Fish Oil mengurangkan risiko Postpartum Depression ( Meroyan)

By | January 27, 2012
Pernah tak rakan-rakan dengar perkataan berikut :
Baby blues, Postpartum Depression (PPD), Gila Meroyan
Semua perkara di atas adalah masalah dalam kategori yang sama dan dihadapi oleh wanita selepas bersalin. Ianya boleh berlarutan sehingga hampir setahun atau berlaku dalam tempoh beberapa hari.
“Baby blues” adalah sebahagian daripada PPD tetapi hanya untuk jangka pendek yang merupakan perasaan tertekan setelah mengalami pengalaman bersalin yang  beremosi. Postpartum Depression (PPD) adalah lebih teruk dan berlarutan dalam jangka masa panjang.
Antara symptom yang dihadapi adalah :
(1) Berada di dalam keadaan sedih atau menangis secara tiba-tiba
(2) Tidak berasa gembira dengan perkara yang selalunya menggembirakan anda
(3) Perubahan tingkah laku dan insomnia
(4) Kurang daya tumpu
(5) Perasaan rendah diri
(6) Berfikir / bertindak membahayakan diri sendiri atau bayi
(7) Keletihan
Wanita yang menghadapi masalah ini memerlukan perhatian dan sokongan daripada suami serta keluarga setiap hari. Mereka mudah tersinggung dan setiap perbuatan serta perkataan yang dikeluarkan perlu menjaga perasaan mereka.
Tips untuk mengelakkan masalah PPD
(1)   Dapatkan bantuan daripada Suami, keluarga serta rakan untuk menjaga bayi semasa di rumah
(2)   Jangan pendamkan perasaan. Kongsikan bersama orang terdekat
(3)   Jangan lakukan perubahan besar semasa mengandung atau sejurus selepas bersalin
(4)   Jangan cuba lakukan terlalu banyak perkara atau cuba menjadi perfectionist
(5)   Luangkan masa untuk keluar melawat rakan-rakan atau masa sendiri bersama Suami
(6)   Rehat seboleh mungkin. Tidur semasa bayi tidur.
(7)   Berbual dengan ibu-ibu lain atau menyertai kumpulan sokongan.
Pengalaman MCB :
Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah PPD selepas bersalin. Saya tidak nafikan yang menjaga bayi semasa dalam keadaan diri belum pulih sepenuhnya selepas bersalin adalah satu pengalaman yang sangat memenatkan namun berharga. Diri sendiri pun masih lemah dan perlu berjaga malam setiap hari kerana menjaga serta menyusukan amni.
Saya bersyukur kerana dijaga oleh Ibu saya serta Ibu Mertua sepanjang tempoh berpantang. Terima kasih juga kepada si kecil Amni yang tidak banyak meragam dan hanya bangun untuk minum susu sahaja. Saya berpuashati kerana telah mengambil langkah yang betul dengan berpantang menggunakan Euphoria Confinement Set. Badan saya memang segar walaupun tidur hanya beberapa jam sahaja.
Saya ingin kongsikan fakta menarik mengenai supplement yang dapat membantu mengelakkan masalah PPD dan perlu diambil sejak mengandung lagi
Omega-3 & Postpartum Depression (PPD)
Anda boleh mengurangkan risiko PPD dengan mengambil supplement OMEGA-3 secara aktif semasa HAMIL. Kekurangan omega-3 bukan sahaja akan mengosongkan Neuroprotective, malah mengganggu stamina untuk melawan kemurungan di awal kelahiran bayi. Ianya juga akan membantutkan perkembangan otak bayi.
Pengambilan Omega-3 selepas bersalin menjadi lebih penting. Penyusuan juga dapat memberikan perlindungan daripada masalah PPD. *Sumber : NVB
Saya memang mengamalkan Shaklee OmegaGuard yang mengandungi sumber Omega-3 sedari kandungan mencecah 7 bulan walaupun saya tidak mengetahui mengenai fakta di atas. Tujuan saya ambil adalah untuk menyalurkan DHA bagi membantu perkembangan otak bayi. Saya sangat galakkan rakan-rakan untuk mengambil Shaklee OmegaGuard ( Fish Oil) apabila masuk Trimester ke 2.
 Jangan risau kerana baunya tidaklah hanyir seperti yang disangkakan pun sebab saya dulu memang fobia dengan Fish Oil. Malah kanak-kanak yang diajar makan sejak usia 1-2 tahun mengambil OmegaGuard umpama makan gula-gula.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge