Kebelakangan
ini saya sering ditanya tentang tips untuk mendapatkan zuriat hasil perkongsian
saya mengenai rakan saya yang BERJAYA HAMIL kali ke dua . Tahniah saya ucapkan
kepadanya dan sesungguhnya pengambilan supplement itu sekadar satu USAHA.
Semuanya kembali kepada Allah untuk mengurniakan zuriat atau tidak.
Ramai
mungkin terlupa yang zuriat juga adalah satu bentuk REZEKI daripada Allah
kepada kita. Oleh itu, selain daripada USAHA secara fizikal, kita perlu
sertakan dengan amalan kerohanian bagi memperkuatkan keikhlasan hati kita
meminta kepada-Nya.
Satu
artikel yang menarik daripada blog PakarHowTo mengenai TIPS mendapatkan zuriat cara
Rasulullah SAW.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut
ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.. Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan
bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.
Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah
bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam
Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang
kepada Nabi s.a.w bertanya:
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi
belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah
hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang
menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan
akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta
selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan
satu penyakit yang tidak ada ubatnya.
Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;
“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun
apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”
Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa,
setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah
disebaliknya. Dan PASTI ADA
KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat
simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul,
saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.
Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda
kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak
buat).
Jadi, perbanyakkanlah istighfar
dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian,
banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah,
sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.
Sumber
: pakarhowto.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sungguh besar KUASA SEDEKAH itu. Lakukanlah secara istiqamah
SETIAP HARI tanpa putus dan berniatlah
“ Ya Allah, semoga sedekah
yang ikhlas ini akan
kau pulangkan semula kepadaku dengan rezeki Anak”
Saya
bersyukur dikurniakan Dhia Amni sejurus selepas berkahwin dan aturan Allah itu
sangat unik kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!











0 comments:
Post a Comment