Susu Ibu bertambah dengan Power Pumping

By | February 24, 2012
Saya sering menekankan tentang kepentingan untuk membuat POWER PUMPING sejak daripada berpantang lagi walaupun ramai yang melakukannya hanya apabila susu mula merudum. Sebenarnya, meningkatkan semula hasil EBM bukanlah satu perkara yang mudah di saat susu mula merudum. Mustahil ke?? Oh, Tidak. KATA KUNCI : Bulatkan hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah saya bersyukur sesangat kerana masih mampu untuk menyusukan Amni-chan.Umurnya sudah mencecah 11 bulan. Perjalanan penyusuan saya ada turun naiknya. Semasa Amni-chan berusia 6 bulan ke bawah, susu badan saya memang meriah. Setiap hari saya pulang dengan 18-20oz. 

Saat kemeruduman saya bermula apabila Amni sudah diperkenalkan dengan Solid Food. Memang macam jatuh tangga berdebuk-debuk la. Susu EBM hanya dapat dalam 15oz sahaja. Bersyukur kerana saya masih mempunyai stok EBM kerana Amni minum 6 x 3oz sehari walaupun setelah mula makan. Lama-kelamaan stok EBM saya habis langsung pada usia Amni 9 bulan. Sejak hari itu, bermulalah rutin saya yang pam secara harian. Hasil hari ini untuk esok hari. Saya ada buat Power Pumping tapi masih tidak dapat membuat stok baru kerana Amni memang tidak mahu berenggang apabila di rumah.

Ada kalanya saya hanya bekalkan Amni dengan 10oz susu sahaja dan bergantung pada pemakanan. Saya sudah buntu kerana jika keadaan ini berterusan dan jika saya perlu berkerja di luar kawasan, macamane dengan stok susu Amni?? Saya tekad untuk membeli double pumping electronic pump supaya saya dapat jimatkan masa pam serta melakukan power pumping. Ini ketika Amni berusia 10 bulan.
Saya masih konsisten melakukan 3 sesi pam di pejabat dan menambah sesi Power Pumping semasa pulang daripada tempat kerja. Antara tujuan saya beli pam ini adalah supaya saya dapat pam di dalam kereta. Besar pelaburan saya buat jadi perlulah dapatkan balik pulangan modal tu..

Setelah hampir 3 minggu sesi power pumping di dalam kereta, semalam ketika Amni genap 11 bulan, saya berjaya mendapat 17oz dalam 4 sesi pam pada siang hari. Terasa air mata mahu mengalir kerana penat lelah saya mula menampakkan hasil dan saya mendapat stok EBM pertama saya semula setelah hampir 3 bulan tanpa stok.

Tips Susu Merudum :
(1)   Amalkan Zikir Asma’ul Husna : Ya Matin (Yang Maha Teguh) sepanjang tempoh mengepam. Saya berzikir semasa melakukan power pumping.
Seorang wanita yang tidak mengeluarkan air susu / mengalami kemeruduman susu ibu banyakkanlah baca asma’ ini ( Ya Matin). Payudaranya akan dipenuhi dengan susu. Insya Allah.
(2)   Jika mampu, amalkan pengambilan set Tripple M dengan konsisten. Walaupun saya mengambil supplement lain juga, saya pastikan yang saya mesti ambil vitamin di dalam set Tripple M setiap hari dengan konsisten.(Sebelum ni pernah mengelat juga)
(3)   Pengambilan air kosong yang mencukupi. Rasanya lebih daripada 3 liter sehari saya minum. Botol 1 liter tu akan sentiasa ada bersama saya dan setia menemani saya di tepi katil. Apabila bangun menyusukan Amni-chan, saya akan minum air daripada botol itu juga. Air perlu untuk menggantikan susu badan yang telah dipam atau diberikan kepada anak secara terus.

Untuk ibu-ibu yang mula mengalami saat-saat kemeruduman, jangan gundah gulana. Fokus pada matlamat anda untuk menyusukan anak selama mungkin. Tiada yang mustahil. Ini juga merupakan peringatan untuk diri saya juga. Semoga kita dapat menyusukan si kecil kita.
Sila klik di sini untuk mengetahui bagaimana untuk melakukan Power Pumping.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge