih yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. hoh lembik macam sotong" (dicopy dari her blog)

Note : zaza beli Performance drink hari ke-2 puasa, so mmg rasa perbezaannya.

Puan Saadiah (berniaga dibulan Ramadhan)
"Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sgt tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan2"
Kunaz (mom of Irfan 3 mons - fully breastfeed baby)
Ok, sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal2 pregnant dulu (morning sickness teruk dowh). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Before pam, saya bese minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, abih pam jek saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali2 decide nak berbuka, dari kul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka. Pastu Kak Laila introduce performance drink dari Shaklee. Mende alah tue bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk keep us hydrated (ala2 100 plus) so that kite takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. So 1st 3 days puasa memang mantap abih aah.

Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat ok kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum performance drink hari2 and alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tue.

Credits: elaila, anakkuwiraku, cery 

"....Shaklee Perfomance offers immediate hydration and sustained energy in a great-tasting, thirst-quenching Orange flavor. Just mix in water. Drink 8 ounces for each 15 to 30 minutes of activity for more energy, lasting stamina, and proper hydration.Shaklee Performance delivers that right amount of fluids, electrolytes, and carbohydrates so that it enters the bloodstream quickly and stays there longer. keeps your blood volume up, and your heart rate down, Equaling more stamina..."

Kredit : Vitamin Pilihan
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Mealshake untuk anak setahun ke atas, kurang selera makan, makan memilih atau obes

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.  Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.  Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda.

Shaklee Mealshake ni tidak hanya untuk kanak-kanak yang kurang selera makan atau suka makan benda2 merapu atau tak nak makan langsung.. ia sesuai untuk anak-anak yang makan tetapi makan memilih macam contoh tak nak makan sayur.. taknak makan nasi..makan lauk je.. dan ianya juga sesuai untuk anak-anak yang obesiti... ini kerana Shaklee Mealshake ni boleh menampung mane2 nutrisi yang kurang dalam badan kita..tapi, perlu juga tahu, anak-anak obesiti ni bukannya terlebih makan, tetapi suka makan benda2 merapu, kurang minum air masak contohnya.. 

Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..
  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals.  Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes.  It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion.   
  • Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
Hanya 120 kalori dalam setiap hidangan.  Boleh ditambah ke dalam jus, protin soya atau ape-ape minuman sahaja...dan sedap diminum sejuk atau suam.. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur...

Testimoni Kak Ayu tentang anak saudaranya

"Sebelum ni Alif kalo makan dia mesti tunjuk 4 jari dia..maksudnya, cukup 4 kali (4 suap) dah tak nak makan dah..bukan sebab dia ada cacing ke ape ke..tapi memang dia taknak makan .. pastu badan..alahai kurus kering je..umur 4 tahun..anak-anak orang lain umur 4 tahun semua berisi..dah ler makan 4 suap je, pastu takde ulang2 dah makan..haiii...risau dibuatnya..kang tak cukup zat lar..kang terbantut lar perkembangan otak ke ape ke.. tapi, AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake, Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat.. sekarang ni bila waktu makan, dia dulu duduk di meja makan..kalo dulu panggil makan dah duduk kat meja makan pun tengok makanan je..masaklar sedap macamane pun dia cam takde selera nak makan..sekarang ni makan nak, siap kadang2 tu mintak makan walaupun baru few hours lepas makan..AlhamduLILLAH..."

Testimonial Pn Lia
"macam Irfan jugak yang before this tak nak makan..kalo makan pun memilih..Irfan pun sekarang makin sihat dan ceria, aktif.. chegu2 Irfan kat taska pun kata nampak perubahan ketara pada Irfan.."

kredit : VitaminPilihan

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Tuesday, 21 June 2011

Kenapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk?

Fakta menarik untuk renungan semua dan peringatan untuk diri saya juga...
Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk.

Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi.

Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.

Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak.

Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. 

Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan.

Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.


Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template3.jsp?showMe=44


Banyak sebenarnya khasiat susukan anak ini..Bukan sahaja untuk anak itu tetapi untuk ibunya juga..Sebab tu la dikatakan untuk setiap sesi penyusuan bersama si Manja, ibu akan membakar 500kalori.
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

MyCHibiBox Vitamin StoRe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon