Ikatan Erat Ibu dan Anak dengan SUSU IBU

By | January 4, 2012

Sudah 9 bulan saya menyusukan Dhia Amni dan selain kesihatan badannya yang mempunyai antibody yang kuat ( READ : Jarang sakit), ikatan antara ibu dan anak itu lebih erat. Amni akan mencari saya walaupun papanya ada bersama. Saya jugalah yang diulit dan tempat Amni bermanja.
Sabtu lepas saya keluar sebentar untuk membeli sarapan dan sayunya hati apabila mendengar Amni menangis apabila saya pulang ke rumah. Rupa-rupanya Amni terbangun semasa saya keluar dan menangis di muka pintu menunggu saya. Puas di pujuk papanya namun apabila saya masuk ke rumah, terus redha tangisnya. Seolah-olah Amni tidak kisah jika saya tidak duduk bersamanya asalkan boleh nampak saya berada di dalam rumah. Alahai Amni sayang.
Apa yang saya ingin perkatakan adalah penyusuan bukan sekadar si ibu menyuakan payudara untuk anak minum dan pam sepanjang masa. Ianya lebih daripada itu. Hubungan yang terjalin adalah lebih RAPAT dan MESRA. Naluri ibu itu adalah lebih sensitive apabila berjauhan dengan anaknya.
Seorang ibu itu boleh melayan kerenah anaknya sehingga berjam-jam walaupun keletihan bekerja sepanjang hari. Adakalanya perlu berjaga malam kerana si kecil ingin menyusu di waktu orang lain lena berkerja. Namun, seorang ayah itu boleh naik berang walaupun baru menjaga si kecil tidak sampai 5 minit. Besarnya pengorbanan ibu untuk anaknya.
Satu perkara yang saya perhatikan mengenai Amni adalah Amni akan berhenti merengek mahupun bermain jika saya berikan “nenen”. Kuatnya daya tarikan itu. Malahan Amni tidak lut dimarah atau dijentik tangannya oleh saya kerana tabiat Amni ketika ini adalah membuang apa yang ada di tangannya. Adakala saya cubamembuat HATI KERING apabila Amni menangis kerana tidak mahu dirinya menjadi manja tapi namanya pun “mencuba”.Cubaan yang sentiasa berakhir dengan kegagalan. Akhirnya saya yang memujuk Amni.
Wahai ibu-ibu yang menyusukan anakmu, hargailah masa anak menyusu secara terus (direct feeding) dengan anda. Skin-to-skin contact adalah penting kerana ianya dapat memberikan rasa gembira dan kehangatan kepada anda selain membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Emosi ibu mempengaruhi produktiviti susu badan yea.
Target terdekat adalah menyusukan Amni sehingga usianya setahun..Sekarang tengah dilanda badai..Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menyusukan si kecil Dhia Amni. Amin…


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge