Tips Persediaan Kembali Bekerja semasa cuti bersalin

By | January 20, 2012

Memandangkan cuti bersalin sekarang dipanjangkan ke 90 hari bagi kakitangan kerajaan ( saya cuma dapat 60 hari kerana syarikat swasta), maka ada yang mula risau apabila cuti bersalin sudah sampai ke penghujungnya. Berdasarkan pengalaman saya, persediaan kembali bekerja ini perlu dilakukan bermula bulan kedua kelahiran bayi.
Bila waktu yang sesuai untuk membuat EBM stok?
Seperti saya nyatakan di atas, pada bulan kedua. Pada bulan pertama, tidak digalakkan untuk kerap pam kecuali dengan tujuan untuk mengosongkan pam bagi melegakan rasa bengkak. Bukanlah saya kata TIDAK BOLEH. Harus diingat yang badan kita masih belum mendapat rhythm penghasilan susu badan. Disebabkan konsep asas penyusuan adalah supply vs demand, penambahan sesi pam selain direct feeding pada bulan pertama akan memberikan signal yang badan perlu menghasilkan banyak susu seolah-olah anda mempunyai kembar 3..
Baguskah jika oversupply berlaku? Pada satu perspektif nampak bagus kerana kita dapat hasilkan susu yang banyak. TAPI pada perspektif lain, ianya akan meningkatkan risiko badan mengalami masalah duktus tersumbat (clog duct) atau  bengkak susu ( engorgement).
Saya tahu yang ibu-ibu akan mengalami keadaan berikut kerana saya pun telah alaminya.
Saya pam tapi dapat sedikit je?
Untuk peringkat permulaan pam, normal jika anda mendapat sedikit kerana anda telah menyusukan anak secara terus dan badan sudah mula menghasilkan susu berdasarkan permintaan susu anak anda. Pertambahan sesi pam selain sesi direct feeding adalah satu langkah untuk memberikan signal baru kepada badan untuk menghasilkan lebih susu.
Jadinya, janganlah gundah gulana ya jika hanya mampu dapat kurang daripada 1oz selepas lama pam.
Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk buat satu jadual pam menyerupai jadual pam yang bakal anda gunakan semasa waktu bekerja. Pam pada waktu yang sama setiap hari adalah satu perkara penting.
Dah sejam saya pam, tapi PAM ANGIN je
Situasi ini pun normal..Saya la juga yang pernah alaminya. Ibu-ibu, rileks yea..Jangan gelabah..Anggap tindakan anda ini sebagai pelaburan untuk masa depan.
Contohnya anda bercadang untuk pam pada pukul 10 pagi di pejabat. Tindakan anda mengepam pada pukul 10 pagi setiap hari sejak waktu berpantang sebenarnya satu taktik memanipulasi badan kita yang bayi sedang menyusu pada waktu itu.
PAM ANGIN pun, nasihat saya teruskan sahaja.
Kenapa saya pam dapat 1oz, tapi orang lain pam dapat 4oz kekadang 10oz?
Ini semua berbalik kepada konsep asas. Jika anda baru sahaja memulakan sesi pam, ianya adalah normal. Tidak boleh bandingkan diri anda yang baru melahirkan anak dengan ibu yang telah berkerja mungkin 3-4 bulan lamanya.
Semasa bersama dengan bayi, kita tidak tahu berapa banyak yang bayi minum dan pam hanya bertujuan untuk mengosongkan lagi payudara. Oleh itu, kuantiti yang anda dapat memang sedikit. Mungkin bayi anda baru minum dan anda pam, sudah tentulah dapat sedikit. Berbanding dengan ibu berkerja yang tiada bayi bersama.
Selain itu pemakanan ibu juga memainkan peranan. Jika kita mengambil cukup khasiat seperti protein, kalsium serta pengambilan air dalam 3 liter, Insya Allah anda akan dapat lihat keajaiban kuantiti susu yang semakin meningkat.
Bagaimana jadual pam yang perlu saya susun?
Kebiasaannya ibu akan berpisah dengan bayi lebih kurang 10 jam sepanjang waktu siang hari. Saya sendiri ada sediakan jadual pam semasa berpantang tapi jika my lil amni mahu menyusu ketika itu, saya akan skip sesi berikut. Jangan terlampau “rigid” untuk elakkan diri anda daripada tertekan=stress..
Secara asasnya, 3 kali sepanjang waktu bekerja. Anda boleh ubahsuai jadual pam mengikut keperluaan bayi dan jadual kerja. Seperti saya cakap, “be flexible”.
(1)   Jika bayi anda menyusu 2 jam sekali, mungkin anda perlu pam dengan lebih kerap atau panjangkan waktu sesi pam anda. 4 kali sepanjang masa berkerja boleh membantu.
(2)   Jika anda tidak dapat mengepam lama atau kurang daripada 3 kali, tambahkan sesi pam di rumah selepas bayi di tidur di waktu malam atau waktu pagi ( subuh). – Pengorbanan itu perlu dalam breastfeeding
Berapa lama saya nak pam?
Secara asas, konsepnya adalah pam sehingga payudara kosong. Jika anda ingin boost-up produktiviti susu, tambahkan beberapa minit selepas tiada lagi susu keluar. Secara purata, anda boleh pam selama 15minit. Pertambahan masa pam selepas susu berhenti boleh meningkatkan permintaan susu anda.
Tips daripada mychibibox
Lakukan Power Pumping sekali sehari sepanjang cuti bersalin. Ya, saya telah lakukannya dan sangat suka bila mula berkerja. Teruja dengan kuantiti yang saya perolehi pada hari pertama berkerja.
Jika ada sebarang pertanyaan yang tidak jelas, boleh hubungi saya yea..Insya Allah saya akan membantu termasuk bagi masalah pengurusan EBM. (EBM handling)
Artikel ini diubahsuai oleh mychibibox daripada sumber workandpump


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge