Carotomax untuk masalah penglihatan ( rabun)

By | January 25, 2012
“Jangan tengok TV tu dekat sangat, duduk jauh sikit”
‘Buka lampu masa membaca, nanti mata rosak”
Ini adalah antara bebelan saya kepada sepupu-sepupu saya. Saya tidak mahu mereka mengalami pengalaman saya yang perlu memakai KACA MATA SEAWAL USIA 7 TAHUN dek kerana tabiat seperti yang saya nyatakan di atas. Tinggi taw Power Kaca Mata saya untuk orang pertama kali memakai kaca mata. Jika tidak silap saya, lebih kurang 400++.
Saya akui yang saya memang ulat buku yang memang berulit dengan buku ketika usia 6 tahun lagi. Jika ke perpustakaan, saya akan pinjam dalam 10-12 jenis buku dengan menggunakan kad perpustakaan seisi keluarga. Apabila sudah mendapat buku, saya mahu menghabiskan secepat mungkin menyebabkan saya membaca dalam cahaya samar-samar di waktu malam ( Light off kan)
Kalau melihat rancangan televisyen pula, memang saya berada pada jarak yang sangat dekat cuma tidaklah sampai hendak masuk ke dalam televisyen itu. Mungkin di kala itu mata saya sudah mulai rosak yang memerlukan saya duduk dekat dengan televisyen.
Sekarang saya melangkah ke usia 3* tahun dan masih berkaca mata. Silau juga agak tinggi yang adakala menyukarkan pemanduan di waktu malam. Jujurnya saya tidak dapat membaca tulisan yang kecil pada satu jarak tertentu. Jika tanpa kaca mata, saya tidak dapat melihat dengan nyata walaupun pada jarak sejengkal. Memang sudah teruk sehingga terfikir juga ingin membuat pembedahan Lasik.
Kini hampir setahun saya menggunakan supplement Shaklee namun ada satu supplement yang saya masih belum mencubanya. Ianya kecil sahaja dan antara vitamin yang termahal dalam rangkaian produk Shaklee. Apakah dia? Tidak lain adalah Carotomax. Dahulunya dikenali dengan nama Beta Carotene.
Mesti anda pelik kenapa saya hendak mencuba Carotomax dan apa kaitannya dengan masalah rabun saya. Carotomax merupakan supplement Vitamin A dan kita mengetahui yang vitamin A adalah sangat bagus untuk kesihatan mata. Jika tidak, masakan kita sering disuruh untuk makan sayur lobak merah, bayam yang kaya dengan Vitamin A.
Saya mula mengambil Carotomax 3 kali seminggu bermula minggu lepas. Saya rasa perlunya untuk melakukan sesuatu bagi kesihatan mata memandangkan pekerjaan saya yang boleh dikatakan 8 jam sehari di hadapan computer. Di tambah pula saya sering melayari internet menggunakan mobile telephone. Diharapnya pengambilan Carotomax secara konsisten dapat memperbaiki mutu penglihatan mata saya. Walaupun mengambil masa yang lama kerana saya sudah rabun sejak 23 tahun yang lalu, namun lebih baik berusaha daripada sekarang sebelum terlambat, Power spec saya sekarang sudah mencecah 900.
Inilah rupa carotomax yang kecil tapi gagah.
Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *
Karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.
Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
Nota penting :
Vitamin A terdapat dalam 2 bentuk iaitu Preformed Vitamin A dikenali sebagai Retinol dan Pro-Vitamin A yang dikenali sebagai Carotene. Beta Carotene merupakan bentuk vitamin A yang SELAMAT kerana tidak memberikan kesan toksik jika diambil berlebihan seperti Retinol. Tambahan pula ianya menunjukkan potensi untuk mencegah beberapa jenis kanser, membantu merendahkan tahap kolestrol, berkesan dalam meningkatkan system imunisasi badan dengan meningkatkan bilangan infection-fighting T lymphocytes ( T-cells)  serta dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.** Source : NVB
Testimoni rakan-rakan yang telah mencuba Carotomax yang membuatkan saya juga ingin mencubanya.
 ‘Adik saya ( husband Norwina) dah kurang power mata..padahal kami semua 7 beradik memang rabun jauh sejak kecil sekolah rendah lagi :)”

 ” Adha ambil juga carotomax ni tapi kurang konsisten…yang pasti masih memakai cermin mata..hehe..satu perkara yang adha perasan, adha dah kurang silau..kalau dulu langsung tak boleh memandu malam, tapi kini dah boleh..silau lampu kereta dah makin berkurang”
Ini pula pesanan daripada Optometrist yea..
“Kalau powernya tinggi sangat, jangan beri harapan yang tinggi ya..Power ni datang dari beberapa faktor..Jadi, tak semua mampu untuk diturunkan..Cuma apa yang pasti ialah, bila mengamalkan supplement, kita memberi sel-sel mata tu keadaan yang lebih baik. Dan juga dapat mengurangkan risiko dari berlakunya ARMD atau MS dsb. Dan supplemen sebagai awet muda”
 Insya Allah saya akan cuba konsisten dan kongsikan mengenai kesihatan mata saya dengan pengambilan Carotomax. Psss…Ambil Carotomax ni kulit jadi cantik dan awet muda tauuuu..Ya lah, Vitamin A kan antioksidan untuk melawan radikal bebas. Bila digabungkan dengan Vitamin E, Vitamin C dan ESP, lagi la mantopppp…
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge