Samada kita sedari atau tidak, penyakit endometriosis
merupakan antara penyakit yang dihidapi oleh ramai wanita namun masih ramai
juga tidak menyedari kewujudan penyakit ini. Ianya boleh berlaku pada wanita
seawal usia belasan tahun. Di antara masalah yang berpunca daripada masalah ini
adalah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin
berulang-ulang. Ia juga boleh menyebabkan masalah seperti pendarahan, gangguan
kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya
penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di
mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di
bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh
bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang
telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bacteria
menjadikan apa yang digelar “darah kotor” atau darah haid.
Bagaimana
endometriosis berlaku?
Ada
yang mengatakan STRESS merupakan picu kepada masalah endometriosis. Ianya
sering berlaku pada wanita yang mengalami tekanan jiwa, mudah menggelabah dan
di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mempunyai IQ yang
tinggi.
Ada juga yang mengatakan system ketahanan
pada wanita tersebut telah lembut dan lentur oleh itu tisu-tisu yang patut
keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang
terjadi ialah apabia tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu,
ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan
hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku, lapisan endometrium
tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari)
lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian
cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk
seperti pasta coklat.
Bagaimana
endometriosis menyebabkan kemandulan?
(1)
Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur
menyebabkan ia tidak boleh keluar benih
(2)
Ia boleh menyebabkan kerosakan pada saluran
fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk bertemu dengan telur.
(3)
Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa
jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embrio
(4)
Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormone yang
biasanya mengawal kesuburan wanita.
Endometriosis boleh
menyebabkan keguguran berkali-kali
Endometriosis boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat
awal iaitu 3 bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya tidak
diketahui. Tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan pada
hormone wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau
mengganggu pertumbuhan janin.
Tanda-tanda atau gangguan lain akibat penyakit endometriosis
adalah :
(1)
Berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, di
bawah perut atau di bahagian pinggang
(2)
Masalah pendarahan sama ada pada waktu haid atau
di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau berpanjangan
Fakta menarik antara
kehamilan dan endometriosis
Hamil boleh mengawal atau menghapuskan sama sekali penyakit
endometriosis. Dalam lain perkataan, kehamilan merawat endometriosis daripada
merebak.
Antara rawatan untuk penyakit ini adalah dengan melakukan
pembedahan untuk membuang “chocolate cyst” dan bagi kes yang teruk, pembedahan
buang rahim terpaksa dilakukan.
Sumber : Majalah iSihat Januari 2012
Adakah supplement
yang dapat membantu masalah endometriosis?
Terdapat 4 jenis supplement iaitu B-complex, Vitamin C,
Vitamin E dan GLA complex yang berkemungkinan dapat membantu dalam merawati
masalah ini. Namun harus diingat yang supplement hanyalah satu usaha dan saya
tidak memberi jaminan yang anda akan SEMBUH 100% dengan pengambilan vitamin
ini.
B-complex : bertindak sebagai anti-stress untuk menenangkan perasan wanita yang mengalami tekanan jiwa. Stress dikatakan merupakan antara punca masalah endometriosis
Vitamin E : Antioksidan untuk menghalang pertumbuhan semula abnormal sel
Vitamin C : Merupakan antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Meningkatkan tahap imunisasi badan individu.
GLA complex : Bertindak untuk mengawal ketidakcelaruan hormon di dalam badan wanita terutamanya berkaitan dengan masalah wanita seperti menopause, PMS simptom atau kitaran haid.
Ikuti pengalaman Pn Lia dalam mengubati penyakit endometriosis yang dialaminya.
"Katanya kalau saya taknak go
for surgery, beliau suggest saya get married..(hahahaha..) masa tu saya
tak kenal lagi dengan suami saya ni..kenapa kena kahwin is the best solution?
Beliau kata, kalau kahwin, kita akan pregnant, bila pregnant that cyst takkan
dapat supply hormone yang every month dia dapat untuk growing..(masa tu cyst
saya dah 3cm in diameter)..that’s why wanita yang dah kahwin and every year
wanita tu pregnant, wanita tu takkan dapat sakit camni..owwwhhhh..barulah
faham..
So, sekarang ni dah kahwin, masa preggy Irfan, check
the cyst whether it's growing bigger or not, but the O&G the cyst is NO
MORE THERE..! sebab saya dah pregnant and cyst tu dah tak dapat supply hormon
tu..and sekarang ni dah ade Irfan..AlhamduLILLAH,
takde rasa senggugut tu dah..AlhamduLILLAH dah cuba Shaklee 6 bulan ni..dan saya dah tak rasa sakit
lagi, malah saya bertambah sihat dan rasa seperti ‘orang baru’..ahaks..!
Untuk mereka yang mengalami cyst ni, boleh ambil ape yang
saya makan, iaitu, ESP, Vitamin E, Bcomplex, Vitamin
C dan GLA Complex.. GLA ni memang terbaekkk..! Ianya menstabilkan hormon dan
menjadikan period saya regular..saya dah tak rasa sakit langsung setiap kali
‘ia’ datang (itu salah satu indicator yg cyst tiada disitu.ni O&G yg cakap
yea...) dan bukan itu sahaja, kulit saya jadi mulus, bersih, berseri dan
menawan..tambah pulak dengan Vitamin E..memang kawan baik saya 2 vitamin ni"
Boleh baca kisah penuhnya di SINI . Seperti yang saya katakan di atas, supplement hanyalah usaha dan kesan pada setiap INDIVIDU adalah berbeza. TAPI, tidak salah untuk mencubakan.??
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!











0 comments:
Post a Comment