Saranan jadual pam semasa cuti bersalin – persediaan back-to-work

By | March 7, 2012
Salah satu persediaan untuk kembali bekerja adalah mempunyai jadual pam yang konsisten dalam tempoh cuti bersalin. Saya sarankan untuk mula praktik jadual pam yang menyerupai jadual pam semasa anda berkerja pada bulan ke 2 atau bulan ke 3 bagi mereka yang bercuti 3 bulan.
Saya sendiri mengamalkan jadual pam yang konsisten semasa cuti bersalin sebagai persediaan back to work. Saya kongsikan jadual pam saya
(1)   Pukul 8 pagi
(2)   Pukul 12 tengah  hari
(3)   Pukul 3 Petang
(4)   Pukul 8-9 malam
Saya bercadangkan untuk pam pada pukul 5 pagi tapi waktu itu my lil Amni mesti bangun untuk minta susu. Adakalanya Amni bangun untuk minum susu semasa waktu pam, jadinya saya akan dahulukan Amni sebelum mengepam. Oppss..Saya ada mengelat juga sekali sekala.
Saya amalkan Power Pumping dalam pukul 3 petang hampir setiap hari. Jujur saya katakan yang saya pernah PAM ANGIN sepanjang buat Power Pumping itu. Tapi saya berfikiran POSITIF yang saya pam untuk tambahkan stimulasi serta demand apabila saya mula berkerja tanpa Amni di sisi. KONSISTEN pam pada masa yang sama adalah kunci utama untuk power pumping.
Waktu terbaik untuk buat Power Pumping adalah antara pukul 12 tengah malam sehingga waktu subuh kerana ketika itu paras hormone prolaktin (hormone yang hasilkan susu) paling tinggi. Jika anda mampu untuk mengepam pada waktu berkenaan, sangat saya galakkan kerana ianya membantu untuk meningkat demand terhadap bekalan susu badan anda.
Peringatan :
(1)   Anda akan dapat sedikit sahaja pada permulaan anda mula mengepam sebelum konsisten kerana anda baru hendak melatih badan menyesuaikan diri dengan jadual pam anda. 0.5 oz atau 1 o.z sahaja untuk kedua-dua belah breast adalah perkara biasa di awal permulaan.
Kenapa ??  Anda menyusukan bayi secara direct feeding 24/7..Apabila mengepam, ia lebih kepada mengosongkan payudara selepas bayi anda menyusu..Analoginya begini, anda mandi dengan air di dalam baldi sehingga tinggal 1/3 baldi sahaja umpama bayi anda menyusu secara terus. Baki 1/3 baldi itu adalah susu yang anda pam sementara hendak menunggu air yang ditadah kembali penuh kedalam baldi.
(2) Teruskan pam walaupun anda PAM ANGIN sahaja. Be POSITIVE.
Anda boleh baca di sini untuk lebih banyak tips persediaan back to work
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di  mychibibox[a]gmail.comatau SMS 012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!
Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya (Tuty) di mychibibox[a]gmail.com atau SMS 012-7383040. Jika sudah pasti dengan produk pilihan anda, klik Borang Pesanan . Anda juga dipersilakan untuk menggunakan ID saya 837665 (Tuty), phone no:012-7383040 di mana-mana cawangan Shaklee untuk mendapatkan harga ahli.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge