>

Promosi Februari 2014

Promosi Februari 2014

Wednesday, 30 November 2011

Amalan MUDAH HAMIL


Penggantungan kepada Allah untuk mendapatkan anak juga penting. Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan

1. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 38, surah Ali-Imran 

*credit : resepirahsiaku

 Yang bermaksud :
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

2. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 89, surah Al-Anbiya

*credit to resepirahsiaku

Yang bermaksud:
Dan Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhan-Nya dengan berkata:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”

Selain daripada berdoa, anda dan suami turut dinasihatkan untuk membanyakkan SEDEKAH , PUASA SUNAT dan QIAMULLAIL dalam usaha memperoleh cahaya mata.




Boleh baca di sini juga untuk saranan vitamin bagi meningkatkan kesuburan suami isteri

Berusaha dan bertawakallah kepada Yang Maha Esa.


Ingin dapatkan harga istimewa MCB?
Hubungi kami di mychibibox[@]gmail.com atau SMS 012-7383040 (Tuty). Anda juga boleh menikmati harga diskaun 15-20% di cawangan Shaklee berdekatan dan jangan lupa dapatkan Shaklee ID daripada saya sebelum pergi ya. . Jika anda sudah pasti dengan produk pilihan anda, isikan BORANG PESANAN ini

Mychibibox juga menyediakan pek mini untuk anda yang mempunyai kekangan kewangan. TETAPI, Sebarang promosi, pek mini dan tawaran istimewa hanya untuk pelanggan Mychibibox atau rangkaian kumpulan EUPHORIA serta TIDAK DISEDIAKAN DI MANA-MANA CAWANGAN SHAKLEE . Sebarang penolakan daripada Shaklee Malaysia bukan tanggungjawab kami. Harap Maklum.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 29 November 2011

Menjana pendapatan dengan Shaklee Euphoria Group


Alhamdulillah, bulan November ini merupakan bulan ke 6 saya bersama kumpulan Shaklee Euphoria. Sedikit demi sedikit saya mendaki untuk mencapai target bulanan.

Segalanya bermula di awal tahun 2011 semasa saya sarat mengandung, saya mula mencari-cari jalan untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Memandangkan saya bakal mempunyai anak, maka kos sara hidup seisi rumah juga akan bertambah.Namun begitu saya mahu sumber pencarian yang tidak memerlukan untuk saya meluangkan lebih masa di luar rumah terutama selepas waktu bekerja. Apa yang terlintas di fikiran untuk melakukan sesuatu secara online.

Pertemuaan saya bersama Shaklee juga tidak dirancang malahan saya bermula sebagai pengguna. Begitu juga dengan kebanyakan ahli Shaklee Euphoria. Semakin lama menggunakannya, semakin jatuh cinta dengan produknya yang memang superb. Oh ya, saya ambil Shaklee sejak pregnancy 3rd trimester, berpantang seterusnya menyusukan my lil amni.

Memang rezeki saya dengan Shaklee. Saya telah menang FREE MEMBERSHIP melalui peraduan di blogshop GENKIMOMMA yang merupakan upline saya sekarang. Tidak terfikir untuk memulakan Shaklee Biz lagi tapi melihatkan ukhwah yang terjalin di dalam forum tertutup Euphoria di Facebook walhal masing-masing tidak pernah bersua muka, hati saya terbuka untuk membuat biznes.Semasa itu sedang dalam cuti bersalin. Jujur saya katakan bahawa genkimomma TIDAK PERNAH memaksa saya untuk memulakan biznes malahan sebelum saya menyuarakan hasrat hati, tidak pernah sepatah kata seperti “JOMLAH BUAT SHAKLEE” dinyatakan. Pelik tapi benar.

Oh, mesti ade yang perasan dengan perkataan “UPLINE”..Ini sudah seperti MLM sahaja. Ya, Shaklee Biz adalah sejenis perniagaan MLM tapi bukan “Meniaga Larut Malam” yea.

Malah saya tidak rasakan seperti MLM pun. Mungkin ada yang tidak percaya tapi saya tidak pernah berjumpa dengan UPLINE saya sehingga la pada akhir Oktober lalu. Inilah antara perkara yang menarik dengan kumpulan kami

Kelebihan menjalankan biz bersama Shaklee Euphoria

(1)   Tiada istilah Touch N Go bersama pelanggan. Ilmu diutamakan untuk memberikan keyakinan semasa proses konsultasi bersama pelanggan
(2)   Ukhwah yang kuat di kalangan ahli kumpulan yang anda boleh bergantung untuk mendapatkan sokongan samada daripada segi motivasi atau product knowledge
(3)   Mengutamakan penggalian product knowledge berbanding keuntungan
(4)   Hampir 90% segala urusan niaga dilakukan secara online samada melalui telefon atau komputer. Maka anda tidak perlu berjumpa dengan pelanggan untuk meyakinkan mereka. 10% lagi untuk proses penghantaran dan product pickup.
(5)   Tidak perlu risau yang anda tidak mempunyai masa untuk keluarga kerana sibuk ber-shaklee..Anda adalah CEO maka anda yang tentukan jadual kerja anda
(6)   Tiada paksaan dalam menentukan target anda. Apa yang anda dapat adalah setimpal dengan usaha anda.
(7)   Sesiapa juga boleh lakukannya samada surirumah sepenuh masa atau anda yang berkerjaya.

Saya telah memilih perniagaan saya dan sedang membina jaringan kumpulan kerana saya yakin ramai yang di luar sana masih tercari-cari. Satu perkara yang saya sangat suka dengan kumpulan ini adalah kerana penekanan kepada keredhaan dalam membuat bizness dengan penggantungan kepada Allah serta pastikan mendapat kebenaran suami.

Kenapa saya bercerita mengenai kumpulan Shaklee Euphoria?
Ini sebenarnya adalah entry pertama saya berkenaan Shaklee Biz Opportunity semenjak mychibibox.com dilancarkan. Bukanlah saya tidak mahu membuat promosi tapi saya lebih gemar jika anda ingin ber-shaklee secara relahati dan bukannya paksa-rela.

Sebagai permulaan, anda boleh menyertai Seminar Shaklee Euphoria untuk beginners yang akan diadakan pada 10 December 2011 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Jangan risau kerana seminar ini berkonsep family friendly. Jadinya anda boleh membawa anak kecil anda serta suami untuk bersama-sama menimba ilmu. Memang seminar kami meriah dengan suara anak-anak kecil yang bermain-main dan berlari-lari ke sana sini. Namun, itulah yang uniknya yang tidak akan anda jumpa di mana-mana seminar yang lain.

 Keluarga Mychibibox bersama Genkimomma's leaders serta Puan Norita ( Pengasas Euphoria)
Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan tarikh tutup pendaftaran adalah 30 November 2011.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

JAGA PEMAKANAN ketika menyusukan anak

Ketika hamil, anda sentiasa menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan sihat dan mendapat cukup nutrisi. Apabila bayi sudah lahir, anda juga harus menjaga pemakanan harian kerana susu ibu akan membekalkan semua zat yang diperlukan untuk membesar dan menjana perkembangan otaknya. Jadi, apa yang anda makan sepanjang tempoh menyusu adalah amat penting untuk kesejahteraan bayi anda.

PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG

1. Anda perlu mengambil pemakanan seimbang bagi memenuhi keperluan protein, kalori, vitamin dan mineral bagi membantu tumbesaran bayi.

Diet yang seimbang mestilah terdiri daripada 3 kategori makanan yang diperlukan tubuh seperti karbohidrat dan lemak bagi membekalkan tenaga. Sumber tenaga ini terdiri daripada nasi, roti, mi, kentang dan aneka kuih-muih yang dihasilkan secara sihat. Manakala sumber lemak pula terdiri daripada hasil tenusu, merjerin dan sebagainya. Sumber kedua penting adalah PROTEIN yang terdiri daripada daging, telur, ayam, makanan laut, hati, suus, keju dan kekacang. Sumber untuk VITAMIN dan MINERAL pula segala jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Ketika proses penyusuan, bayi anda menerima setiap apa yang anda makan menrusi susu yang dihasilkan

Jadi berhati-hati terhadap pengambilan nikotin (rokok), kafein, gula, pemanis tiruan, bahan pengawet dan sebagainya yang boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan otak bayi anda. Kurangkan pengambilan kafein, gula ataupun pemakanan yang menyebabkan alahan pada bayi.

3. Elakkan pemakanan yang memudaratkan ibu dan bayi
Misalnya, makanan yang boleh menyebabkan bayi kembung (colic) ataupun alergi. Walaupun dari segi kesihatan moden, tidak ada senarai makanan yang perlu dicegah atau tidak dibenarkan,namun dari segi praktis masyarakat tempatan, terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan masalah kembung iaitu petai, nangka, kekacang, brokoli dan aneka makanan yang dikategorikan ‘gassy food’. Ada sesetengah bayi mengalami alahan makanan yang diambil ibu. Jadi, anda boleh mengenal pasti jenis-jenis makanan yang memudaratkan bayi dan elak daripada mengambilnya sepanjang tempoh penyusuan.

Kredit artikel : Majalah Harmoni



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Monday, 28 November 2011

Ovarian Cyst kecut dengan Shaklee GLA & DOa

Perkongsian hebat daripada Puan Dilla yang mempunyai ovarian cyst. Namun berkat pengamalan 3 perkara yang konsisten, beliau tidak perlu dibedah.Syukur, Alhamdulillah.


Petang tadi pegi klinik untuk scan cyst ovariku..kali terakhir scan pada julai lalu, 2.73cm..dan hari ini, 1.4cm..Syukur Alhamdulillah…

Doc : Bagus ye, cyst dah kecut…Mcm mana tu? Memang XDE UBAT UTK KECUTKAN CYST ni..


Doc : Bagus! Tak payah operate..tak elok pun operate-operate ni





Pn Pn Dilla mengalami 2 bulan yang kritikal untuk menunggu pembedahan bagi membuang ovarian cyst tersebut. Berikut adalah 3 amalan yang dilakukannya


 2. Pemakaian pad herba Avail
3. Doa untuk kecilkan bengkak

" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."

*Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari

Beliau berusaha dan bertawakal kepada Allah.Alhamdulillah, setelah 2 BULAN nampak kesannya. 

"Dulu 5.73cm pastu kecut 5.03cm..2.73cm..ari ni 1.4cm"

Kisah selanjutnya boleh dibaca di Blog Pn Dilla

Ovarian cyst  adalah berpunca daripada hormon tidak seimbang. Menurut Pn Dilla, pakar telah memberikannya pil perancang yasmin untuk mengawal hormone. Akibatnya, beliau mengalami kesakitan semasa kedatangan darah haid dan telah berhenti mengamalkannya kerana serik.

GLA complex yang diamalkan oleh Pn Dilla adalah sejenis supplement yang membantu untuk menstabilkan hormone serta membaikpulih kitaran haid.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Saturday, 26 November 2011

Testimoni Bergambar : Parut Hilang Dalam 25 Hari

Kami sudah menerima banyak testimoni yang mereka sangat sukakan Euphoria Skin Care Set kami kerana perubahan pada kulit muka yang jelas dirasai.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman Puan Syafiza yang mempunyai masalah parut di muka kesan pembawakan anak dan beliau telah menjadi sebahagian daripada keluarga Euphoria sebagai biz partner kami untuk berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee. Perkongsian ini telah mendapat keizinan daripada Puan Syafiza.

*Kredit to Puan Yati Napi

"Assalamualaikum..Kak Yati..Hari ni fiza nk bg testimoni...ehehe...

Alhamdulillah dh 25 hari Fiza mkn Set D+GLA ni..Bersyukur sgt2..Sebelum ni asyik jaga luaran je..Fiza mengalami parut pembawakan baby yang sangat teruk..Muka jadi gatal2 dan meninggalkan parut yang sangat bodoh..:(..Sebelum ni dh macam2 produk kecantikan dr yg murah sehinggakan yang mahal tapi takde perubahan pun..Segala treatment la apa la semua dah try tp xde perubahan yg habis duit je..

Fiza sangat2 bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana membuka pintu hati Fiza untuk mencuba vitamin Shaklee ni. di saat Fiza hampir2 tak percaya pada segala produk kecantikan ni..Sebelum ni fiza ada jugak ambik Tab X..

Seminggu je makan Set D ni dh ada orang tanya Fiza.."Eh, pakai produk apa sekarang??" Nampak sgt kan muka Fiza sebelum ni sgt2 teruk..Sedih sgt tau bila orang tanya mcm tu..huhu..Raya Haji lepas family Fiza datang beraya di rumah Fiza..Mak dan kakak pun tanya benda yang sama..Ye la sebelum ni asyik tukar produk je..Hubby pun ckp lps ni jangan tukar2 produk dh..Makan vitamin je..=) Sangat2 gembira dan bersyukur sangat2 kerana mendapat sokongan dari suami..

Alhamdulillah dgn DISIPLIN DAN MINUM AIR YANG BANYAK Fiza dh nampak perubahan pada wajah Fiza..Suka sangat!!"



Kredit to Puan Syafiza

Mesti ramai yang teruja kan???

Kata kunci kejayaan Puan Syafiza adalah DISIPLIN DAN MINUM AIR YANG BANYAK..Pengamalan supplement akan lebih berkesan apabila anda amalkan dua perkara ini..

Saya namakan set yang Puan Syafiza ambil dengan nama "EUPHORIA SKIN CARE BOOSTER"..Apa yang terkandung di dalamnya??


Saya petik kata-kata Puan Syafiza di blognya, " Saya beli set besar sebab biasanya untuk serasi dengan badan ambil masa 3 bulan camtu..Yang besar ni boleh tahan sampai 4 bulan"


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Friday, 25 November 2011

Tiada lagi KEPUTIHAN dan bye-bye kepada Panty Liner

Panty Liner dan wanita seolah-olah sudah menjadi sinonim. Malahan terdapat pelbagai jenama yang dijual di pasaran.Kebanyakan wanita memakai pantyliner kerana mengalami masalah KEPUTIHAN samada serius atau tidak.

KEPUTIHAN ( Vaginal Discharge) adalah berpunca daripada jangkitan bacteria pada faraj wanita. Bagi kes yang serius, keputihan menyebabkan rasa gatal dan memberikan bau hanyir yang tidak enak. Ada di kalangan wanita yang perlu menukar pantyliner sehingga 2-3 kali sehari sehingga tidak memberikan keselesaan pada si pemakai.

Tahukah anda yang masalah KEPUTIHAN juga adalah puncamasalah kesuburan yang menyukarkan proses anda untuk mendapatkan cahaya mata. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang enteng termasuk bagi anda yang bergelar BAKAL PENGANTIN atau ANAK DARA.

Masalah ini berkaitrapat dengan kebersihan di bahagian faraj. Saya kongsikan tip penjagaan kebersihan faraj yang diambil daripada Majalah Harmoni April ‘11

1. Mengelakkan penggunaan sabun ke dalam faraj
Sabun akan mengubah persekitaran berasid faraj (sama ada menggunakan sabun biasa yang bersifat alkali ataupun menggunakan sabun ber pH asidik), lebih-lebih lagi apabila dibilas menggunakan air ke dalam faraj kerana ia akan mencairkan asid ke dalamnya.

2. Teknik mengelap atau mengeringkan faraj
Selepas membuang air, jangan dikesat sebaliknya lap secara menekap bahagian kemaluan hadapan dahulu kemudiannya ke bahagian dubur.

3. Memastikan seluar dalam sentiasa kering
Jika seseorang mudah berpeluh atau melakukan banyak aktiviti, kawasan kemaluan yang bertambah kelembapan ini akan mengundang penyebaran / pemindahan dan pembiakan kuman juga.

MCB Testimoni:
Saya juga mengalami masalah keputihan ini walaupun tidak serius. Setiap hari saya perlu memakai pantyliner untuk memastikan kebersihan bahagian bawah. Walaupun lendir yang keluar hanya sedikit, rasa gatal dan bau hanyir masih tidak dapat dielakkan.

Baru-baru ini saya perasan yang saya TIDAK MENGGUNAKAN PANTYLINER lagi. Sudah hampir sebulan sejak pek terakhir saya gunakan. Apa yang menggembirakan lagi, tiada langsung kesan keputihan walaupun saya tidak mengenakan pantyliner.

Sejak menggunakan produk Shaklee, saya tahu yang ALFALFAdapat merawat masalah KEPUTIHAN. Namun begitu, di awal penggunaannya kesan positif itu tidak dapat dilihat lagi. Sudah hampir 8 bulan saya konsisten mengambil ALFALFA setiap hari dan sekarang masalah keputihan saya dapat dipulihkan.

Di sini saya kongsikan testimoni daripada rakan Euphoria, Puan Lizar yang mempunyai masalah keputihan semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. 



“Semasa hamil, keputihan saya agak teruk juga. Berbau dan berketul2.Malu dengan suami. Mujur suami jenis yang memahami. Suami suruh saya pegi check. Doktor bagi saya ubat yang masuk kat dalam kita punya tu. Malangnya tak lama lepas tu keputihan saya dating balik.Sedih. Giveup

Tetapi sekarang puan Lizar telah menjumpai penawarnya.

“Lepas tu langsung saya tak makan/pakai apa-apa produk pun sampailah saya mencuba set B yang ada mengandungi alfalfa. Saya dimaklumkan alfalfa boleh mengurangkan keputihan. Alhamdulillah setelah saya mencuba set trial yang untuk sebulan itu, keputihan saya dah x ade! Serius!! Selalunya kalau saya pakai pantyliner daripada pagi, tengahari mesti dah penuh kesan keputihan tu tapi kali ni daripada pagi sampai petang, pantyliner saya bersih!


"Hye semalam 1st time x guna langsung PANTYLINER sepanjang hari tapi tetap kering! Berjalan-jalan di melaka..naik river cruise! Seronok! Mood tidak terjejas langsung! xder lagi bau yang tak menyenangkang! Saya suka, suami pun sayang..Hehe..I LOVE ALFALFA!!!!:-)"

 Mula-mula cerita saya dengan ALFALFA, sekarang cerita Puan Liza dan ALFALFA pula.Bagi mereka yang baru mengenali Shaklee, pasti tertanya-tanya apakah itu alfalfa. Inilah rupanya dan juga merupakan antara produk kegemaran pelanggan kami yang kebanyakannya adalah ibu menyusu.



Hubungi saya untuk anda rasai apa yang telah kami rasa. Tapi ingat yea, kesan bagi setiap orang adalah berbeza..Ada yang nampak dalam masa sebulan..Malah ada yang lambat seperti saya yang hampir 7-8 bulan..





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Thursday, 17 November 2011

Saranan vitamin sebagai USAHA untuk mendapatkan cahayamata

Semalam saya telah berkongsi dengan rakan-rakan di facebook info mengenai Vitamin E sebagai Vitamin Cinta  / Vitamin kesuburan. Ramai juga yang PM kerana ingin mengetahui lebih lanjut.
  
Benarkah Vitamin E dapat membantu untuk mendapatkan anak?
Jawapan saya ini adalah satu USAHA ke arah itu kerana anak adalah rezeki daripada Allah dan Allah yang menentukan bila kita akan mendapat rezeki itu.

Sebenarnya, masalah kesuburan sering dikatakan berpunca daripada pihak wanita di Malaysia. Namun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan 30-40% lelaki yang menghadapi masalah kesuburan begitu juga dengan wanita. Oleh itu, janganlah ditudingkan jari kepada si isteri sahaja apabila masih belum dikurniakan anak setelah hampir setahun berkahwin. Suami isteri perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara punca masalah kesuburan bagi lelaki :
  1. Kuantiti sperma yang sedikit dalam semen. 20juta sperma per mililiter adalah jumlah normal bagi lelaki.
  2. Sperma yang tidak sihat dan cergas yang menyebabkan sperma tidak dapat bergerak pada kelajuan yang sepatutnya.
  3. Mencapai ejakulasi lebih awal (premature ejaculation) menyebabkan air mani dipancutkan lebih awal
 Antara punca masalah kesuburan bagi perempuan:
  1. Kitar period yang tidak teratur (irregular period) menyebabkan kesukaran untuk menentukan waktu ovulasi ( subur)
  2. Masalah senggugut yang teruk. Sila rujuk kepada doctor jika anda sering mengalaminya
  3. Terdapat fibroid atau cyst di dalam rahim
  4. Kualiti telur yang rendah serta masalah dinding rahim yang lemah bagi membolehkan telur yang telah bersenyawa melekat.
Berikut adalah antara vitamin yang mychibibox sarankan untuk meningkatkan kesuburan di kalangan suami isteri.

SUAMI
Optimum : Set Optimum ( Vitalea, B-complex, Vitamin C), Zinc, Vitamin E
Minimum : Vitamin E, Zinc, Vitamin C

ISTERI
Optimum : Set Optimum ( Vitalea, B-complex, Vitamin C), Alfalfa, GLA complex, Vitamin E
Minimum : Vitamin C, B-complex, GLA complex

Sekilas fakta vitamin-vitamin yang penting untuk kesuburan
Vitamin E : Meningkatkan daya seksual bagi suami isteri, menghasilkan sperma serta hormone seks dan melindungi sperma daripada rosak. Membantu mengatasi masalah pancutan awal.

Zink : Mengaktifkan sperma, menjaga kesihatan testikal serta meningkatkan kuantiti sperma.

Vitamin C : Membentuk sperma yang sihat dan cergas, memperbaiki kadar kelajuan sperma, memperbaiki level hormon serta membantu system badan yang sihat.

Alfalfa : Membantu mengatasi masalah keputihan serta bertindak seperti kacip fatimah. Selain itu memberikan keselesaan kepada suami isteri ketika bersama.Malah boleh mengurangkan senggugut.

GLA complex : Memperbaiki masalah kitar period tidak teratur, membantu sperma untuk bertahan lebih lama di dalam rahim, menghasilkan cecair servikal yang memudahkan sperma untuk berenang sampai ke telur (ovum)

Tips tambahan
Berikanlah sedekah secara istiqamah dan berniat kepada Allah semoga dikurniakan rezeki anak.

Bagi pelanggan mychibibox, kami akan menyediakan jadual pengambilan serta konsultasi yang berterusan kerana cara pengambilan yang betul, Insya Allah dapat membantu anda  (  ^_^)v




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Monday, 14 November 2011

Breastpump : Perlu dibeli SEBELUM atau SELEPAS bersalin??


Jika anda seorang ibu hamil yang bekerjaya dan bertekad untuk menyusukan anak walaupun setelah tempoh cuti bersalin, BREASTPUMP adalah antara gadget yang perlu ada. Mungkin ada ibu yang berkata,”Saya tidak perlukannya kerana saya mahu perah dengan teknik marmet.” Terpulang kerana pada saya, tidak mudah untuk melakukan teknik marmet kerana jika tersalah cara, anda boleh menyebabkan liang-liang susu akan tersumbat. 

Saya hanya berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman saya menjadi work-and-pump mom untuk 6 bulan. My lil Amni turns 8mths old next week.

Breastpump perlu disediakan SEBELUM ibu bersalin lagi kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku semasa bersalin. Jika anda dapat bersalin normal dan sihat untuk menyusukan bayi, Alhamdulillah.

Ada ibu yang anaknya terpaksa dimasukkan NICU atas masalah-masalah kesihatan di mana ibu tidak dapat menyusukan anaknya secara terus. Susu badan sebenarnya sudah terhasil semasa ibu mengandung lagi TETAPI hisapan daripada bayi akan merangsang pengeluaran susu badan. Breastpump adalah penyelesaian untuk ibu yang bayinya berada di NICU.

Di awal berpantang, ibu akan mudah mengalami bengkak susu yang boleh menyebabkan ibu mengalami demam. Di sinilah breastpump memainkan peranan untuk membantu ibu mengepam keluar susu bagi mengosongkan payudara serta meredakan bengkak susu. Saya sendiri sudah mengalaminya dan hanya Allah yang tahu betapa sakitnya apabila mengalami bengkak susu. Walaupun my lil amni sudah menyusu, tapi bengkaknya masih belum surut. Maka pam menggunakan breastpump adalah langkah terbaik.

Tahukah anda ketika bengkak susu, susu akan mengalir dengan laju sehingga boleh menyebabkan bayi boleh terdesak. Bagi ibu yang bermasalah begini, anda boleh pam dahulu untuk mengosongkan payudara sedikit sebelum menyusukan bayi bagi membantu bayi menyusu dengan lebih lancar. Adakala bayi menolak untuk menyusu secara terus akibat tidak boleh mengikut kelajuan susu yang mengalir. Itu juga antara punca bayi menolak untuk direct feeding dan ada ibu yang menjadi Exclusively pumping (EP) mom.

Breastpump yang anda ingin beli perlulah yang bergred hospital. Antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah jenama Medela, Spectra, Modu, Avent dan banyak lagi.

Bagaimana untuk memilih breastpump yang sesuai??
Jawapannya : Bergantung pada jadual kerja anda. Saya memilih electrical breastpump kerana saya mengejar masa antara kerja dan rehat. Cuma silap saya adalah membeli single-pumping type breastpump. Double-pump type breastpump adalah lebih efektif kerana anda dapat menjimatkan banyak masa berbanding single pump. Saya pun sedang mengumpul duit untuk membeli double-pumping type.

Jika anda ragu-ragu dengan mana satu yang perlu anda beli, anda boleh pergi ke actual online shop seperti littewhiz, fabulous mom untuk mencuba breastpump yang sesuai untuk anda.

AWAS!!!
Pemilihan breastpump yang salah boleh menyebabkan masalah puting melecet / luka yea!!

Harga breastpump di pasaran bermula daripada puluhan ringgit sehingga ribuan ringgit. Belilah berdasarkan kemampuan anda. Namun jika anda sudah tahu pam mana yang menjadi pilihan, ada online shop yang menawarkan installement payment ataupun system kutu.

Jika anda membeli breastpump SEBELUM bersalin, secara tidak langsung ianya menjadi pembakar semangat untuk anda memulakan perjalanan breastfeeding anda.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Friday, 11 November 2011

Alhamdulillah, anak dah nak makan nasi dengan Meal Shakes

Seringkali kita berjumpa dengan kanak-kanak obesiti yang semasa kecil dikatakan comel. Namun hakikatnya, jika ada kanak-kanak yang begitu berselera untuk makan maka ada juga kanak-kanak yang tidak berselera untuk makan. Yang lebih teruk apabila mula memilih makanan. Pening sungguh kepala ibu memikirkan makanan apa yang perlu diberikan. Adakah produk shaklee yang dapat membantu untuk menaikkan selera makan si kecil ini.

Kami ada penyelesaiannya.dengan produk juga dikenali sebagai "easy-on-the-go meal".Apakah dia?




Ya, Meal Shakes.

Ini adalah testimoni terbaru daripada Puan Shafizah, Anaknya berusia 2 tahun dan tidak mempunyai selera makan.


"Oh ye alhamdulillah dia dh nk mkn. Buat permulaan dh nk mkn nasi tp tak la byk but sya still bersyukur dia nk mkn. Sblm ni tgk nasi pun tak nk...."




Sekilah Fakta Meal Shakes


Meal Shakes adalah Makanan Segera,Tanpa curiga
Dalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah
Sumber : Shaklee Product Guide


Oh, pastikan anda dapat konsultasi tentang cara pemakanan yang betul daripada saya yea (  ^_^)v



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Thursday, 10 November 2011

Kulit semakin licin dan masalah DINGIN berjaya diatasi

SMS yang menggembirakan hati saya daripada Puan Shafizah.



"Stakat ni alhamdulillah sya puas hati dgn supplement shaklee.KULIT SY DH JD SMAKIN LICIN, MASALAH DINGIN DGN SUAMI PUN DH BERJAYA DI ATASI cma masalh berat bdn je. But hr ni sya rasa badan sya dah megecil kot sbb kain bju kurung sya dh boleh cangkuk.Slalunya tk leh"


Alhamdulillah, nampaknya vitamin Shaklee sangat serasi dengan beliau. Vitamin yang saya sarankan pada beliau adalah Vitamin E, Alfalfa dan Lecithin.

Vitamin E adalah vitamin yang diberikan jolokan nama "sex vitamin" dan alfalfa berfungsi seperti kacip fatimah. Faham-faham je la kan fungsi kacip fatimah. Masalah dingin bagi isteri selepas bersalin adalah antara perkara yang sering berlaku. Kedua-dua vitamin ini kami namakan sebagai SET FEMININ.



Oh, Pn Shafizah juga mengatakan yang badan seperti mengecil. Inilah Lecithin produk yang sangat laris di pasaran. Ibu menyusu pun boleh ambil untuk SLIMMM secara selamat tanpa jejaskan produktiviti susu badan.

Jadual pemakanan eksklusif akan disertakan untuk mendapatkan kesan yang optimum


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Tuesday, 8 November 2011

Vitamin / Supplement semata-mata untuk MILK BOOSTER???


Memandangkan isu ini agak HOT diperkatakan, maka inginlah saya berkongsi pendapat saya (macam la orang besar pun..hehehe).

Saya pelik kenapa isu pengambilan supplement untuk ibu menyusu sangat ditentang oleh segolongan pihak sedangkan supplement bagi ibu hamil pula adalah satu perkara yang menjadi lumrah. Boleh dikatakan IBU HAMIL=SUPPLEMENT adalah satu perkara biasa kerana kita sedia maklum yang pengambilan supplement semasa mengandung adalah bertujuan untuk tumbesaran bayi di dalam perut ibu di samping membantu ibu hamil untuk lebih cergas. Bukan sekadar melepek dan menjadi kurang efektif apabila hamil.

Kita juga maklum yang kalsium yang diambil oleh ibu akan disalurkan kepada bayi.Oleh kerana itu, ibu mengambil tambahan kalsium samada melalui susu mahupun pil kalsium.

Antara supplement yang akan ibu perolehi apabila hamil adalah ASID FOLIC, VITAMIN C, IRON dan KALSIUM. Jika pemakanan sudah memadai untuk mendapatkan khasiat supplement ini, tidak perlulah doctor membekalkan vitamin ini kepada ibu hamil.

Bagaimana pula dengan ibu menyusu??
Saya rasa semua sudah tahu yang apa yang ibu ambil akan disalurkan kepada anak melalui penyusuan.Malahan ramai ibu menyusu yang bekerja. Hampir 6 bulan saya menjadi work n pump mommy dan my lil amni pun dah berusia hampir 8 bulan. Terus terang saya katakan, alangkan masa zaman bujang pun saya amalkan supplement untuk pastikan badan tetap segar serta memulihkan keletihan otak, apatah lagi bila dah bekerja serta menyusukan anak.

Pada saya, pengambilan supplement adalah untuk membantu ibu menjayakan penyusuan kerana untuk menjadi SUPERMAK, SUPERWIFE, SUPERWORKER badan kita perlukan tenaga tambahan.Bila badan lesu, mulalah perasaan MALAS mula menyinggah dan secara tidak langsung akan mempengaruhi penghasilan susu.

Ibu menyusu juga seperti ibu hamil perlukan supplement tambahan seperti kalsium atau minum susu kerana anak masih mengambil kalsium daripada ibu. Saya sendiri selepas bersalin sering sakit-sakit belakang, sakit sendi dan pergelangan tangan kerana sentiasa memangku my lil amni semasa menyusukannya.

Saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan dan saya pulang dengan VITAMIN NEUROVIT yang terdiri daripada Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin B12 yang boleh didapati di dalam vitamin B-complex. Cuma NEUROVIT membekalkan kuantiti yang lebih tinggi. Ini bermakna vitamin penting untuk kesihatan diri.

Bagi ibu-ibu yang mencari milk booster, silalah kaji kenapa susu anda merudum kerana kebanyakan pelanggan saya bila saya tanya dan buat post mortem, kebanyakannya kerana gagal memenuhi konsep supply vs demand. Fahami konsep asas dan Insya Allah anda akan berjaya.

Pastikan anda mendapat konsultasi penuh daripada pengedar kerana pengedarlah orang yang perlu anda tuju dahulu sebelum memberikan komen-komen atau mengadu pada orang lain. Anda ada hak untuk mendapatkan bimbingan sepenuhnya daripada pengedar.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Friday, 4 November 2011

Posisi penyusuan bagi ibu yang bersalin secara caesarean


Bersalin secara caesarean bukanlah bermakna anda tidak boleh untuk menyusukan bayi anda. Apa yang perlu penting ialah anda perlu pelajari dan mengaplikasikan posisi penyusuan bersesuaian dengan keadaan diri selepas bersalin.

Antara posisi penyusuan yang sering diakui selesa untuk anda dan bayi adalah lying down dan football hold ( clutch hold). Namun begitu, bagi anda yang pertama kali bergelar ibu, mungkin agak kekok untuk menggunakan kedua-dua posisi ini. Jadi pelajarilah dan praktikkan posisi ini lebih awal agar anda biasa dengannya. Dapatkan bantuan Perunding Laktasi ataupun kaunselor laktasi anda.

Ihsan Mr. Google
Bagi mengurangkan kesakitan luka pembedahan, anda digalakkan untuk menyediakan kusyen sokongan seperti bantal, tilam kecil dan lain-lain yang boleh digunakan untuk mengalas bahagian abdomen supaya berat bayi tidak menekan bahagian luka berkenaan jika anda ingin menggunakan posisi cradle hold.

Contoh Nursing Pillow di pasaran

Selain daripada itu, bahagian belakang badan turut perlu disokong dengan bantal. Gunakan lebih banyak agar anda boleh bersandar dan tidak perlu terlalu membongkok, Dalam pada itu, pastikan bayi turut disokong dengan bantal mencukupi. Pastikan juga posisi badan bayi dalam keadaan yang betul (perut ke perut) walaupun kedudukannya di atas bantal.

Jika anda mahu menyusu sambil berbaring dan tidak mahu mengubah posisi mengiring ke kiri ataupun ke kanan, bolehlah mengiring pada satu arah sahaja. Jika bayi ingin menyusu pada sebelah payu dara lagi, tinggikan bayi dengan menggunakan bantal supaya dia berada sama paras dengan payu dara. 

Anda boleh kreatif dalam hal ini.

Sumber: Majalah Pa&Ma November 2011



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Thursday, 3 November 2011

AIR SUAM pencegah Heart Attack

Bangsa Cina dan Jepun sentiasa minum TEH PANAS dengan hidangan mereka dan bukannya dengan AIR SEJUK. Mungkin sudah tiba masanya kita mengikut tabiat peminuman mereka dalam pemakanan.

Kepada mereka yang menggemari AIR SEJUK, artikel ini memang sesuai untuk anda.

Menghirup air sejuk selepas makan memang sangat nikmat. TETAPI, tahukah anda yang air sejuk itu akan memejalkan segala minyak yang terkandung dalam makanan anda. Ianya akan melambatkan lagi proses pencernaan. Apabila gumpalan ini bertindak dengan asid, ia akan terurai dan diserap oleh usus lebih cepat daripada makanan pejal. Lama kelamaan, ia akan bertukar menjadi lemak dan membawa kepada kanser.

Pilihan terbaik adalah untuk minum sup panas atau AIR SUAM selepas makan.



Simptom Heart Attack

Anda perlu tahu yang tidak semua symptom serangan jantung bermula daripada sakit di bawah tangan kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang amat sangat pada garisan rahang.

Anda juga mungkin tidak merasa sakit dada pada serangan pertama sakit jantung. Muntah dan peluh keterlaluan juga merupakan symptom awal. 60% daripada mereka yang mengalami serangan jantung ketika tidur berakhir dengan kematian. Sakit di bahagian rahang boleh mengganggu tidur nyenyak anda. Pastikan anda lebih berhati-hati. Lebih banyak ilmu yang kita tahu, semakin cerah peluang kita untuk hidup lebih lama.


Sumber: Risalah daripada email
 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

MyCHibiBox Vitamin StoRe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon