Apa yang anda rasa dan fikirkan apabila melihat situasi ini
:
Seorang ibu menyusukan anaknya di bangku yang terletak di
koridor sebuah shopping complex. Orang ramai sedang lalu lalang dan
memerhatikan sahaja perbuatan ibu itu.
Mungkin ada yang merasakan tindakan itu tidak wajar dengan
alasan “MALU” atau ‘TIDAK SOPAN”
Namun pada saya, saya sangat berbangga dengan ibu itu yang
tanpa segan silu menyusukan anaknya walau di mana jua berada. Seorang ibu tidak
akan sanggup membiarkan anaknya kehausan
semata-mata untuk mencari NURSING ROOM yang selalunya penuh dan hanya
disediakan dalan 2-3 bilik sahaja,
Terma yang digunakan untuk perbuatan ibu itu adalah NURSING
IN PUBLIC (NIP). Saya sendiri adalah ibu yang susukan my lil Amni di khalayak
ramai. Eh, bukanlah selak je terus macam tu tapi saya menggunakan NURSING COVER
untuk memberi keselesaan kepada Amni untuk menyusu serta dapat menutup aurat
juga. Amni adalah seorang bayi yang mudah tertarik pada bunyi dan orang ramai. Ini
akan mengganggu penyusuaannya.
Penyusuan sekarang lebih mudah kerana terdapat banyak
peralatan sebagai pemudahcara. Selain nursing cover, ada juga ibu yang
menggunakan poncho atau shawl.
Saya sentiasa pastikan untuk membawa nursing cover walau ke
mana saya pergi bersama my lil Amni. Saya telah mengalaminya di mana menunggu
nursing room kosong hampir setengah jam dan hampir terlupa tentang nursing
cover yang saya bawa. Masa itu pertama kali saya membawa Amni berjalan di
Shopping Mall jadinya perasaan segan itu masih ada.
Setelah Amni merengek-rengek dan saya pun tidak larat untuk
menunggu lagi, maka saya terus sarung nursing cover dan susukan Amni.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar malahan ada seorang makcik yang duduk di
sebelah saya kagum dengan orang yang mereka nursing cover. “A brilliant Idea,”
kata makcik itu. Saya akuinya kerana banyak sangat berjasa untuk saya.
![]() |
| Saya dan my lil Amni ( dalam nursing cover) |
Oleh itu untuk ibu-ibu menyusu, NIP bukanlah satu perbuatan
tidak bermoral sedangkan ibu-ibu yang sebaya dengan ibu kita telah lama
mengamalkannya cuma kita sahaja yang perlu memartabatkannya kembali.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!












0 comments:
Post a Comment