Ketahui Pola Penurunan berat badan dalam berdiet

By | March 5, 2012
 “Saya nak turunkan berat xx kg dalam masa xx”
Saya tidak kata mustahil tapi saya risau tentang KESUNGGGUHAN yang dinyatakan. Mudah untuk katakan, “ Saya nak diet” cuma pelaksanaannya tu akan menentukan samada anda serius atau tidak.
Saya sentiasa ada untuk memberikan konsultasi berkaitan diet. Jujur saya katakan tidak ramai yang berjaya kerana saya sendiri dah lalui fasa tersebut.6 tahun saya berada di Jepun dengan harapan saya akan kembali ke Malaysiadalam keadaan kurus tetapi sebaliknya yang berlaku. Oh, saya tidak salahkan orang lain atau persekitaran tapi saya salahkan diri saya sendiri yang TIDAK FOKUS dengan matlamat saya.
Pada Jun 2009saya nekad untuk berdiet ( masa ni masih belum berjumpa suami). Bukan apa, geram tengok baju yang cantik-cantik tapi saya tak boleh nak pakai. Sepanjang tempoh berdiet, pelbagai jenis product saya gunakan dan paling saya takut selepas bersalin samada berat saya akan turun atau tidak..Alhamdulillah berkat kesungguhan saya sebelum saya berkawin, saya turunkan 18kg dalam tempoh 10 bulan. Saya akui dalam tempoh tu ada masa saya lalai tapi saya cepat tersedar dan back into track. Paling tidak boleh saya lupakan adalah stagnant period* hampir 2 bulan yang sememangnya menjadi punca kebanyakan mereka yang berdiet akan putus asa.
*Nota : Stagnant period adalah tempoh di mana berat badan tidak berubah langsung atau berat badan turun naik di satu nombor sahaja. Jangan risau kerana badan anda sedang mengalami pembentukan bentuk badan ( shape on)
Pola penurunan berat badan secara umum
Setiap individu mempunyai tubuh badan yang berbeza. Jadinya, sangat PENTING untuk mengetahui pola penurunan berat badan supaya anda tidak mudah putus asa.
(1) Berat turun dahulu kemudian body shape on
Kebanyakan daripada mereka yang berdiet idamkan pola seperti ini di mana berat badan turun dahulu kerana sudah menjadi sebati dengan diri kita yang diet bermakna berat badan turun. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini akan mula turun berat badan dalam kuantiti yang agak besar sebelum masuk ke peringkat stagnant period.
Selalunya mereka yang berbadan besar serta perlu kurangkan berat badan dalam 10-20kg akan tergolong dalam kumpulan ini
(2) Berat badan TIDAK berubah kemudian berat turun
Kumpulan ini akan mula merasakan mereka kehilangan inci tapi jarum penimbang tidak menunjukkan sebarang penurunan berat badan. Ramai yang kecundang kerana tidak sabar. Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, anda perlu teruskan program diet seperti biasa tanpa mengubah sebarang rutin diet.
Selalunya mereka yang berbadan sederhana dan perlu kurangkan berat badan kurang daripada 10kg akan tergolong dalam kumpulan ini.
Tips untuk DIET bagi elakkan anda kecundang di awal perjuangan
(1) Pastikan anda bukan sahaja menimbang berat badan anda, tetapi pada masa yang sama mengambil ukuran badan anda..Ingat saya cerita tentang pola penurunan no 2.
(2) Letakkan satu target yang jelas seperti baju atau seluar yang saiz lebih kecil daripada sekarang. Gantung baju / seluar berkenaan di tempat yang anda boleh nampak setiap hari sebagai motivasi diri
(3) Kongsikan dengan orang disekeliling yang anda sedang berdiet. Jika mereka memperlekehkan hasrat anda itu, jangan bersedih sebaliknya jadikan kata-kata negative itu sebagai PEMANGKIN untuk anda membuktikan yang mereka bersalah.
Harapnya bagi mereka yang baru atau pernah gagal sebelum ini, teruskan tekad anda kerana hanya anda yang mampu mengubah diri anda.Seperti saya nyatakan di atas, saya bersedia untuk menjadi COACH anda tapi saya hanya mahukan satu perkara daripada anda, HIGH COMMITMENT terhadap keinginan diet anda.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge