Saya sudah mahu bersalin kah??Apa tandanya???

By | February 18, 2012

Setiap kelahiran sangat dinanti-nantikan setelah hampir 9 bulan berada di dalam perut si ibu. Walaupun selalunya doktor akan memberikan jangkaan tarikh kelahiran namun ianya hanyalah sebagai panduan. Adayang bersalin lebih awal daripada EDD (Expected Delivery Date) dan ada juga yang lewatßSayalah tu salah seorangnya. Simptom bagi setiap wanita adalah berbeza dan sukar untuk menentukan bila sebenarnya masa yang sebenarnya untuk anda bersalin.

Imej google


Jika anda memang benar-benar mahu bersalin salah satu tanda di bawah akan berlaku :
  • Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm. 
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit
  • Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.
  • Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.


Masih tidak faham??? Mari kita lihat penjelasan yang lebih terperinci. Terima kasih kepada Puan Yati Napi untuk informasi menarik ini.
(1) Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
(2) Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula terbuka. Lendir yang kadangkala bercampur dengan darah. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
(3) Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya denganbanyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda semasa anda berbaring mengiring.
(4) Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Dan ia selalunya tidak menyakitkan. Segera ke hospital. Terdapat 2 situasi pecah air ketuban yang biasanya terjadi :
  • Pecah dan keluar air dengan banyaknya pada satu masa. Macam air paip bocor..:) Memang lencunlah. Selalunya bila keadaan ini terjadi, segeralah ke hospital tanpa berlengah lagi. Itu tandanya kepala bayi anda sudah menolak “ke bawah” dan mengoyakkan selaput yang melindungi bayi & cecair amnion. Anda sudah bersedia untuk melahirkan pada bila-bila masa sahaja.
  • Air turun sedikit demi sedikit. Kadangkala ada ibu-ibu yang tidak perasan bahawa air yang keluar itu adalah air ketuban. Keadaan ini agak berbahaya kerana sekiranya air ketuban sudah berkurangan, ini boleh mengakibatkan bayi anda berisiko utk “lemas” dan menyebabkankecacatan selepas kelahiran. Nauzubillah.
Saya sendiri telah 5 hari terlewat daripada tarikh asal. Doktor memberikan saya tempoh 10 hari dan jika masih tidak bersalin, saya akan “dipaksa”=induce untuk bersalin. Alhamdulillah saya dapat bersalin sebelum tarikh induce.
Tips untuk mempercepatkan kelahiran

(1) Banyakkan berjalan kaki samada di dalam tempat kerja mahupun lakukan senaman jalan kaki di waktu petang.
(2) Bersama-sama dengan suami kerana itu adalah pembuka jalan semulajadi Air mani suami merupakan pelincir terbaik bagi memudahkan proses bersalin.Oppsss, bukan 18SX yea..
(3) Gunakan tangga untuk menaiki rumah atau menuruni rumah. Senaman kaki akan menguatkan otot di bahagian peha dan dapat membantu proses kelahiran.
Saya juga ada mengamalkan 2 perkara sejak kandungan saya 7  bulan. Anda boleh lihat di sini untuk amalan saya bagi mempermudahkan bersalin. Mudahnya saya bersalin sehingga saya meneran dan tidak sedar my lil Amni sudah lahir. Saya hanya sedar setelah mendengar suaranya menangis. Apa pun itu adalah kehendak Yang Maha Esa.
Jangan lupa untuk melihat Euphoria Set Berpantang juga yea!!!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge