2 hari lepas saya berpeluang untuk berbual dengan Pn Lia yang
saya kenali ketika beliau mengalami masalah puting melecet ketika berpantang
November 2011. Alhamdulillah dengan pengambilan Vitamin E dan Zinc yang konsisten,
proses baikpulihnya lebih cepat. Oppsss..Saya sebenarnya mahu bercerita
pengalaman Pn Lia dengan Shaklee OsteMatrix.
Pn Lia mengalami kebas tangan selepas bersalin. Menurutnya,
ibunya juga mengalami keadaan yang sama. Ditambah dengan waktu bekerja di
sebelah petang sebagai guru, beliau sentiasa kepenatan. Pn Lia mula mengambil
OsteMatrix seminggu yang lepas dan beliau sangat menyukainya kerana rasa kebas
di tangan semakin berkurang. Rasa penat juga sudah tidak seteruk sebelum
mengambil OsteMatrix.
Beliau bercerita yang ibunya juga mengambil Shaklee satu
masa dahulu. untuk masalah tangan kebas Namun disebabkan pengedar berhampiran rumah mereka telah
berpindah, maka mereka tidak tahu untuk mencari di mana. Ketika itu Shaklee
OsteMatrix masih dikenali dengan nama Calcium Magnesium. Satu perkara yang
menarik tentang pil kalsium Shaklee adalah ianya cepat larut di dalam mulut
jika anda lambat menelannya.
Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kebas tangan (
numbness)
(1) Antara punca utama adalah kerana kekurangan nutrisi. Apabila
badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan
sistem sarag seterusnya kita akan mula berasa kebas tangan serta sesemut.
(2) KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin
B12. Paras mineral seperti KALSIUM, POTASSIUM dan POTASSIUM yang rendah juga
menyebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.
(3) Gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome
juga menjadi punca kehilangan deria rasa pada tangan dan jari. Aktiviti yang
berulang-ulang seperti menaip menjadi punca tangan kebas dan akan bertambah
teruk jika tidak dirawat dengan segera.
(4) Jika anda mengalami kebas tangan ketika tidur ataupun
ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang
tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. Ini mungkin berpunca
daripada pengumpulan plak yang bermula daripada masalah atherosclerosis dalam tangan.
Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut
Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka
panjang atau sebentar sahaja. Walauapa pun, anda dinasihati untuk mendapatkan
rawatan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.
(1) Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk
memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas
untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
(2) Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan
dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana
kesannya sangat hebat.
(3) Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau
anti-inflammatory drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di
samping itu, pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan
juga sangat membantu.
(4) Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam
tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang
balik sehingga anda berasa lega.
Cadangan Supplement untuk masalah kebas tangan**
Sekiranya rasa kebas anda berlarutan dalam janga masa yang panjang, jangan berlengah dan segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjutan.
** These statements have not
been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pertanyaan??
Hubungi kami di mychibibox[a]gmail.com
atau SMS
012-7383040 ( Tuty) untuk maklumat
lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook MyChibiBox untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada
kami !!!












0 comments:
Post a Comment