Saya tidak tahan dengan Morning Sickness. Any tips??

By | February 25, 2012
Pengalaman mengandungkan my lil Amni adalah satu perkara yang penuh dengan kegembiraan dan juga kepahitan. Oh, saya katakana kepahitan kerana saya mengalami alahan / morning sickness sehingga kandungan saya 5 bulan. Saya hanya tahu yang saya mengandung apabila saya mula muntah setiap kali selepas makan dan doktor mengesahkan saya sudah hamil selama 7minggu. Bermulalah episode saya yang tidak boleh makan sembarangan. Saya jadi tertekan untuk makan kerana jika salah memilih, alamatnya ke tandas la saya untuk membuang segala isi perut.
Alahan saya bukanlah di waktu pagi sahaja tapi hampir sepanjang hari. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan berhenti alahannya apabila kandungan masuk 2nd trimester.Lebih kurang 4 bulan. Tapi Allah menguji saya sehingga 5 bulan.
Adakah Morning Sickness ini membahayakan?
Mengikut gynae saya, morning sickness adalah satu TANDA POSITIF yang kandungan anda sedang membesar dengan sihat dan bagai juara. Oleh itu, ibu-ibu janganlah rasa marah atau tertekan dengan masalah ini. Anggaplah itu pengorbanan anda untuk permata hati yang bakal lahir.
Cara saya untuk mengurangkan rasa mual :
Saya pastikan untuk membawa minyak yuyi ke mana sahaja saya pergi..Bukanlah untuk disapu tapi untuk dicium baunya. Selain itu, saya pastikan ada sebiji buah limau di bilik tidur dan ruang tamu..Buah ini lah yang saya cium sehingga kering kulit limau itu.
Psss..Masa ini masih tidak berkenalan dengan Shaklee

Imej google
Serba sedikit tips untuk mengatasi Morning Sickness yang dikongsikan oleh  GenkiMomma

· Elakkan tempat panas kerana haba akan meningkatkan rasa mabuk.
· Tidur sebentar di waktu siang (tetapi bukan sejurus selepas makan). Kepenatan menyumbang peratusan yang tinggi terhadap morning sickness.
· Dapatkan tidur yang cukup di waktu malam.
· Bangun tidur dengan perlahan-lahan di waktu pagi. Jangan terus bangun melompat sebab rushing nak mandi atau buat kerja-kerja rumah.
·  Buka tingkap seluasnya/ pasangkan kipas dapur selepas selesai memasak.
·   Masak menggunakan microwave biasanya hasilkan bau yang kurang.
· Halia sangat bagus untuk mengurangkan rasa mual (nausea). Boleh didapati dalam bentuk kapsul 250mg, ataupun dalam bentuk gula-gula keras.
· Mungkin nampak silly, tapi anda boleh bawa saputangan yang telah dititikkan dengan minyak yang ‘menggembirakan’ hidung anda seperti Minyak Cap Kapak, agar anda boleh bernafas melalui saputangan tersebut apabila ada bau yang kurang menyenangkan anda.
· Cuba makan biskut kosong atau bijirin sebelum bangun dari katil di waktu pagi.
· Elakkan makanan berminyak & pedas kerana ia akan menyebabkan mual dan pedih ulu hati.
·  Makan apa yang anda nak makan, dan apabila anda mahu makan. Tak perlu paksa diri untuk habiskan makanan jika anda sudah rasa kenyang walaupun selepas 3 suapan!
·  Makan snek protin dengan kerap!
·  Makan small meals setiap 2 jam (lebih kurang).
·  Makan sesuatu yang bergaram sebelum mula makan akan bantu anda menghabiskan makanan tersebut dengan lebih tenang.
·  Jangan makan bersulam dengan air.
·  Teh yang tidak berkafein seperti Peppermint dan Halia akan menenangkan rasa mual.
·   Minum air sedikit demi sedikit sepanjang hari untuk elakkan dehidrasi.
·  Cuba jangan skip makan!
· Cuba makan prenatal vitamin di waktu malam atau sebelum tidur malam agar dapat diserap sepenuhnya sepanjang malam.
·  Minum air sejuk/ dingin turut bantu kurangkan rasa mual.

Morning Sickness
 vs Vitamin B6:

Owh, satu lagi tips hebat untuk bantu kurangkan rasa Morning Sickness ialah dengan mengamalkan vitamin B6! Vitamin B6 telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan Morning Sickness. *Source.

Jika anda mengamalkan Vitamin B-Complex Shaklee, anda bertuah kerana B Kompleks Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah B6! (^_-) Kredit : GenkiMomma


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

One thought on “Saya tidak tahan dengan Morning Sickness. Any tips??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge