SEMANGAT WAJA ibu menyusu yang patut dicontohi

By | February 1, 2012
Ahad lepas saya berpeluang untuk menghadiri Support Group Meeting (SGM) di kawasan perumahan saya. Tajuk perbincangan pada hari itu adalah “Persediaan Penyusuan Untuk Ibu Hamil”. Ramai yang hadir dan berkongsi dengan pengalaman breastfeeding masing-masing umtuk memberi semangat kepada ibu hamil yang hadir.
Ada satu perkongsian pengalaman Pn Liyana yang sangat menyentap hati saya. Bukan sedih yea tetapi KEKAGUMAN. To be honest, saya memang ternganga masa Pn Liyana bercerita pengalamannya.
Sedikit perkongsian beliau saya coretkan
“ Pn Liyana mempunyai masalah INVERTED NIPPLE sejak daripada anak pertama lagi. Beliau tidak terfikir untuk menyusukan anaknya sehinggalah beliau dan suami menghadiri kelas penyusuan 2 minggu sebelum bersalin. Beliau tekad tapi masih tidak menyedari masalah yang dihadapinya itu. Pn Liyana bersalin secara c-sec dan jururawat memperkenalkan kepadanya NIPPLE SHIELD yang membantu bayinya untuk menyusu.
Nipple Shield – Image google
Bermulalah perjalanan breastfeeding beliau sehingga berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga lebih 2 tahun dengan menggunakan NIPPLE SHIELD. Kemudian perjalanan disambung dengan anak keduanya. Dek kerana pengalaman kekurangan stok semasa anak sulung, beliau berazam untuk membuat stok EBM yang banyak bagi anak keduanya.
2 minggu pertama kelahiran, Pn Liyana mengepam setiap kali selepas anaknya menyusu. Hanya 10 minit. Namun jika anaknya minum 16 kali sehari, maka 16 kali la beliau mengepam. Pada 2-3 hari pertama, beliau hanya memperolehi 2oz sahaja walaupun mengepam sebanyak 16 kali. Usaha ini diteruskan sehingga anaknya berusia 2 minggu dan selepas 2 minggu, beliau memperolehi 20oz bagi satu sesi pam. Setelah mengalami keadaan over supply, beliau kurangkan sesi pam dan mengepam sekadar untuk mengurangkan bengkak susu.
Sekembali masuk berkerja, beliau mampu mendapat 40oz sehari. Perkerjaan beliau bukanlah berada di pejabat tapi perlu bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain dan banyak kali sesi pam dilakukan di dalam kenderaan.
Beliau berjaya menyusukan kedua-dua anaknya sehingga lebih 2 tahun walaupun mempunyai masalah inverted nipple.
Saya ingin ibu-ibu berfikir sejenak dan bezakan dengan usaha yang telah kita lakukan. Perkara pertama apabila susu mula merudum bukanlah sibuk mencari makanan penggalak susu tapi fikirkan apa yang telah kita lakukan sehingga susu merudum.
(1) Mungkin sesi pam yang tidak konsisten setiap hari
(2) Sibuk di tempat kerja tapi tidak melakukan power pumping di malam hari atau subuhnya
(3) Sering mengeluh tapi tidak berusaha untuk pam sekerap mungkin
(4) Sentiasa memberi alasan
Wahai ibu-ibu sekalian, di kala susu mula berkurang janganlah cepat melatah. Berfikiran POSITIF dan TINGKATKAN USAHA. Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita tekad untuk menyusukan anak kita. Jika di mulut berkata A tapi di hati berkata B, agak sukar untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Saya harap kisah Pn Liyana ini akan memberikan SEMANGAT dan kita perlu rasa malu kerana beliau mempunyai masalah puting tapi itu bukanlah penghalang. Apabila berfikiran positif, kita akan nampak yang SEMANGAT WAJA Pn Liyana lah yang menjadi kunci kejayaan beliau.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

One thought on “SEMANGAT WAJA ibu menyusu yang patut dicontohi

  1. fieza

    mmg pun kita ni.. lau nak seribu daya kan.. tapi kadg2 tu malas menguasai,.. apa pun tak leh..

    –fiezaradzi.com–

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge