Semalam
saya telah menghadiri Seminar Euphoria di dalam usaha untuk menjana pendapatan
4-5angka sebulan.
Di akhir kelas, tetiba saya ditegur oleh cikmah yang baju
saya bocor..Eh, terkejut saya..Rupa-rupanya baju saya di bahagian payudara kiri
sudah menghasilkan peta.
Sepanjang
hari semalam, saya perasan yang baju
saya sentiasa basah..Amni sudah berusia 7 bulan jadinya saya memang tidak
memakai breast pad. Seingat saya kali terakhir baju saya berpeta adalah ketika
Amni berusia 3 bulan.
Alhamdulillah,
saya sangat bersyukur kerana susu badan saya telah menunjukkan kembali kepada
normal setelah mengalami zaman merudum.Bayangkan jika selalunya dapat 18-20oz
daripada 3 sesi hanya tinggal 12 oz dan adakala hanya 10oz daripada 3 sesi.
Panik sebentar TETAPI dengan pantas merangka countermeasure.
Semalam
dalam sesi konsultasi bersama-sama bakal pelanggan, saya tersentap dengan ayat
ini..
“Saya pam
2x pun hasilnya sama macam pam 3x. Jadi baik saya pam 2x je”
Oh, jangan
sekali-kali menanam kata-kata itu kerana itulah yang terjadi kepada saya.
Kenapa susu
saya merudum?
Sejak bulan
puasa ( Amni usia 4 bulan) saya sering
tertinggal sesi ke 3 dan hal ini berlarutan hampir 2 bulan. Boleh dikatakan
dalam 5 hari bekerja, 2 hari saya akan pam 2 kali sahaja dek kesibukan kerja. Saya
mula rasakan susu merudum apabila Amni berusia 6 bulan dan mula makan solid
food. Yang memburukkan lagi keadaan apabila Amni jarang bangun malam lagi. Kadangkala
terus sehingga ke pagi tanpa minum susu.
Akibat
daripada sifat saya yang culas dalam mengepam, saya hilang kuantiti susu
sebanyak 6oz yang merupakan purata hasil pam saya dalam sesi yang saya
tertinggal itu.
Berbalik
kepada kata-kata bakal pelanggan saya itu.
Secara
logiknya, beliau masih mendapat jumlah yang sama dengan 2 kali pam sahaja
kerana selama ini minda telah dilatih untuk menghasilkan susu sebanyak Xoz
sepanjang tempoh masa bekerja. Apabila sesi pam berkurang, lama-kelamaan minda
akan berkata yang tiada susu yang perlu dihasilkan dengan cepat untuk
menggantikan sesi yang hilang itu. Akibatnya, susu badan akan mula merudumkerana kita telah melatih minda dengan jadual pam yang baru.
Bagaimana
saya mengatasi masalah susu merudum ini?
Simple Formula : POWER PUMPING + PAM SECARA KONSISTEN serta bantuan daripada set TRIPPLE M. Power
pumping sebagaimana yang kita ketahui adalah cara yang paling efektif untuk
menghasilkan susu dengan cepat. Selain itu, saya juga ada kongsikan cara-cara
semasa melakukan power pumping di dalam entry cabaran power pumping bersama mychibibox.
Selalunya
anda perlu lakukan minimum 2 minggu dan saya sarankan untuk teruskan sehingga
sebulan.
Kenapa saya pilih set TRIPPLE M?
Set Tripple M adalah merupakan Euphoria Premium
Breastfeeding Set yang paling superb. Mengandungi 6 produk iaitu Vitalea,
B-complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan Energizing Soy Protein. Dengan
jadual pengambilan vitamin yang betul serta tips, saya boleh rasa yang payudara
saya penuh dengan lebih cepat. Malahan hujung minggu baru ini, saya terpaksa
pam di siang hari kerana sangat sakit dek bengkak susu.
Setelah berjaya mengembalikan production susu kepada paras
normal, saya berazam untuk menjadikan sesi pam extra di rumah pada waktu malam
sebagai sesi tetap.
Tips Tambahan
Jika anda berhajat untuk menyusukan anak anda sehingga
usianya 2 tahun, jangan culas dalam mengepam kerana sekali anda mengelat, maka
anda menjauhkan diri anda daripada kejayaan mendapatkan PhD dalam penyusuan.
Untuk ibu yang susu merudum, lakukan lah POWER PUMPING dan
boleh mencuba set Tripple M.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!




















