Jatuh cinta dengan Shaklee Nutriwhite & Enfuselle

By | January 13, 2012

Mungkin ada yang tidak mengetahui yang Shaklee juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit selain daripada produk utama iaitu Vitamin. Kecantikan kulit perlulah dijaga daripada luar dan dalaman.
Memandangkan tahun ini saya akan memasuki 3-series, maka saya perlulah lebih menjaga kecantikan kulit supaya kekal muda remaja begitu. Ya lah, untuk kekal cantik diusia 50 tahun perlulah dimulakan daripada sekarang. Sepanjang saya belajar di Jepun, saya lihat wanita-wanita Jepun sangat cantik dan cergas walaupun usia menganjak 60 tahun. Kudrat tenaganya tidak kalah dengan remaja berusia 20 tahun. Malahan agak sukar untuk saya berjumpa dengan wanita yang berbadan gempal. Rahsia utamanya sudah tentulah pemakanan mereka yang ternyata lebih sihat dan juga betapa mereka menitik beratkan penjagaan kulit wajah serta pengambilan air kosong.
Berbalik pada tajuk di atas, saya akhirnya telah menambah koleksi produk Shaklee saya. Kali ini adalah Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser, Enfuselle Purifying Toner dan Balancing Moisturizer.
Kulit saya agak sensitive dan saya sangat berhati-hati untuk memilih produk pencuci muka ini. Di Jepun, saya menggunakan produk perancis jenama Avene yang diperbuat daripada Thermal Spring. Pulang ke Malaysia, saya mencari alternative lain dan berjumpa dengan Safi Rania Gold.
Malangnya, saya menjadi Malas untuk menjaga kulit muka sejak hamil. Orang kata pembawakan budak jika mengandungkan anak perempuan. Wallahualam..Setelah bersalin, saya masih tidak memakai sebarang produk pencuci muka dan berlarutan sehingga Amni berusia 9 bulan.Alhamdulillah sepanjang tempoh saya langsung tidak mencuci muka itu, kulit muka saya tidak mengalami masalah. Oh ya, saya konsisten ambil vitamin Shaklee sejak Februari 2011 sampai sekarang. Mungkin berkat vitamin yang menjadi makanan kulit maka kulit saya kurang bermasalah.
Hati saya tergoda untuk mencuba setelah melihat pelbagai testimony menarik daripada para pencinta barangan Shaklee terutamanya GenkiMomma Arnie yang merupakan pengguna tegar Nutriwhite Cleanser Foam. Tak silap saya sudah masuk tube ke 3 sejak tahun 2009.*Eh, setahun satu tube sahaja ke??? Murah bangetttt.
*Klik untuk pembesaran imej
Saya dan Kak Yati dah berjumpa dengan GenkiMomma Arnie ni tapi macam tidak percaya yang beliau pernah hadapi masalah kulit muka yang berjerawat. Kulitnya sangat licin mulus gitu.
MCB Testimoni:
Saya baru menggunakan pencuci muka Nutriwhite serta Enfussel Toner dan Moisturizer dalam 2 minggu. Tujuan asal pengambilan adalah untuk menghilangkan white head / black head di hidung ku ini. Walaupun masih belum hilang sepenuhnya tapi kulit terasa sangat lembut. Saya jarang memakai bedak atau mengenakan solekan tapi saya suka kerana kulit pun terasa kurang berminyak terutamanya di kawasan T-zone. Ini baru saya yang pakai 2 minggu. 
Apa kata rakan-rakan lain yang telah menggunakan kedua-dua jenama Nutriwhite dan Enfuselle.
Komen terbaik : 

Nutriwhite n enfuselle both are worth to buy..ala2 yg kat kaunter tu..shise*i*do, s*k*2, est*ee*l*auder…

Harga untuk Nutriwhite Product agak boleh tahan tapi setanding dengan kualitinya. Malahan sangat menjimatkan. Begitu juga dengan produk Enfuselle. Sangat berbaloi-baloi untuk anda yang mementingkan kecantikan..Ye lah, kita bukan hanya perlu cantik dalam tapi luaran pun perlu cantik juga. Kata mahu kekal muda walaupun berusia 50 tahun kan.

“Enfuselle rasanya dah pakai masuk bulan ke 3 tak abis2 lagi..hehhe..mmg jimat..half pun belum kot..hehehe..beli plak nutriwhite..rs satu tube nutriwhite tu mo pakai sthn kot”


“Saya pakai sorang leh tahan 9-10 bulan..Tapi skrg sbb share dgn cik abg, jangka hayat jadi separuh sudahhh ~ :P”

Nanti saya akan update mungkin 2-3 bulan lagi untuk gambar SEBELUM dan SELEPAS penggunaan set pencuci muka terbaru saya ini. Anda juga boleh mulakan dengan NutriWhite Cleanser Foam sahaja. Hanya sedikit sahaja diperlukan untuk memghasilkan buih yang banyak dan halus.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge