Persediaan untuk penyusuan bayi semasa hamil

By | January 30, 2012
Di dalam dunia yang semakin maju dan segala maklumat mampu diperolehi di hujung jari melalui internet, penyusuan bayi ( breastfeeding ) menjadi lebih mudah untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Ramai kalangan ibu-ibu yang mula sedar tentang kepentingan susu badan untuk bayi mereka dan mula berusaha ke arah itu. Jika 2-3 orang anak sebelum ini tidak berjaya, namun untuk cahaya mata yang bakal lahir ini si ibu tekad untuk menyusukan anaknya secara eksklusif.
Namun ibu-ibu harus ingat yang PENYUSUAN tidak akan berjaya jika sekadar melahirkan dengan kata-kata sahaja. Saya kongsikan beberapa perkara yang ibu-ibu perlu lakukan sedari hamil lagi.
(1) Kenali payudara anda
Perkara ini nampak remeh tapi sangat memberikan impak yang besar. Ibu-ibu boleh memeriksa keadaan payudara anda samada anda mempunyai puting tenggelam ( inverted nipple) atau normal. Bukanlah bermaksud untuk lihat samada payudara anda bersaiz kecil atau besar kerana saiz tidak menjanjikan kejayaan dalam penyusuan.

Pinch Test – Image Googled
Cara pemeriksaan yang mudah adalah ketika waktu mandi. Cuba tekan puting payudara dengan tapak tangan selama 2 minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna payudara anda normal. Jika hamper seminit puting payudara masih ke dalam, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam atau inverted nipple.
(2) Ilmu penyusuan
Digalakkan untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin supaya anda lebih jelas dengan konsep asas penyusuan iaitu “SUPPLY VS DEMAND”. Hadiri kelas-kelas penyusuan dan jika boleh, datanglah bersama-sama dengan suami supaya suami juga mempunyai kesedaran tentang kebaikan susu ibu dan menjadi tulang belakang si ibu.
Rujuklah kepada rakan-rakan yang berpengalaman dan boleh juga melalui pembacaan. Saya mula menanam niat untuk menyusukan anak saya apabila sering mengikuti pekembangan rakan-rakan saya yang menyusukan anak mereka.
(3) Persedian alat-alat penyusuan
Saya menggalakkan ibu-ibu untuk membeli pam payudara sebelum bersalin lagi. Anda boleh memilih pam payudara yang sesuai dengan suasana perkejaan dan untuk membeli pam yang bergred hospital, sudah banyak online shop yang menyediakan system kutu untuk pembelian pam.
Selain itu, NURSING BRA dan juga BREAST PAD juga penting kerana di awal kelahiran  selalunya susu akan banyak sehingga baju boleh basah lencun. Bekas untuk penyimpanan susu perahan (EBM) juga perlu ada. Ada juga yang mencadangkan pembelian COOLER BAG kerana kita tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi. Mungkin ada yang terpaksa duduk di hospital kerana bayi dimasukkan NICU yang memerlukan ibu untuk mengepam dan menghantar susu perahan ke hospital.
Persediaan mental dan fizikal sangat penting sejak ibu hamil lagi. Jika anda mengetahui yang anda mempunyai masalah payudara, anda sudah boleh mencari alternative atau jalan penyelesaian sejak daripada awal dan bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.
Pembelian pam payudara yang agak mahal janganlah dianggap sebagai pembaziran kerana jika anda mengira kos untuk membeli susu formula dengan kos membeli pam payudara, masih berbaloi kerana barang berkualiti mampu anda pakia sehingga bertahun-tahun lamanya. Malahan, ianya boleh dijadikan pendorong untuk anda lebih bersemangat untuk menyusukan anak.
Jika anda menhadapi masalah, jadikanlahnya sebagai PEMANGKIN / PEMBERI semangat dan bukannya PEMBUNUH semagat.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge