Apakah yang anda lakukan apabila susu merudum?? Mula mencari
milk booster??
Saya akui yang menerima ramai permintaan untuk ibu-ibu yang
ingin mendapatkan euphoria breastfeeding set sebagai MILK BOOSTER. Selalunya
saya akan berbelah bahagi antara gembira dan susah hati. Gembira kerana ramai
yang mencari vitamin Shaklee dan susah hati kerana tidak pasti samada ibu
tersebut benar-benar memerlukan MILK BOOSTER atau tidak.
Jujurnya saya tidak akan terus menyarankan vitamin
sekian-sekian untuk ibu berkenaan sebaliknya saya akan minta beberapa informasi
untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi sehingga susu badan merudum.
Berikut antara check list yang saya akan soal siasat :
(1) Usia bayi –
Bayi yang sudah mula makan solid food ( 6 bulan ke atas),
susu badan ibu akan merudum sedikit kerana bayi mungkin kurang minum secara
terus atau berjaga malam.
(2) Jadual pam di pejabat
Kekerapan pam dan jadual yang konsisten memainkan peranan
penting dalam memastikan demand sentiasa ada sepanjang tempoh bayi tidak berada
dengan anda. Ramai juga ibu yang hanya pam 2 kali dalam tempoh 8jam bekerja
sedangkan yang disarankan adalah minimum 3 kali. Jika anda terlampau sibuk,
pastikan anda lakukan POWER PUMPING pada malam hari atau subuh untuk counter
back sesi yang tertinggal.
Berdasarkan jadual pam ini, saya dapat tahu samada anda
memahami konsep asas penyusuan : Semakin kerap breast dikosongkan samada secara
direct feeding dengan bayi atau pam, semakin banyak susu di hasilkan.
(3) Kuantiti air kosong diambil ibu dalam sehari
Antara komposisi utama susu ibu adalah air. Apabila kita pam
susu badan, badan kita akan kekurangan air dan pengambilan air yang mencukupi
perlu untuk penghasilan susu badan serta menggantikan balik air yang telah
keluar. Minimum 3 liter air sehari
***Tips minum air kosong akan diberikan khas untuk pelanggan
mychibibox. Mudah dan tanpa disedari anda minum lebih daripada 3 liter sehari.
Ini adalah 3 soalan asas yang saya akan tanya selain
soalan-soalan lain. Berdasarkan jawapan yang diterima, saya akan memberikan
saranan dan adakalanya saya lebih kepada “membebel” agar ibu lebih paham konsep “supply vs demand”. Saya
akui yang setelah mereka lebih jelas dengan konsep asas dan praktikkanya
beserta tips-tips penyusuan daripada saya, Alhamdulillah mereka lebih
berkeyakinan dan berjaya meningkatkan kembali produktiviti susu badan.
Tidak semestinya perlu ambil MILK BOOSTER kerana pada saya,
pengamalan vitamin bukan semata-mata untuk MILK BOOSTER atau sebagai last
resort apabila susu merudum, TETAPI lebih kepada penjagaan kesihatan badan ibu
itu sendiri kerana segalanya berpunca daripada tubuh badan ibu yang sihat.
Badan yang cergas, bertenaga dan sihat adalah antara faktor yang mempengaruhi
penghasilan susu badan.
PERCAYALAH..Jika anda bekerja dalam keadaan tertekan
ditambah dengan badan yang lemah tidak bermaya, penghasilan susu badan juga
akan terbantut. Ini pula berkaitan dengan kaitan antara hormone prolaktin ( hormone
hasil susu) dan hormone oksitosin ( hormone ceria) yang perlu berkadar terus
sejajar dengan konsep asas penyusuan, supply vs demand.
Oleh itu ibu-ibu, saya lebih suka untuk mendidik ibu-ibu
tentang ilmu penyusuan agar tidak kecewa dengan pengambilan sebarang MILK
BOOSTER yea..
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!












3 comments:
susu saya pun merundum.. cuma skg ni anak suka minum, hingga b tu rasa sakit dan luka.. huhu. cmne nak buat?
hi fieza,sy perlu tanyA few question baru tahu situasi awk camne..minta email ke mychibibox@gmail.com yea..kita stori mori
hi fieza,sy perlu tanyA few question baru tahu situasi awk camne..minta email ke mychibibox@gmail.com yea..kita stori mori
Post a Comment